Monday, August 30, 2010

baitul maqdis dan masjidil aqsa

masjidil aqsa adalah salah satu masjid suci bagi umat Islam. Nabi Muhammad di isra'kan dari masjidil haram ke masjidil aqsa. hari ini ia dikuasai oleh Yahudi. Ada umat Islam yang menunaikan umrah transit di Jordan lalu memasuki Baitul Maqdis untuk solat di Masjidil Aqsa. Mereka perlu membayar sejumlah wang kepada kerajaan Israel untuk memasuki Baitul Maqdis.

Seorang ustaz mengibaratkannya seolah2 kita ada rumah, rumah kita dimasuki perompak, perompak itu tidak mahu keluar dari rumah kita itu malahan kita telah dihalau keluar dari rumah itu oleh perompak itu. Oleh kerana rumah itu rumah kita maka semestinya kita mahu memasukinya walaupun ada perompak di dalamnya. Perompak itu berkata: kamu mahu masuk rumah kamu boleh tetapi sekejap sahaja, dan kamu mesti bayar aku sejumlah wang, baru kamu dibenarkan masuk.

Ada ulama menghukumkan perbuatan seseorang itu membayar kepada Israel untuk mebolehkannya solat di Masjidil Aqsa adalah haram kerana seolah2 kita bersetuju dengan Israel itu yang menakluk Baitul Maqdis.

saidina abu bakr

saidina abu bakr telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah. Satu pagi Abu Bakr telah keluar dari rumahnya menuju ke pasar untuk berniaga. Di tengah jalan beliau telah berjumpa dengan Saidina Umar, lalu Saidina Umar bertanya ke manakah Abu Bakr hendak pergi . Umar pelik bial mendengar jawapan Abu Bakr kerana Abu Bakr adalah ketua negara. Umar menyatakan pendapatnya bahawa sebagai ketua negara, Abu Bakr sepetutnya menumpukan kerjanya sebagai khalifah.

Lalu mereka berbincang bersama dengan Abu Ubaidah al-Jarrah. Akhirnya dicadangkan supaya diambil sedikit dari wang Baitulmal unutk diberikan kepada Abu Bakr setiap bulan sebagai gajinya atau upahnya mentadbir negara. Dengan itu, Abu Bakr dapat menumpukan perhatiannya kepada pentadbiran negara dan tidak perlu berniaga. Abu Bakr bersetuju dengan cadangan itu.

Suatu hari isteri Abu Bakr teringin untuk memakan sesuatu yang istimewa tetapi Abu Bakr tidak mampu menyediakannya. Isterinya mencadangkan supaya setiap bulan diberikan kepadanya sedikit wang gaji suaminya kepada dirinya untuk disimpan. Abu Bakr bersetuju dengan cadangan itu.

Suatu hari duit simpanan itu mencukupi untuk membeli makanan yang dihajatinya sedikit masa dahulu lalu diceritakannya kepada ABu Bakr. Tetapi bila diterangkan keadaan itu kepada suaminya, suaminya menyatakan kalau begitu banyak simpanan wang itu, itu bermakna bahawa gaji yang diterimanya itu berlebihan. Lalu ABu Bakr memulangkan semua wang simpanan itu kepada Baitulmal.

Lihatlah betapa mulianya Abu Bakr kerana beliau tidak sanggup untuk dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat tentang harta yang tidak sepatutnya beliau dapat walaupun sebenarnya harta itu adalah hartanya. Ini berbeza dengan kita pada hari ini yang tidak pernah cukup dengan harta yang dimiliki. Semakin besar gaji yang diterima semakin dirasai tidak cukup. Gaji sudah beratus ribu sebulan tetapi mahu dikejar lebih daripada itu.

Ingatlah kita akan ditanya dari mana harta kita dapat, ke mana dibelanjakan.

Sunday, August 29, 2010

hukuman rejam di somalia

hukuman rejam di somalia untuk kesalahan zina bagi yag telah berkahwin.Si pesalah di tanam separuh badan

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya
Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah
Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.




Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua)

sumber: http://inijalanku.wordpress.com/

surah al-qadr

syed qutb seorang ahli bahasa, pejuang ikhwanul muslimin yang mati syahid mentafsirkan bahawa di dalam surah al-qadr terdapat tiga cahaya yang diterangkan di dalamnya.

1. inna anzalnahu fi lailatil qadr: maksudnya Kami turunkan (al-qur'an) di malam al-qadr(lailatul qadr) cahaya yang pertama ialah cahaya al-qur'an yang menjadi petunjuk bagi manusia.

2. tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi izni rabbihim min kulli amr: pada malam itu turun malaikat2 dan jibril. cahaya yang kedua ialah cahaya malaikat kerana malaikat dijadikan daripada cahaya.

3. salamun hiya hatta matlai'l fajr:selamatlah ia sehingga terbit fajar: cahaya yang ketiga ialah cahaya fajar.

BEGITULAH HEBATNYA SYED QUTB INI.

Saturday, August 21, 2010

fathu makkah

20 Ramadhan tahun 8 hijrah, tarikh peristiwa Pembukaan Mekah. Peristiwa besar ini berlaku dan memberikan kepada kita banyak pengajaran dari sudut haraki dan tarbawi. Pengajaran yang banyak tersebut menjadikan peristiwa ini sebagai salah satu peristiwa penting di dalam bulan Ramadhan selain dari peristiwa Perang Badar dan peristiwa Nuzul al-Quran.

Kebangkitan Kuasa Baru



Quraisy tidak pernah menyangka ini akan berlaku. Di awal kemunculan Islam, mereka hanya memandangnya sebagai sebahagian golongan ‘Hanif’. Seksaan demi seksaan yang dilakukan dijangka dapat mematikan kemunculan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pakatan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. di ambang peristiwa hijrah juga rupa-rupanya tidak mendatangkan hasil. Tetapi mereka masih tidak kecewa, lalu di awal penubuhan negara Islam Madinah, mereka masih yakin dapat meruntuhkannya. Tetapi selepas satu demi satu peperangan, bermula dari Badar, Uhud dan seterusnya ke Khandak, apa yang mereka dapati adalah semakin hari kekuatan Islam semakin sukar untuk ditumpaskan. Walau pun ada sedikit sinar kemenangan buat mereka di Uhud, tetapi kekalahan memalukan di Khandak setelah pakatan dengan kabilah Arab dan Yahudi dilakukan seolah-olah menutup harapan mereka. Pola berubah. Tentera Islam berubah dari posisi mempertahankan diri kepada posisi menyerang. Manakala Quraisy berubah dari posisi menyerang kepada posisi mempertahankan diri. Satu pencapaian bagi tentera Islam yang tidak pernah mereka fikirkan.



Perjanjian Hudaibiah adalah bukti perubahan posisi tersebut. Apa yang mampu dilakukan oleh kaum Quraisy hanyalah meminta Rasulullah s.a.w. agar bersetuju untuk melakukan perjanjian damai dan gencatan senjata. Sekali lagi pencapaian baru dicapai oleh kaum muslimin. Kaum muslimin, daripada kaum yang ditindas dan tidak diberikan hak bercakap, mereka dirayu agar tidak menuju ke Mekah. Itulah yang berlaku kepada Quraisy. Mereka tidak lagi mampu untuk mengangkat senjata dan meneruskan peperangan.



Perjanjian damai dan gencatan senjata ini adalah suasana yang cukup selesa bagi kaum yang lemah. Tetapi sikap degil dan terburu-buru sebahagian pihak di dalam kaum Quraisy menjadikan mereka tersepit di dalam masalah baru. Tindakan membunuh beberapa orang daripada Bani Khuzaah, sekutu kaum muslimin amat-amat disesali oleh Abu Sufyan, ketua kaum Quraisy. Abu Sufyan memberanikan diri menuju ke Madinah merayu agar diberikan kemaafan atas keterlanjuran yang dilakukan. Tidak ada sesiapa yang melayannya. Rayuan yang menjatuhkan air muka seorang ketua kaum yang hebat ini berakhir dengan kekecewaan.



Peristiwa Pembukaan Mekah adalah kemuncak kepada kekecewaan tersebut. Ketika Abu Sufyan yang masih baru memeluk Islam melihat satu demi satu qabilah-qabilah Islam berjalan di hadapannya, secara spontan keluar dari mulutnya: “Aku lihat tidak ada sesiapa pun yang mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka. Demi Allah wahai Abu al-Fadhl (Abbas bin Abd Mutalib), kerajaan anak saudaramu telah menjadi satu kerajaan yang agung.”



Berinteraksi Dengan Fitrah



Abu Sufyan r.a. memeluk Islam. Beliau adalah ketua kaum Quraisy ketika itu. Selain daripadanya, beberapa pimpinan Quraisy yang lainnya juga memeluk Islam. Di antara mereka adalah Sofwan bin Umayyah, Ikrimah bin Abu Jahl dan Suhail bin Amru. Kesemua mereka adalah peribadi hebat yang tidak pandai berpura-pura. Mereka memerangi Islam kerana yakin kepalsuan nubuwah dan masuk Islam hanya setelah yakin kebenarannya. Masing-masing mempunyai kisah keislamannya yang tesendiri dan bersama-sama Rasulullah s.a.w. melakarkan kemenangan Islam selepas itu.



Abu Sufyan r.a. disebut oleh Abbas r.a. sebagai seorang lelaki yang sukakan kemegahan diri. Lalu Rasulullah s.a.w. memberikannya satu pengiktirafan untuk dia bermegah dengan pengiktirafan tersebut. “Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan dia aman. Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dia aman. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dia aman.” Apakah bezanya berlindung di rumah Abu Sufyan dan berlindung di rumah sendiri jika kedua-duanya adalah tempat yang memberikan keamanan? Tetapi kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. di dalam menyusun kata-kata yang memenuhi fitrah Abu Sufyan telah menjinakkan ketua kaum Quraisy ini.



Ada pun Ikrimah anak lelaki Abu Jahal, kebijaksanaan dan keberanian isterinya telah menganugerahkan Islam kepadanya. Beliau sudah pun lari ke Yaman dan berniat untuk mengakhiri hayatnya di sana. Isterinya, Ummu Hakim memohon kemaafan Rasulullah s.a.w. ke atas suaminya dan mencarinya untuk mengkhabarkan kepadanya keamanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Keamanan yang diberikan kepada Ikrimah sebelum keislamannya membuka pintu kepada Ikrimah untuk bertemu Rasulullah s.a.w. di Mekah mengisytiharkan keislamannya. Beliau boleh meneruskan kedegilannya, tetapi pengisytiharan keamanan khas buatnya itu benar-benar menyentuhnya. Apabila pulang bertemu Rasulullah s.a.w., sekali lagi Rasulullah s.a.w. memberikan sentuhan kepadanya. “Akan datang kepadamu Ikrimah sebagai seorang mukmin muhajir. Janganlah kamu semua mencela ayahnya. Sesungguhnya mencela orang yang mati akan menyakitkan orang yang masih hidup dan celaan itu tidak akan sampai kepada yang mati.” Para sahabat r.a. yang mendengar arahan tersebut menyambut Ikrimah dan isterinya dengan mesra ketika mereka sampai. Apakah pilihan lain bagi seseorang yang telah diberikan keamanan dan sambutan mesra oleh musuhnya ketika dia berada di posisi lemah? Ikrimah r.a. memilih untuk memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah s.a.w. Beliau mengotakan janjinya apabila menjadi salah seorang panglima perang di dalam peperangan memerangi golongan murtad di zaman Abu Bakar r.a.



Sofwan bin Umayyah meminta dua bulan tempoh keamanan daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. memberikan empat bulan tempoh keamanan. Sebelum peperangan Hunain, Rasulullah s.a.w. bertemu dengan Sofwan dan meminjam daripadanya 5,000 dirham dan beberapa baju besi untuk digunakan di dalam peperangan. Sofwan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Adakah kamu memaksaku wahai Muhammad?” Rasulullah s.a.w. berlembut kepadanya dan berkata: “Tidak. Ia adalah pinjaman yang akan dibayar kembali.” Rasulullah s.a.w. membayar kembali selepas perang Hunain beserta ghanimah (harta rampasan) daripada perang Hunain. Tindakan itu membuka pintu hidayah kepadanya. Beliau berkata: “Demi Allah, tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku benci dari Muhammad. Baginda s.a.w. terus menerus memberikan ghanimah Hunain sehingga tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang lebih aku sukai dari Muhammad.”



Suhail bin Amru seorang yang cerdik. Beliau adalah wakil Quraisy di dalam perjanjian Hudaibiah. Ketika perjanjian itu ditulis ‘Bismillahirrahmanirrahim’, beliau berkata: “Allah kami tahu. Tetapi ar-Rahman dan ar-Rahim kami tidak tahu” dan mengarahkan agar dipadam kalimah ar-Rahman dan ar-Rahim. Ketika ditulis ‘Muhammad Rasulullah’, beliau mengarahkan dipadamkan kalimah ‘Rasulullah’ sambil berkata: “Kalau kami mengakuimu sebagai Rasulullah, nescaya tidak berlaku peperangan di antara kami dan kamu.” Pujian Rasulullah s.a.w. terhadap kecerdikan Suhail membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. berkata kepada anaknya, Abdullah: “Sesiapa yang berjumpa dengan Suhail bin Amru pasti tidak akan mengalihkan pandangan darinya. Demi Allah, Suhail mempunyai kecerdikan dan kemuliaan. Orang seperti Suhail tidak sepatutnya menjahili Islam.”



Bertasbih dan Beristighfarlah Kerana Kemenangan Dari Allah



Kemenangan di peristiwa Pembukaan Mekah mempunyai banyak lagi pengajaran lain dari sudut yang pelbagai. Kemenangan ini tidak disambut oleh Rasulullah s.a.w. seumpama bangsa lain menyambut kemenangan tentera mereka. Sebaliknya Allah mengajar satu sunnah di dalam menyambut kemenangan di dalam firmanNya:



“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (an-Nasr: 1-3)

sains membuktikan kebenaran islam

- Sembelihan:saluran pernafasan, saluran penghadaman, pembuluh darah:system otak terputus dr bekalan oksigen menyebabkab binatang sembelihan pengsan, ia tak sakit,ia  menggelupur sebab otak hilang oksigen.


- Hukuman pancung: sama

- Masuk tandas pakai selipar: mengelakkan angin ahmar

- Makan jilat jari: enzim yg terdapat di jari mempercepatkan penghadaman.

- pemakaian tudung melindungi otak.sesuai pada waktu panas terik dan sejuk. ia melindungi otak.

- Hadis nabi: pada lalat terdapat penawar dan racun :larva lalat  mempercepatkan proses penyembuhan luka

- Bulan dibelah oleh Nabi Muhammad untuk membuktikan kenabiannya.: dibuktikan hari ini oleh saintis: terdapat garisan panjang di sekeliling bulan seolah2 ia pernah terbelah suatu waktu dahulu.

- 700 kawasan aktif biologi pada badan, 66 drp kawasan itu memberi kesan segera. 61 drpnya berada dlm kawasan wudhuk utama(wajib). 5 kawasan lagi berada dlm kawasan antara buku lali dan lutut

- Solat:oksigen dan darah sampai ke satu bhg dlm otak semasa sujud sahaja

- Hukuman Sebat:boleh menyebabkan muncul antibody dalam badan utk mengalahkan kuman HIV, (jika yang berzian itu belum berkahwin.

Wednesday, August 18, 2010

penyakit yang tidak pernah ada sebelum ini

Sabda Nabi : Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya

Monday, August 16, 2010

iklan ramadhan

perang badar

1. asalnya Nabi Muhammad mengajak sahabatnya menyekat rombongan dagangan Quraisy untuk melemahkan ekonomi Quraisy kerana mereka sangat memusuhi Islam. Sejumlah 313 orang umat Islam bersedia melakukan tugasan ini.

2. beberapa cubaan untuk menyekat beberapa rombongan Quraisy gagal sehinggalah satu hari rombongan Abu Sufyan menghampiri kawasan Badar. Nabi Muhammada menghantar 2 org perisik. mereka menghampiri perigi Badar dan mendapati 1 org lelaki dan 2 org hamba perempuan sedang mengambil air. Dari perbualan mereka difahami bahawa rombongan Abu Sufyan sedang menghampiri Badar.

3. Abu Sufyan juga keluar melakukan risikan dan sampai ke perigi itu. Setelah disiasat Abu Sufyan mengetahui kedatangan 2 orang berhampiran perigi. Abu Sufyan pergi ke tempat 2 org (perisik Nabi) berhenti dan mendapati ada najis unta. Setelah diteliti didapati biji kurma didalam najis unta tersebut. Tahulah Abu Sufyan bahawa orang Madinah telah sampai ke situ dan menyedari bahwa mereka dalam bahaya.(hanya orang MAdinah yang memberi untanya memakan kurma kerana Madinah mewah dengan kurma)

4. Abu Sufyan menghantar seorang wakil untuk meminta bantuan Quraisy di Mekah melindungi rombongan dagangannya yang membawa 1000 ekor unta yang hanya dikawal 40 orang lelaki.950 orang Quraisy bersetuju dan mereka bersiap untuk memerangi umat Islam kerana orang yang meminta bantuan datang dalam keadaan baju yang koyak dan berdarah.

5. ketika Quraisy bersiap mereka berbelah bahagi untuk meninggalkan Mekah kerana takuit Mekah akan diserang oleh suku Kinanah. Iblis datang dalam rupa Suraqah bin Malik (pembesar Kinanah) meyakinkan Quraisy bahawa Kinanah tidak akan menyerang Mekah. (pengajaran: Iblis tidak akan menjelma jika kuncu-kuncunya berjaya melaksanakan tugas menghalang perkembangan Islam, tetapi jika kuncu-kuncunya tidak berjaya dan buntu, Iblis akan menjelma dan melakukan tugas itu sendiri. Oleh itu, janganlah kita tergolong dalam kuncu2 Iblis)

6. NAbi Muhammad diwahyukan mengenai kedatangan Quraisy untuk memerangi mereka dan memaklumkan kepada sahabat. Semua sahabat bersedia untuk memerangi Quraisy.

7. Pada Masa yang sama rombongan Abu Sufyan telah terlepas dari orang Islam. Dalam perjalanan pulang ke Mekah mereka berjumpa dengan tentera Quraisy yang bersiap untuk memerangi umat Islam. Ada yang berpatah balik kerana rombongan Abu Sufyan telah pun selamat. Ada yang berbelah bahagi. Abu Jahal memainkan peranan mengapikan Quraisy lalu mereka bersetuju memerangi umat Islam.

8. 2 ramadhan tahun 2 Hijrah, berlaku perang Badar. umat Islam dengan bantuan malaikat mengalahkan Quraisy. Perang berlaku selama 2 jam sahaja. Ada seorang badwi bernama Qabbab memerhatikan perang ini dari jauh dan berkata dalam hatinya :Demi Allah aku tidak pernah melihat perkara sepelik ini, Quraisy lari lintang pukang macam perempuan.

9. Tahun 6H berlaku perjanjian Hudaibiah. Nabi Muhammad bertemu dengan Qabbab lalu mengulangi apa yang Qabbab sebut dalam hati semamsa memerhatikan perang Badar. Qabab merasa takjub kerana dia tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa pun lalu beliau memeluk Islam kerana keyakinanya terhadap kenabian Nabi Muhammad.

Saturday, August 14, 2010

BUKTI KERASULAN MUHAMMAD

ALLAH DI PETA DUNIA

ALLAH

iklan solat yang tiada di malaysia

iklan rokok indonesia

perkara2 sunat di bulan ramadhan

1. berbuka puasa deangan kurma basah. kalau tiada kurma basah cari kurma kering. kalau tiada kurma kering berbukalah dengan air sejuk. Apa khasiat kurma? ia memberikan tenaga segera kerana kadar glucosenya yang tinggi. Apa khasiat air? Ia akan membersihkan perut kita.

2. menunaikan solat terawih. apa khasiat solat berjemaah?ia akan memberikan kita tenaga tambahan melalui cas-cas yg dihasilkan oleh jemaah2 itu.

3. bertadarus.(satu huruf sepuluh pahala)

4. bersedekah

5. melambatkan sahur.sebelum sahur bolehlah ditunaikan solat2 sunat. nak harap bulan2 lain untuk bangun pada waktu macam tu susah sikit.ambiklah kesempatan bulan ramadhan yg dtg setahun sekali ni.

6.menyegerakan berbuka.(yang ni tak payah suruh)

7. menghadiri majlis ilmu. bulan ramadhan kebanyakan masjid dan surau menjemput ustaz2 setiap hari untuk memberikan tazkirah. ada juga kilang yg menganjurkan majlis ilmu semasa break pd tengahari. kalau tak sempat pegi surau, tengok blog cukup lah.nak harap nak buka buku baca, harapan tinggal harapan je la.

Tuesday, August 10, 2010

tazkirah ramadhan 1

dari abu hurairah:sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam: berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat, mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya.(Riwayat Tobroni)

Kajian dari sebuah universiti di Iran mendapati puasa boleh menurunkan bad cholestrol, dan pada masa yang sama menaikkan kolestrol yang baik. Terbukti benar bagai yang dikata Nabi.

Dari Abu Hurairah: Sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam: siapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan baginya dosa2 yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi dosa yang diampunkan ialah dosa2 kecil, kalau tiada dosa kecil maka ia akan meringankan dosa besar, kalau tiada dosa besar, ia akan meningkatkan darjat seseorang itu di dalam syurga.

Monday, August 9, 2010

peristiwa di bulan ramadhan

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Saturday, August 7, 2010

alkisah...kenapa tidak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik....semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

* betul ke tak betul kisah ni tak tau la...eden ambik dari facebook...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...