Saturday, August 13, 2011

aku mahu apa yang diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki...

seorang ulama, Sulaiman bin Yasar (wafat 94H) dikurniakan Allah dengan wajah yang tampan. Wanita selalu jatuh hati kepadanya. Suatu hari, ketika dia berada di Abwa', seorang wanita secara tidak sengaja telah terpandang akan wajah Sulaiman yg ketika itu berada di dalam khemah. Wanita itu segera menghiaskan dirinya lalu pergi ke khemah Sulaiman. Sesampainya wanita itu ke khemah Sulaiman, dia berkata: berikan kepada ku..Sulaiman menyangkankan bahawa wanita itu inginkan makanan, lalu dia bangun...belum sempat di ambil makanan, wanita itu berkata: aku tidak mahu makanan, aku mahu apa yang diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki...

Sulaiman sedar bahawa dia sedang diuji: lalu dia berkata: iblis telah mengutusmu untuk menyesatkan aku..Sulaiman menangis..wanita itu merasa malu lalu dia berlalu pergi... Tidak lama kemudian Sulaiman ke Makkah, setelah beribadah, dia tertidur dan bermimipi..bertemu dengan Nabi Yusuf alaihissalam...lalu Sulaiman berkata kepada Nabi Yusuf: aku kagum dengan kisahmu yang digoda wanita sebagaimana diceritakan dalam al-Qur'an.. Nabi Yusuf berkata: kisahmu di Abwa' lebih mengagumkan...

Pengajaran: wajah yang cantik dan tampan adalah amanah Allah kepada kita, jagalah ia sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...