Thursday, November 25, 2010

antara cara mendapatkan kerehatan yang berkualiti

antara cara mendapatkan kerehatan yang berkualiti

1. tidur sekejap sebelum zuhur (qailulah).kajian mendapati mereka yang tidur sekejap (15-20 minit) sebelum zuhur mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.

2. khusyuk dan tam'ninah ketika solat

rehat yang optimum memberi impak yang maksimum

Tuesday, November 23, 2010

orang yang tak hafal sedikit pun al-qur'an

sabda nabi mafhumnya: perumpamaan orang islam yang tidak menghafal sedikit pun ayat al-qur'an seperti rumah yang nak roboh

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA
SELAMAT ENJALANKAN IBADAH KORBAN
SELAMAT MAKAN DAGING KORBAN
JANGAN BEREBUT DAGING KORBAN
JANGAN BUAT DAGING KORBAN TU MACAM KITA PUNYA SORANG JE
JANGAN INGAT KITA JE YANG BUAT KERJA PADA HARI TU
JANGAN INGAT MENTANG2LAH KITA YANG TERUK MELAPAH SEOLAH2 KITA BOLEH AMBIK DAGING TU IKUT SUKA HATI KITA
JANGAN INGAT SEOLAH2 ORANG LAIN TAK BUAT KERJA
JANGAN TAMAK
BAGILAH PADA ORANG YANG BERHAK
JANGAN MEMBAZIR
JANGAN BUAT BENDA YANG TAK BAIK
JANGAN MENGUNGKIT

Friday, November 12, 2010

kos naik haji kekal

http://www.hmetro.com.my/articles/Subsididiterus/Article/

Kos naik haji 2011 dikaji semula

Kos naik haji 2011 dikaji semula

SEPANG - Kerajaan sedang meneliti kos mengerjakan haji bagi tahun hadapan berikutan beberapa faktor yang dilihat mempengaruhinya kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Kita meneliti secara mendalam dan mengikuti perkembangan yang berlaku di Mekah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas ke Tanah Suci semalam.
Katanya, kajian meliputi kos penginapan perlu dilakukan berikutan banyak bangunan hotel telah diruntuhkan termasuk bangunan berdekatan Masjidil Haram yang disewakan kepada Lembaga Tabung Haji.
"Sebahagiannya sudah tamat tempoh sewaan, jadi bangunan baru akan ambil kira kos yang baru," katanya.
Pembangunan fasa keempat Masjidil Haram dan kawasan sekelilingnya yang menelan kos berbilion Saudi Riyal sedang giat dilakukan sejak dimulakan pada 2007 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
Jamil Khir berkata, beberapa faktor lain turut perlu diambil kira seperti kos pengangkutan berikutan kenaikan harga minyak dunia dan kos bahan makanan yang turut meningkat.
Namun, beliau memberi jaminan sebarang perubahan tidak akan membebankan jemaah haji.

sumber:kosmo

mStar Online : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

mStar Online : Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Wednesday, November 10, 2010

sebaik2 remaja, seburuk2 orang tua

malam tadi saya tengok rancangan halaqah tv9, penceramah tu baca hadis Nabi s.a.w mafhumnya: sebaik2 remaja ialah mereka yang berpakain seperti orang tua, seburuk2 orang tua ialah mereka yang berpakain seperti remaja.

maksudnya: kalau orang tu dah tua tapi cara berpakain macam budak remaja lagi, dia seorang yang lupa diri dan tidak ingat akan mati.

Monday, November 8, 2010

Thursday, November 4, 2010

BN MENANG DI GALAS

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi. BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yangmemperolehi sebanyak 4,134 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas,Wan Mustaffa Wan Abdul Hamid kira-kira pukul 8.55 malam Khamis di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Sivik di sini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.
Allahyarham Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada BN dengan majoriti 646 undi.Galasterletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Paloh.
DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina(2,317), India (185), bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

SUMBER:MSTAR ONLINE

BN Kekalkan Kerusi Batu Sapi

BN Kekalkan Kerusi Batu Sapi 
 
SANDAKAN: Seperti dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan memperoleh 9,773 undi.
Calon BN yang diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya menewaskan dua calon lain.
Calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah mengekori dengan mendapat 3,414 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sekadar memperoleh 2,031 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 8.40 malam tadi.

sumber:mstar online

MEDICAL CARD:pengalaman sebenar

pengalaman sebenar penggunaan medical card:

insuran digunakan:PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
bayaran bulanan:rm150 untuk diri sendiri dan wife
bayaran untuk anak2:rm100 sebulan

mula masuk insuran: november 2007

penggunaan medical card: awal 2009. anak jatuh, kena jahit dahi, hospital claim hampir rm2000.aku kena bayar rm300 atau 10% dari charge hospital (mana yang tinggi).anak duduk wad selama satu malam.elaun bermalam di wad, insuran bayar rm250 selepas sebulan masuk wad. berapa aku kena bayar masa mula2 masuk hospital?bayar rm50 je. masa keluar bayar bakinya iaitu rm250. oleh kerana ini dikira kemalangan, maka saya bagi resit bil rm300 kepada agen saya dan dia claim bagi pihak saya.selepas sebulan saya dapat rm300 semula.kiranya, saya dapat extra rm250 lah. walomacamanapun, kira tak ok sebab dahi anak dah berjahit.tapi masih ok sebab saya tak kena bayar apa2 hakikatnya. satu perkara yg perlu anda tahu ialah anda perlu bermalam di wad untuk membolehkan pihak insuran bayar kos perubatan itu. kalo tak bermalam di wad, pihak insuran tak bayar le. tapi boleh claim dgn insuran jika masuk hospital itu disebabkan kemalangan seperti anak jatuh bilik air dan kena jahit dahi.

kes 2: wife masuk wad.kena operate telinga. kos semua lebih kurang rm5800. saya kena bayar 10% iaitu rm580.  insuran bayar balik rm250 sebab bermalam satu malam di wad. kira saya bayar rm330 lah. apa kebaikan dia buat kat hospital swasta? tiada layanan kasar, kita tanya apa sahaja soalan kepada nurse atau doktor, soalan akan dijawab. orang tak ramai dalam wad.kita pilih ikut kelayakan kita, nak bilik 1 org ke, dua org sebilik ke atau 4 org sebilik. kita tak tunggu lama sangat sampai tak tau apa yang ditunggu...doktor semua doktor pakar...

kes 3: anak demam.masuk wad 3 malam.hospital claim hampir 2k. saya kena bayar rm300. elaun hospital saya dapat rm250 kali 3 malam = rm750.

kes 4: anak masuk wad lima malam. hospital claim 5k. saya bayar rm500. elaun hospital dibayar oleh pihak insuran ialah rm250 kali 5 = rm1250.

kes 5: anak masuk wad satu malam.jatuh, kena jahit dahi. claim hospital hampir 3k. saya kena bayar rm300. elaun hospital saya dapat rm250. oleh kerana ini case accident, rm300 yang saya bayar dibayar semula oleh PRU BSN Takaful.

sapa2 yang tak nak bayar sekupang pun bila masuk wad, carilah insuran TAKAFUL IKHLAS. masuk wad sekupang tak payah bayo.

siapa menang prk galas dan batu sapi?

sapa menang 2 PRK hari ni.jangan silap eja..... PRK GALAS DAN BATU SAPI.SAPA MENANG?SENANG SAJE NAK TAU SAPA MENANG, TUNGGU DEPAN TV LA BEB MALAM NI...HANGPA AGAK SENDIRI LA....BERDASARKAN PENGALAMAN HANGPA YANG LEPAS2..TAKKAN ITU PUN NAK KENA AJOR

azab kubur?VIDEO NI TAKDE LA SERAM BENOR....CUMA GAMBOR YG KELUAR TU GAMBOR ITU NAK BUAT CAMANE...

solat & sains

Tuesday, November 2, 2010

teka-teki imam ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.


di copy dari blog cina islam

petrol ron 97 naik 5 sen esok?

petrol ron 97 naik 5 sen esok? dari rm2.10/liter kepada rm2.15/liter.

*terbayang aku ketika di mekah, tok arab isi minyak tak sampai 70sen seliter.hu hu kalo macam tu harga minyak kat sini, syoknya....

sumber:malaysiakini

ada sesapa boleh konfimkan?

Monday, November 1, 2010

IKAN OH IKAN

berapa banyak ko makan ikan setiap hari?
berapa banyak ikan ahli ahli keluarga ko makan setiap hari?
berapa banyak ikan orang di taman ko makan setiap hari?
berapa banyak ikan orang di negeri ko makan setiap hari?
berapa banyak orang malaysia makan setiap hari?
berapa banyak orang di dunia ini makan ikan setiap hari?

adakah ikan itu habis?
adakah ikan itu pupus?
adakah ko pernah pergi pasar langsung tiada ikan?
ikan ada di lautan tapi nelayan tidak ke laut
ikan tidak pernah habis

MAHA AGUNG DIA YANG MENJADIKAN IKAN
MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN IKAN UNTUK KITA MAKAN
KITA LAHIR SAJA KE DUNIA...
SEBELUM KITA KENAL IKAN...
IKAN SUDAH ADA

TETAPI
KENAPA RAMAI YANG MAKAN IKAN YANG DIJADIKAN ALLAH
TIDAK TAHU BERSYUKUR KEPADA ALLAH?
INSAFLAH
SEDARLAH
KITA TIDAK PERNAH BERDOA DAN MEMINTA KEPADA TUHAN
SUPAYA MENJADIKAN IKAN UNTUK KITA
TETAPI ALLAH TAHU KEHENDAK KITA

MALANGNYA RAMAI ANTARA KITA
YANG TIDAK TAHU KEHENDAK ALLAH
BAHKAN
RAMAI YANG MENGENEPIKAN KEHENDAK ALLAH
KERANA MENURUT KEHENDAK NAFSU

TIDAKKAH KAMU SEMUA BERFIKIR?

peristiwa di bulan zulhijjah

A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah.


B. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah.

C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) - Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ‘ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti - Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin ‘Affan sebagai khalifah ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat - Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

peristiwa di bulan zulkaedah

1. Peperangan Bani Quraizah


Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah.

Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah.

Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al-hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan untuk bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy".

Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan".

Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida'

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...