Sunday, October 7, 2012

faraid kes 2

simati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak ppuan.harta rm9000

anak lelaki dapat 2 bhg
anak ppuan dpt 1 bhg
jumlah 3 bhg

ringkasan: anak L dpt 2/3 dari harta = rm6000
                anak P dpt 1/3 dari harta = rm3000
                                         jumlah   = rm9000



contoh lain : simati meninggalkan 2 anak L, 1 anak P, harta rm5000

anak Lelaki 1 dpt 2 bhg
anak L no 2  dpt 2 bhg
anak P dapat 1 bhg
jumlah = 5 bhg

ringkasan: anak L no 1 dpt 2/5 dari harta = rm2000
                anak L no 2 dpt 2/5 dari harta = rm2000
                anak P dapat 1/5 dari harta = rm1000
                                           jumlah = rm5000

faraid

kes 1

suami meninggal dunia.meninggalkan seorang isteri dan 2 anak. seorang lelaki dan seorang perempuan. si mati meninggalkan wang sebanyak rm8000.

si isteri dapat 1/8 = rm1000
baki rm7000 dapat kat anak.

anak lelaki dapat 2 bahagian
anak perempuan dpt 1 bahagian.
jumlahnya 3 bahagian.

jadi , anak lelaki dpt 2/3 dari rm7000
anak ppuan dapat 1/3 dari rm7000

Monday, August 13, 2012

lailatul qadr

Bila?

1. 10 malam terakhir ramadhan
2. malam ganjil
3.pernah ditemui di zaman Nabi malam 21, 23, 27
4. nabi nak bagitahu pada sahabat, tapi belum sempat diberitahu, pengetahuan itu terangkat oleh sebab ada 2 orang yang bertengkar.
5. yang pasti ia muncul sekali setiap tahun

Ganjaran?

1. lebih baik dari seribu bulan

Apa nak buat?
1. sekurang-kurangnya solat tarawih dan witir berjemaah
2. lagi? banyakkan baca qur'an
3. solat hajat, taubat, tasbih, tahajjud dll
4. banyakkan doa Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fu anna.

Perempuan haid?bagaimana?

1. istiqamah beribadah sebelum datang lailatul qadr. jika berlaku lailatul qadr pada hari mereka datang haid, insya Allah malaikat akan catatkan juga kebaikan baginya kerana istiqamah dia pd hari2 sebelum itu, kerana jika tidak haid, nescaya beribadah dia pada malam itu.
2. banyakkan zikir, selawat, doa, istighfar, atau apa sahaja yg tidak haram bagi perempuan haid.


Saturday, August 4, 2012

hukum hakam berkaitan puasa

1. korek hidung dan telinga (seperti yg kita biasa buat pd bulan2 selain ramadhan) tidak membatalkan puasa
2. guna inhaler utk pesakit asma tidak membatalkan puasa (keputusan majma fiqh islami al-duali)
3. masuk kamera sehingga ke perut tidak membatalkan puasa (keputusan majma fiqh islami al-duali)
4. masuk air(drip) membatalkan puasa
5. derma darah dan berbekam disiang ramadhan makruh
6. disuntik tidak membatalkan puasa
7. cabut gigi dan tampal gigi juga tidak membatalkan puasa.

Wednesday, July 25, 2012

hadis2 ramadhan

1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.


عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.
Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.


حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.
Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.
sumber: http://nirzashah.blogspot.com/2012/07/fadhilat-ramadhan-dan-hadis-palsu.html

Tuesday, July 24, 2012

solat terawih lapan rakaat atau dua puluh rakaat

solat terawih 8 rakaat diikuti witir 3 rakaat, diikuti tazkirah.
dapat pahala solat sunat, dapat pahala dengar tazkirah.

solat terawih 20 rakaat diikuti 3 rakaat witir. juga baik sebab terawih hanya ada di bulan ramadhan. tazkirah di luar ramadhan pun ada.

mana satu yg lebih baik/afdal.
yang lebih baik ialah buatlah 8 atau 20 rakaat asalkan buat dengan ikhlas.
kalau buat 8 rakaat diikuti dengar tazkirah tapi tak ikhlas sambil mengutuk org yg buat 20 rakaat tp tak mau dengar tazkirah. ini tak guna.
kalau buat 20 rakaat tapi tak ikhlas sambil mengutuk org lain yg buat 8 rakaat dgn mengatakan mereka pemalas dan sebagainya. ini pun tak guna.

yg paling baik ialah melakukannya dengan ikhlas. mudah-mudahan diberi ganjarannya oleh Allah Taala.

Sunday, July 22, 2012

hadis ramadhan palsu

siapa yg mengerjakan solat sunat terawih pd malam pertama akan diampunkan seluruh dosanya...jadilah ia spt bayi yg baru dilahirkan (tiada dosa)
hadis2 kelebihan solat terawih dari malam satu hingga malam ke 30 adalah hadis palsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...