Thursday, April 14, 2011

tinggalkan 24 perkara ini

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

copied from cina islam blog


Solat Sunat Pilihan



Solat Sunat Pilihan

Harga setiap unit (piece): RM19.90


Penulis        :  Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
HARGA        :  RM 19.90

 
beli buku keluaran telaga biru secara online di alamat ini.....http://www.stormreaders.net/albiraki
Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat.













300 Hadis Bimbingan Ke arah mencari reda Allah

Harga setiap unit (piece): RM25.90
beli buku keluaran telaga biru secara online di alamat ini.....http://www.stormreaders.net/albiraki

Penulis        :  Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam 

  
HARGA        :  RM25.90, 

 
Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehi-dupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, ber-jemaah, hal ehwal Rasu-lullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persau-daraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.

Saturday, April 9, 2011

dusta yang dibolehkan

sabda nabi: tidaklah termasuk dalam dusta orang yang berdusta untuk mendamaikan dua pihak yang bermusuhan sehingga menjadi baik. ummu kalsum berkata: saya tidak mendengar nabi memberi keringanan  kepada ucapan seseorang melainkan dalam tiga perkara iaitu dalam peperangan, mendamaikan orang dan ucapan suami kepada isterinya dan ucapan isteri kepada suaminya. 

Hadis riwayat bukhari dan muslim

jangan berbisik2 di depan khalayak

sabda nabi s.a.w: sekiranya kamu bertiga, maka janganlah kamu berbisik2 dua orang kerana yang demikian itu mendukacitakan dia.

muttafaqun alaih

Sunday, April 3, 2011

kadar bayaran mengerjakan haji tahun ini kekal RM9,980 seorang.

ALOR SETAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini mengumumkan kadar bayaran mengerjakan haji tahun ini kekal RM9,980 seorang.

Saturday, April 2, 2011

amalan untuk pelajar

1. ambil sarapan pagi kerana siapa yang tidak bersarapan meyebabkan keupayaan otaknya seperti orang tua

2. amalkan minum air zam-zam (kalau boleh) .ia baik untuk otak.

3. amalkan tidur sekejap sebelum zuhur kerana ia memberi kesegaran dan menambah kreativiti seseorang serta baik untuk kesihatan

4. banyakkan makan kurma dan kismis, ia baik untuk otak.(hari ni banyak dijual jus kurma dan jus kismis, beli aje)

5. elakkan tidur selepas asar.tidak baik untuk otak.

6. bawa air ke kelas. air merakam setiap yang diucapkan.

7. jangan belajar berdua-duaan lelaki dan perempuan, confirm tak belajar punya...bohong kalau sapa kata dia tak boleh belajar melainkan belajar dengan seorang yang berlainan jantina.itu tandanya ada udang di sebalik maggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...