Saturday, August 29, 2009

tazkirah 8


Sabda Nabi mafhumnya: orang yang cerdik ialah orang yang berakal iaitu orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya.


Sabda Nabi mafhumnya: Jika kamu boleh jamin kepadaku untuk menjaga enam perkara, maka aku jamin kamu akan masuk syurga.


1. Tolong berlaku benar apabila bercakap


2. Menunaikan janji apabila berjanji.(setiap hari kita berjanji dengan Allah dalam solat:sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan sekalian alam...adakah kita penuhi janji kita kepada Allah)


3. Menunaikan amanah apabila diberi amanah. (Antara amanah kita terhadap Allah ialah menunaikan solat.)


4. Jaga kemaluan (dari melakukan zina)


5. Jaga tangan (jangan mengambil hak orang lain )


6. Jaga pandangan (dari melihat perkara2 haram seperti aurat wanita)


Ulama berkata: Allah menjadikan 3 perkara:


1. Malaikat (ada akal tiada nafsu)


2. Binatang (ada nafsu tiada akal)


3. Anak Adam (ada akal dan ada nafsu) Siapa yang akalnya dapat mengalahkan nafsunya dialah orang yang cerdik dan boleh menjai lebih baik dari Malaikat.

kematian pasti datang

Thursday, August 27, 2009

tazkirah 7


1. ramadhan banyak kelebihannya.Sabda Nabi mafhumnya: Jika seseorang itu mengetahui kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan nescaya dia mengharapkan agar Ramadhan itu wujud sepanjang tahun.


2. Sabda Nabi mafhumnya: Dan tidak berhimpun sesuatu kaum di dalam mana-mana rumah Allah lalu membaca al-Qur'an, mempelajarinya, Allah akan lemparkan ke dalam hatinya ketenangan, malaikat akan menyebutnya namanya di sisi Allah.


3. Imam Malik apabila tiba Ramadhan, beliau akan mengetipakn kitabnya semata-mata untuk membaca al-Qur'an.


4. Janganlah kita melarikan diri daripada anak2 yang datang kepada kita kerana tidak berapa lama lagi kita akan sampai kepada masa yang mana kita akan mengunjungi rumah anak2 kita.Jika kita melarikan diri dari anak maka pada masa itu tidak mustahil anak-anak akan melarikan diri dari kita.


5. Puasa mengecilkan ruang untuk syaitan masuk ke dalam tubuh manusia. Ahli sufi berkata: apabila manusia berpuasa, perutnya lapar, mata, telinga dan anggota lain akan kenyang dan tidak berkeinginan untuk melakukan maksiat.

Wednesday, August 26, 2009

tazkirah 6


firman Allah ayat 179 surah al-A'raf yang bermaksud: dan Kami sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi mereka tidak memikirkannya(ayat-ayat Allah), mereka yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka yang mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka iyulah orang yang lalai.

Huraian ayat:

1. Allah sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia.

2. Ciri-ciri ahli neraka ialah: mereka yang tidak memikirkan tanda2 kebesaran Allah, tidak memikirkan ayat-ayat Allah, mempunyai hati yang keras, susah menerima kebenaran serta tidak mahu mengakui kebenaran al-Qur'an dan hadis. Banyak berlaku peristiwa yang boleh menginsafkan tetapi mereka tetap tidak mengambil iktibar daripadanya.

3. Ciri ahli neraka kedua ialah mereka yang mempunyai mata tetapi digunakan untuk maksiat, melihat kejadian Allah tetapi tidak merasai kebesaran Allah.

4. Ciri ketiga ialah mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat2 Allah bahkan mendengar perkara maksiat pula.

5. Mereka yang mempunyai sifat di atas diibaratkan oleh Allah seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk dan sesat berbanding binatang. Mereka itu adalah orang2 yang lalai daripada mengingati Allah.

6. Orang yang berpuasa hendaklah menjauhi diri dari melihat maksiat, mendengar perkara maksiat serta sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan ketaqwaan dengan berpuasa supaya puasa diterima dan diberikan ganjaran oleh Allah.

Sabda Nabi: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan akan diampunkan seluruh dosanya yang telah lalu.

Ramadhan itu umpama madrasah yang melatih manusia meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.Kita telah berpuasa saban tahun, tetapi adakah puasa yang telah kita lakukan berjaya meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Jika tidak berjaya, kita tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Nabi dalam sabdanya: Terdapat orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 (ganjaran dari Allah) melainkan lapar dan dahaga. Marilah kita berazam untuk mendapatkan puasa khususul khusus supaya di akhir Ramadhan kita berjaya menjadi insan bertaqwa.

Tuesday, August 25, 2009

tazkirah 5


1. jangan kita lari dari kebaikan.sebagai contohnya: apabila ada orang datang memohon derma, maka dermalah walaupun sedikit. contoh yang lain, apabila kita berada di surau atau masjid, tiba2 ada ustaz yang memberikan tazkirah, maka hendaklah kita mendengar tazkirah tersebut, dan janganlah kita lari balik meninggalkan ustaz dan rakan2 yang lain. kebaikan datang kepada kita memberi kita peluang melakukannya tetapi kadang2 manusia lari dari kebaikan.

2. hendaklah kita mengawal hawa nafsu.

3. manusia biasanya sangat menghargai sesuatu yang dimilikinya lalu menjaganya sebaik-baiknya. tetapi apa yang dijagai oleh manusia itu akan meninggalkannya apabila manusia itu mati. tetapi jika mempunyai sesuatu yang berharga dan bernilai seperti wang, kereta dan lainnya, maka adalah baik bagi kita menginfakkannya di jalan Allah kerana Allah akan memulangkannya semula kepada kita pada hari akhirat dalam bentuk nikmat yang jauh lebih besar daripada apa yang kita dapat ketika di dunia.

4. Jangan mengadu domba, mereka-reka cerita, dengki terhadap kejayaan orang lain.

5. Musuh utama manusia ialah iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda manusia ke arah maksiat dan kesesatan.

6. Janganlah kita mengutamakan dunia hingga melupakan akhirat.

7. Kita hendaklah yakin bahawa rezeki itu telah ditentukan oleh Allah. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripa pengetahuan Allah hinggakan ulat dalam batu yang tidak mampu bergerak pun ada rezekinya (makanannya) iaitu berupa daun yang dibawa oleh semut.

8. Manusia hendaklah bergantung hanya kepada Allah, tidak kepada sesama makhluk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...