Sunday, September 27, 2009

hadis nabi

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut

hadis nabi

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1352

Saturday, September 26, 2009

puasa sunat di bulan syawal

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya adalah terlebih afdhal. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."

(Hadits riwayat Muslim)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadan diibaratkan seperti berpuasa di sepanjang tahun berdasarkan perkiraan setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat daripada Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasa sebulan (di bulan Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (dibulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun."

(Hadits riwayat Ad-Darimi)

selamat berhari raya

selamat berhari raya kepada semua..selamat memandu pulang ke kota dan selamat kemabali bekerja...memandulah dengan berhati-hati di jalan raya..semoga tiada yang terluka..

namun jangan dilupa peristiwa lalu pada 7 syawal tahun 5 Hijrah..telah berlaku perang ahzab di antara gabungan yahudi dan musyrikin mekah cuba menyerang dan menghapuskan sama sekali umat Islam setelah musyrikin mekah beroleh kemenangan dalam Perang Uhud.Tetapi dengan kuasa Allah dan kebijaksanaan umat Islam pada masa itu, parit yang besar dan panjang serta ribut pasir telah menggagalkan usaha yahudi dan musyrikin mekah..tiada pertempuran berlaku..melainkan syahid di pihak Islam seramai 6orang dan kematian di pihak musuh seramai 10 orang.

Pengajaran: Kita perlu sentiasa waspada dengan musuh Islam yang sentiasa cuba melemahkan umat Islam dengan apa cara sekalipun samada secara kekuatan fizikal atau melalui peperangan fikiran, disedari atau tidak disedari.

Wallahu a'lam.

Saturday, September 19, 2009

takbir raya

perkara sunat di aidilfitri

antara perkara yang sunat dilakukan di aidilfitri ialah:

1. bertakbir
2. bersedekah
3. memakai baju baru
4. memakai wangian bagi lelaki
5. mengucapkan tahniah antara satu sama lain
6. ziarah menziarahi

antara kesilapan yang berlaku di aidilfitri

1. bersalaman dengan lelaki/perempuan bukan mahram
2. mendedahkan aurat kepada ajnabi di rumah sendiri seperti sepupu dan ipar duai
3. berpakaian tidak menutup aurat
4. berdating di hari raya
5. meninggalkan solat kerana sibuk beraya
6. tidak melakukan ziarah tetapi sibuk dengan rancangan hiburan melalaikan di tv

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABALALLAHHU MINNA WA MINKUM

Wednesday, September 16, 2009

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai harumanIbn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak".

2. Mencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)

3. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

5. Membanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...