Saturday, January 9, 2010

pengalaman haji untuk dikongsi bersama


kelana jaya. ni jam 1.00 pagi, kalau siang ni lagi ramai orang takde la lengang macam ni. ni kira ok la. semua jemaah sedang menunggu untuk check in di sini. dijadualkan jam 3.30 pagi tapi ada technical problem, check in 4.30 pagi. bertolak dari kelana jaya ke airport klia jam 6.00 pagi. sampai airport jam 6.40 pagi.flight dijadualkan jam 7.00 pagi delay jadi 9.00 pagi.


airport jeddah. ni kawasan jemaah haji malaysia. berhampiran kawasan ni terdapat surau dan juga tandas. takde masalah ok je.


pemandangan sepanjang jalan dari jeddah ke mekah. tak banyak bangunan. kontang je.tak juga padang pasir.macam dalam gambar tu la.


dalam bas dari jedah ke mekah.  di airport (dlm bas) jemaah diberikan nasi beriani sebungkus sorang. sebungkus makan dua orang tapi tak habis sebab banyak sangat nasi tu. kelihatan beg di tengah laluan antara penumpang. beg2 lain atas bumbung bas.ada pekerja yang angkat bukan jemaah haji. jemaah nawak beg merah tu je.


jemaah haji berehat setelah selesai mengerjakan tawaf qudum bagi yang menunaikan haji ifrad dan tawaf umrah bagi yang mengerjakan haji tamattuk. masa ini 14.11.2009 lagi 13 hari nak wukuf. belum cukup sesak. waktunya lebih kurang jam 8.30 pagi.tawaf mengambil masa lebih kurang 30 minit masa ni. kalau masa sesak lebih kurang 45 minit.


kaabah di depan mata.tarikh:14.11.2009


pemandangan dari atas bumbung masjidil haram. tarikh: lebih kurang 17.11.2009 jemaah haji semakin ramai. tak dapat dah nak duduk-duduk macam gambar kat atas tu.

Ringkasan: Perjalanan Haji dari Malaysia:
1. rumah ke kelana jaya (urusan check in dan naik bas ke klia)
2. kelana jaya ke KLIA (mengambil masa lebih kurang 40 minit-diiringi polis trafik)
3. KLIA ke Jeddah International Airport (penerbangan 8 jam).Niat haji atau umrah atas flight. proses di airport: melalui imegresen, ambik bagasi(lebih kurang sejam) dan menunggu bas ke Mekah. Yang paling lama ialah menunggu turn naik bas ke Mekah.(lebih kurang dua jam)
4. Jedah ke Mekah (80km)mengambil masa lebih kurang 2 jam sebab trafiic jam dan berhenti untuk diberi makanan, minuman dan hadiah dari Saudi.Kadang2 bas tak jumpa cari hotel. Itu yang menambahkan lagi lambat perjalanan.
5. Sampai di hotel. Masuk bilik dan berehat. tunggu maklumat dari pembimbing bila akan pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf.Jangan mandi. Tunggu esok baru mandi. Jika mandi juga dikhuatiri demam disebabkan oleh perubahan cuaca dan sebagainya.
6. Hari berikutnya: pergi masjidil haram untuk tawaf, saie dan bercukur (jika menunaikan haji tamattuk) Jika menunaikan haji ifrad boleh tawaf qudum dan saie haji. Lepas tu balik ke hotel dan rehat. Masa mengerjakannya bergantung kepada rezeki dan keadaan jemaah. Tawaf - 40 minit, saie 40 minit (biasanya begini)
7. Tunggu wukuf. Tiap2 hari boleh la pi Masjidil Haram untuk solat lima waktu, tawaf sunat dan lain2. Kalau rajin boleh la buat umrah sunat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...