Sunday, July 22, 2012

hadis ramadhan palsu

siapa yg mengerjakan solat sunat terawih pd malam pertama akan diampunkan seluruh dosanya...jadilah ia spt bayi yg baru dilahirkan (tiada dosa)
hadis2 kelebihan solat terawih dari malam satu hingga malam ke 30 adalah hadis palsu.

Friday, July 20, 2012

Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Friday, July 6, 2012

doa bulan ramadhan

اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Allahumma inna nasaluka ridaka waljannah wana'uzubika min sakhatika wannar. Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanna.

Ya Alllah, kamu mohon keredhaanMu dan juga jannahMu, Kamu mohon dijauhi dari seksa api neraka. Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia, Ampunkanlah kami.

Sunday, June 24, 2012

doa bulan rejab dan syaaban

اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan

Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.

hukum menelan kahak ketika puasa

copied from http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Banyak ditimbulkan berkenaan dengan kahak dalam shoutbox. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

DEFINASI

Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA

Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:

Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

DALIL

Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

PENDAPAT KEDUA

Menelan kahak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

KESIMPULAN

Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).

Saturday, May 19, 2012

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...