Monday, August 29, 2011

عيد مبارك.كل عام وأنتم بخير. تقبل الله منا ومنكم

selamat menyambut idul fiti. maaf zahir batin semua.
عيد مبارك.كل عام وأنتم بخير. تقبل الله منا ومنكم
Eid Mubarak. Chaque année, vous êtes beaux. Qu'Allah accepte de nous et vous
Eid Mubarak. Jedes Jahr werden Sie in Ordnung. Möge Allah akzeptieren von uns und Sie

Tuesday, August 23, 2011

senyumlah.............

Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”

Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah

amalan ahli syurga

sabda Nabi: barangsiapa menempuh jalan utk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga. (riwayat Muslim)

Rasulullah ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda menjawab, bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik (riwayat Tirmizi)

Nabi bersabda: hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kebaikan dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi: barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai. (riwayat Tirmizi)

Nabi bersabda: saya dan penaggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini (seraya baginda menunjukkan kedua jarinya, jari telunjuk dan jari tengah. (riwayat Bukhari)

Nabi bersabda: barangsiapa yang membangunkan masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga (riwayat Bukhari)

Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau petang, nescaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau petang. (riwayat Bukhari dan Muslim)

barangsiapa solat pada dua waktu pagi dan petang (subuh dan asar berjemaah) maka dia masuk syurga. (hadis riwayat Bukhari)

Saturday, August 13, 2011

Pelajar sekalian..

pelajar sekalian: bercintalah dengan ilmu, bertunanglah dgn buku, berkahwinlah dgn kejayaan.
kalau kita biasa skor A dalam UPSR, PMR, SPM, PSPM, Final Exam di Univeristi, jom kita skor A dalam peperiksaan di Padang Mahsyar nanti.....

aku mahu apa yang diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki...

seorang ulama, Sulaiman bin Yasar (wafat 94H) dikurniakan Allah dengan wajah yang tampan. Wanita selalu jatuh hati kepadanya. Suatu hari, ketika dia berada di Abwa', seorang wanita secara tidak sengaja telah terpandang akan wajah Sulaiman yg ketika itu berada di dalam khemah. Wanita itu segera menghiaskan dirinya lalu pergi ke khemah Sulaiman. Sesampainya wanita itu ke khemah Sulaiman, dia berkata: berikan kepada ku..Sulaiman menyangkankan bahawa wanita itu inginkan makanan, lalu dia bangun...belum sempat di ambil makanan, wanita itu berkata: aku tidak mahu makanan, aku mahu apa yang diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki...

Sulaiman sedar bahawa dia sedang diuji: lalu dia berkata: iblis telah mengutusmu untuk menyesatkan aku..Sulaiman menangis..wanita itu merasa malu lalu dia berlalu pergi... Tidak lama kemudian Sulaiman ke Makkah, setelah beribadah, dia tertidur dan bermimipi..bertemu dengan Nabi Yusuf alaihissalam...lalu Sulaiman berkata kepada Nabi Yusuf: aku kagum dengan kisahmu yang digoda wanita sebagaimana diceritakan dalam al-Qur'an.. Nabi Yusuf berkata: kisahmu di Abwa' lebih mengagumkan...

Pengajaran: wajah yang cantik dan tampan adalah amanah Allah kepada kita, jagalah ia sebaik-baiknya.

Friday, August 12, 2011

sepanjang hidup-maher zain

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

Saturday, August 6, 2011

kerana Allah

dalam satu peperangan Saidina Ali berjaya menjatuhkan musuhnya...tinggal nak pancung sahaja kepala musuhnya itu..tiba2 dia diludah oleh musuhnya yang bukan Islam..lalu Saidina Ali tidak jadi memancung kepala lelaki berkenaan..musuhnya merasa hairan..kenapa Saidina Ali tiba2 tidak meneruskan hasratnya itu..lalu ia bertanya kepada Saidina Ali: kenapa kamu tidak bunuh saja aku..sedangkan kamu berpeluang melakukannya..kata Saidina Ali: tadi aku bertempur dengan kamu KERANA ALLAH TAALA..tapi sekarang aku takut untuk memengal kepala kamu..takut2 ia dilakukan bukan KERANA ALLAH tapi kerana marahkan kamu yang telah meludah muka aku...


*kalau kita rasanya cincang lumat musuh tu...

*pengajaran: KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGIKHLASKAN DIRI DALAM MELAKUKAN APA JUA PERKARA KERANA ALLAH TAALA..BUKAN KERANA PERKARA LAIN...

Thursday, August 4, 2011

lawak bulan puasa :jumpa di facebook

Seorang pendengar Radio Sinaran fm.. Sedang menelefon DJ tersebut di konti radio..
Pendengar : Hello radio sinaran fm?
Penyiar : Betul dengan siapa sy berckp ni?
Pendengar : Saya Azmi, boleh request tak ?
Penyiar : Boleh... Azmi mahu request apa ?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar nih.

Wednesday, August 3, 2011

kata ulama

kata ulama: jika hingga usia 40 tahun engkau masih belum menjadi apa-apa maka engkau tidak akan menjadi apa-apa.

Tuesday, August 2, 2011

hadis ramadhan

dari abu hurairah: Sabda Nabi s.a.w: berpuasalah kamu, nescaya kamu akan menjadi sihat....

hadis riwayat Tabrani

bulan ramadhan ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan, dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.

diriwayatkan oleh ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya.

dari abu hurairah: sabda Nabi: barangsiapa menghayati rmalam al-qadr dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa2 yang telah lau.

hadis sahih riwayat Bukhari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...