Monday, February 8, 2010

sikap isteri

Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.



1. Waktu merajuk
Sikap 1.

Tiba-tiba tak mahu bercakap


Maksudnya

Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu


Mengatasinya

Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.

Tiba-tiba marahkan suami
Maksudnya

Dia cemburu dengan tindakan suami
Mengatasinya

Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
Sikap 3.

Tiba-tiba menangis
Maksudnya

Dia sakit hati dengan tindakan suami
Mengatasinya

Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
Sikap 4.

Tidak mahu memberi khidmat
Maksudnya

Dia sungguh kecewa dengan sikap suami
Mengatasinya

Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
Sikap 1.

Dia sudah rajin masak
Maksudnya

Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya
Mengatasinya

Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
Sikap 2.

Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami
Maksudnya

Dia puas hati dengan tindakan suami
Mengatasinya

Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
Sikap 3.

Dia siap untuk tidur awal
Maksudnya

Dia sudah akur dengan kehendak suami
Mengatasinya

Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
Sikap 4.

Dia bercakap dengan nada manja
Maksudnya

Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga
Mengatasinya

Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
3. Waktu benci
Sikap 1.

Kehendak suami tidak dilayan
Maksudnya

Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk
Mengatasinya

Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
Sikap 2.

Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik
Maksudnya

Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik
Mengatasinya

Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
Sikap 3.

Makan tidak selera
Maksudnya

Dia mahu simpati daripada suaminya
Mengatasinya

Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
Sikap 4.

Tidur seorang diri
Maksudnya

Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya
Mengatasinya

Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
Sikap 1.

Muka masam
Maksudnya

Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan
Mengatasinya

Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
Sikap 2.

Meminta maaf sambil menangis
Maksudnya

Dia benar-benar insaf
Mengatasinya

Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
Sikap 3.

Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya
Maksudnya

Dia hendak meminta suami membelinya
Mengatasinya

Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif
 
dipetik dari blog cina islam

Thursday, February 4, 2010

solat tahajjud

Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.


anda semua macamana?tunggu surau buat qiamullail baru buat solat tahajjud agaknya.itu pun kalo pegi.kalo tidak, entahle.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...