1. korek hidung dan telinga (seperti yg kita biasa buat pd bulan2 selain ramadhan) tidak membatalkan puasa
2. guna inhaler utk pesakit asma tidak membatalkan puasa (keputusan majma fiqh islami al-duali)
3. masuk kamera sehingga ke perut tidak membatalkan puasa (keputusan majma fiqh islami al-duali)
4. masuk air(drip) membatalkan puasa
5. derma darah dan berbekam disiang ramadhan makruh
6. disuntik tidak membatalkan puasa
7. cabut gigi dan tampal gigi juga tidak membatalkan puasa.
Saturday, August 4, 2012
Wednesday, July 25, 2012
hadis2 ramadhan
1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.
عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.
حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.Terjemahan;Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah
fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih
ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu
sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan
Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala
bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan
fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas
menggantikan hadith palsu mengenainya.
sumber: http://nirzashah.blogspot.com/2012/07/fadhilat-ramadhan-dan-hadis-palsu.html
Tuesday, July 24, 2012
solat terawih lapan rakaat atau dua puluh rakaat
solat terawih 8 rakaat diikuti witir 3 rakaat, diikuti tazkirah.
dapat pahala solat sunat, dapat pahala dengar tazkirah.
solat terawih 20 rakaat diikuti 3 rakaat witir. juga baik sebab terawih hanya ada di bulan ramadhan. tazkirah di luar ramadhan pun ada.
mana satu yg lebih baik/afdal.
yang lebih baik ialah buatlah 8 atau 20 rakaat asalkan buat dengan ikhlas.
kalau buat 8 rakaat diikuti dengar tazkirah tapi tak ikhlas sambil mengutuk org yg buat 20 rakaat tp tak mau dengar tazkirah. ini tak guna.
kalau buat 20 rakaat tapi tak ikhlas sambil mengutuk org lain yg buat 8 rakaat dgn mengatakan mereka pemalas dan sebagainya. ini pun tak guna.
yg paling baik ialah melakukannya dengan ikhlas. mudah-mudahan diberi ganjarannya oleh Allah Taala.

Sunday, July 22, 2012
hadis ramadhan palsu
siapa yg mengerjakan solat sunat terawih pd malam pertama akan diampunkan seluruh dosanya...jadilah ia spt bayi yg baru dilahirkan (tiada dosa)
hadis2 kelebihan solat terawih dari malam satu hingga malam ke 30 adalah hadis palsu.
hadis2 kelebihan solat terawih dari malam satu hingga malam ke 30 adalah hadis palsu.
Friday, July 20, 2012
Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni
Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W
bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun
berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin.
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika
menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika
beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah
mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah
mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail
(as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang
mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku
pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia
berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya
tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun
mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia
berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua
atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke
dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Friday, July 6, 2012
doa bulan ramadhan
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Allahumma inna nasaluka ridaka waljannah wana'uzubika min sakhatika wannar. Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanna.
Ya Alllah, kamu mohon keredhaanMu dan juga jannahMu, Kamu mohon dijauhi dari seksa api neraka. Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia, Ampunkanlah kami.

Sunday, June 24, 2012
doa bulan rejab dan syaaban
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan
Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.
Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan
Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)