Tuesday, August 23, 2011

amalan ahli syurga

sabda Nabi: barangsiapa menempuh jalan utk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga. (riwayat Muslim)

Rasulullah ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda menjawab, bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik (riwayat Tirmizi)

Nabi bersabda: hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kebaikan dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi: barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai. (riwayat Tirmizi)

Nabi bersabda: saya dan penaggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini (seraya baginda menunjukkan kedua jarinya, jari telunjuk dan jari tengah. (riwayat Bukhari)

Nabi bersabda: barangsiapa yang membangunkan masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga (riwayat Bukhari)

Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau petang, nescaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau petang. (riwayat Bukhari dan Muslim)

barangsiapa solat pada dua waktu pagi dan petang (subuh dan asar berjemaah) maka dia masuk syurga. (hadis riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...