Monday, August 31, 2009

tazkirah 10

ramadhan itu di awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan, penghujungnya dibebaskan dari azab api neraka. kita telah melepasi satu pertiga ramadhan dan memasuki satu pertiga kedua ramadhan.

terdapat tiga peringkat dalam puasa:

i. niat: hendaklah ikhlas kerana Allah(bukan kerana perkara lain)

ii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan puasa dan perkara yang menghilangkan pahala puasa.

iii. hasil daripada dua perkara di atas, jika berjaya melaksankannya maka kita akan menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah : la'allakum tattaqun. Untuk menilai samada puasa ramadhan kita diterima oleh Allah ataupun tidak, kita nilai diri kita sendiri samada selepas Ramadhan kita menjadi lebih beriman, lebih baik akhlak, suka kepada perkara kebaikan atau sebaliknya. Jika kita berubah menjadi lebih baik maka Ramadhan berjaya mentarbiyyah kita dan InsyaAllah puasa kita diterima oleh Allah, jika sebaliknya maka masih banyak perkara yang perlu kita dilakukan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa.

tazkirah 9 (KEHEBATAN RAMADHAN)



Sabda Nabi mafhumnya: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa yang telah lalu.

Di bulan Ramadhan ini hendaklah kita melakukan dua perkara:

1. Puasa yang cantik
2. Beribadat pada malam hari.

A. Untuk mendapatkan puasa yang cantik hendaklah mempunyai tiga ciri iaitu: i. berpuasa kerana Allah (bukan kerana manusia atau kerana hendak menjadi kurus atau hendak menyembuhkan penyakit) ii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan puasa seperti makan dan minum dengan sengaja, iii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan pahala puasa seperti tidak menunaikan solat lima waktu, mendedahkan aurat, melihat aurat, mengumpat dan lain-lain

B. Beribadat pada malam hari seperti mmenunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah, bertadarus dan qiamullail.

Setiap juzuk pada bulan Ramadhan adalah pahala seperti merasai lapar, maka seseorang itu mendapat pahala. jika sesorang itu merasa letih maka letih itu menghasilkan pahala baginya. Begitulah pemurahnya Allah Taala.

Sepanjang bulan Ramadhan ini Allah memerintahkan malaikat supaya mencari 30,000 orang untuk dibebaskan dari api neraka. Pada malam terakhir pula Allah memerintahkan malaikat sekali untuk mencari lagi 30,000 orang untuk dibebaskan dari api neraka.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan tersebut. Insya Allah. Maka berbahagilah sesiapa yang dibebaskan dari api neraka.

Saturday, August 29, 2009

7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu: 1 Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.


2 Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


3 Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.


4 Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat. Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


5 Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.


6 Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.


7 Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

tazkirah 8


Sabda Nabi mafhumnya: orang yang cerdik ialah orang yang berakal iaitu orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya.


Sabda Nabi mafhumnya: Jika kamu boleh jamin kepadaku untuk menjaga enam perkara, maka aku jamin kamu akan masuk syurga.


1. Tolong berlaku benar apabila bercakap


2. Menunaikan janji apabila berjanji.(setiap hari kita berjanji dengan Allah dalam solat:sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan sekalian alam...adakah kita penuhi janji kita kepada Allah)


3. Menunaikan amanah apabila diberi amanah. (Antara amanah kita terhadap Allah ialah menunaikan solat.)


4. Jaga kemaluan (dari melakukan zina)


5. Jaga tangan (jangan mengambil hak orang lain )


6. Jaga pandangan (dari melihat perkara2 haram seperti aurat wanita)


Ulama berkata: Allah menjadikan 3 perkara:


1. Malaikat (ada akal tiada nafsu)


2. Binatang (ada nafsu tiada akal)


3. Anak Adam (ada akal dan ada nafsu) Siapa yang akalnya dapat mengalahkan nafsunya dialah orang yang cerdik dan boleh menjai lebih baik dari Malaikat.

kematian pasti datang

Thursday, August 27, 2009

tazkirah 7


1. ramadhan banyak kelebihannya.Sabda Nabi mafhumnya: Jika seseorang itu mengetahui kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan nescaya dia mengharapkan agar Ramadhan itu wujud sepanjang tahun.


2. Sabda Nabi mafhumnya: Dan tidak berhimpun sesuatu kaum di dalam mana-mana rumah Allah lalu membaca al-Qur'an, mempelajarinya, Allah akan lemparkan ke dalam hatinya ketenangan, malaikat akan menyebutnya namanya di sisi Allah.


3. Imam Malik apabila tiba Ramadhan, beliau akan mengetipakn kitabnya semata-mata untuk membaca al-Qur'an.


4. Janganlah kita melarikan diri daripada anak2 yang datang kepada kita kerana tidak berapa lama lagi kita akan sampai kepada masa yang mana kita akan mengunjungi rumah anak2 kita.Jika kita melarikan diri dari anak maka pada masa itu tidak mustahil anak-anak akan melarikan diri dari kita.


5. Puasa mengecilkan ruang untuk syaitan masuk ke dalam tubuh manusia. Ahli sufi berkata: apabila manusia berpuasa, perutnya lapar, mata, telinga dan anggota lain akan kenyang dan tidak berkeinginan untuk melakukan maksiat.

Wednesday, August 26, 2009

tazkirah 6


firman Allah ayat 179 surah al-A'raf yang bermaksud: dan Kami sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi mereka tidak memikirkannya(ayat-ayat Allah), mereka yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka yang mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka iyulah orang yang lalai.

Huraian ayat:

1. Allah sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia.

2. Ciri-ciri ahli neraka ialah: mereka yang tidak memikirkan tanda2 kebesaran Allah, tidak memikirkan ayat-ayat Allah, mempunyai hati yang keras, susah menerima kebenaran serta tidak mahu mengakui kebenaran al-Qur'an dan hadis. Banyak berlaku peristiwa yang boleh menginsafkan tetapi mereka tetap tidak mengambil iktibar daripadanya.

3. Ciri ahli neraka kedua ialah mereka yang mempunyai mata tetapi digunakan untuk maksiat, melihat kejadian Allah tetapi tidak merasai kebesaran Allah.

4. Ciri ketiga ialah mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat2 Allah bahkan mendengar perkara maksiat pula.

5. Mereka yang mempunyai sifat di atas diibaratkan oleh Allah seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk dan sesat berbanding binatang. Mereka itu adalah orang2 yang lalai daripada mengingati Allah.

6. Orang yang berpuasa hendaklah menjauhi diri dari melihat maksiat, mendengar perkara maksiat serta sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan ketaqwaan dengan berpuasa supaya puasa diterima dan diberikan ganjaran oleh Allah.

Sabda Nabi: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan akan diampunkan seluruh dosanya yang telah lalu.

Ramadhan itu umpama madrasah yang melatih manusia meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.Kita telah berpuasa saban tahun, tetapi adakah puasa yang telah kita lakukan berjaya meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Jika tidak berjaya, kita tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Nabi dalam sabdanya: Terdapat orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 (ganjaran dari Allah) melainkan lapar dan dahaga. Marilah kita berazam untuk mendapatkan puasa khususul khusus supaya di akhir Ramadhan kita berjaya menjadi insan bertaqwa.

Tuesday, August 25, 2009

tazkirah 5


1. jangan kita lari dari kebaikan.sebagai contohnya: apabila ada orang datang memohon derma, maka dermalah walaupun sedikit. contoh yang lain, apabila kita berada di surau atau masjid, tiba2 ada ustaz yang memberikan tazkirah, maka hendaklah kita mendengar tazkirah tersebut, dan janganlah kita lari balik meninggalkan ustaz dan rakan2 yang lain. kebaikan datang kepada kita memberi kita peluang melakukannya tetapi kadang2 manusia lari dari kebaikan.

2. hendaklah kita mengawal hawa nafsu.

3. manusia biasanya sangat menghargai sesuatu yang dimilikinya lalu menjaganya sebaik-baiknya. tetapi apa yang dijagai oleh manusia itu akan meninggalkannya apabila manusia itu mati. tetapi jika mempunyai sesuatu yang berharga dan bernilai seperti wang, kereta dan lainnya, maka adalah baik bagi kita menginfakkannya di jalan Allah kerana Allah akan memulangkannya semula kepada kita pada hari akhirat dalam bentuk nikmat yang jauh lebih besar daripada apa yang kita dapat ketika di dunia.

4. Jangan mengadu domba, mereka-reka cerita, dengki terhadap kejayaan orang lain.

5. Musuh utama manusia ialah iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda manusia ke arah maksiat dan kesesatan.

6. Janganlah kita mengutamakan dunia hingga melupakan akhirat.

7. Kita hendaklah yakin bahawa rezeki itu telah ditentukan oleh Allah. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripa pengetahuan Allah hinggakan ulat dalam batu yang tidak mampu bergerak pun ada rezekinya (makanannya) iaitu berupa daun yang dibawa oleh semut.

8. Manusia hendaklah bergantung hanya kepada Allah, tidak kepada sesama makhluk.

Monday, August 24, 2009

tazkirah 4 oleh ustaz kahar


Firman Allah yang bermaksud: wahai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat2 dahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.
Huraian ayat:
A. umat dahulu juga diwajibkan berpuasa contohnya kaum yahudi..mereka juga diwajibkan berpuasa pada bulan ramadhan tetapi mereka engkar.mereka hanya berpuasa pada 10 muharram iaitu hari nabi musa bebas dari firuan. mereka menganggap bahawa berpuasa hari itu menyamai sebulan berpuasa. oleh sebab itu mereka tidak berpuasa pada 1 ramadhan.
begitulah yahudi...yang sentiasa mengingkari Allah. apabila mereka dilarang menangkap iakn pada hari Sabtu, mereka menahan jala pada hari Sabtu dan mengambil ikan pada hari Ahad. Tuhan pun cuba ditipunya. inikan pula umat Islam di Palestin. Nabi Muhammad juga pernah disihir Yahudi.

B. seorang ulama berkata: untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah, beberapa perkara perlu dilakukan.

1. mu'ahadah(berkhalwat berjanji dengan Allah untuk beramal dan menjauhi maksiat supaya dapat mencapai ketaqwaan)

2. muraqabah ( merasai seolah-olah Allah sentiasa memerhatikan kita, bersifat ikhlas. atau dengan kata lain bersifat ihsan)

3. muhasabah ( menghitung amalan yang kita lakukan untuk mengahadapi hari esok iaitu hari akhirat)

4. mu'aqabah ( mendenda diri sendiri. contohnya: apabila kita tidak dapat menunaikan solat zuhur berjemaah kita mendenda diri kita dengan bersedekah sebanyak rm1)

Sunday, August 23, 2009

tazkirah 3: apabila berlaku 15 perkara

Apabila Perkara-Perkara Berikut Berlaku Maka DiKhuatiri Berlakunya Bala' :
1. Apabila kekuasaan ( kuasa pemerintahan ) dianggap sebagai satu keuntungan bukan lagi sebagai tanggungjawab.
2. Apabila amanah itu dianggap sebagai satu keuntungan.
3. Apabila membayar zakat sudah dianggap sebagai satu kerugian.
4. Apabial suami tunduk kepada isterinya walaupun dalam perkara maksiat.
5. Apabila orang mentaati kaum yang menyimpang dari kebenaran.
6. Apabila orang menderhakai ayahnya.
7. Apabila orang menderhakai ibunya.
8. Apabila orang bersuara keras di dalam masjid.
9. Apabila pemimpin diangkat dari golongan orang yang rendah akhlaknya.
10. Apabila seseorang itu dihormati dan ditaati kerana kejahatan dan kezalimannya.
11. Apabila minum ara itu berleluasa.
12. Apabila semakin ramai kaum lelaki memakai sutera.
13. Apabila wanita menari dikhalayak ramai dianggap perkara biasa.
14. Apabila permainan muzik berlaku di mana-mana sahaja.
15. Apabila ummah sekarang menghina dan merendah serta memperlekeh ummah terdahulu.

tazkirah ramadhan 2

amalan sunat di bulan ramadhan:

1. membaca al-qur'an

2. solat terawih

3. bersedekah (terutama bersedekah memberi makan kepada orang berbuka puasa)

4. solat tahajud (boleh dilakukan sebelum sahur kerana kita bersahur sekitar jam empat atau lima pagi.Ini adalah waktu terbaik untuk bertahajjud)

5. menziarahi ibu bapa jika tinggal berasingan

6. melambatkan sahur

7. segera berbuka

8. berbuka dengan tamar

9. mendengar tazkirah

amalan yang perlu dijauhi

1. membeli juadah untuk berbuka secara berlebihan kerana dikhuatiri akan membazir. membazir itu amalan syaitan

2. bertengkar

3. tidur berlebihan

4. terlalu lama di bazaar ramadhan (dikhuatiri akan mengurangkan pahala puasa)

tazkirah ramadhan 1


solat seseorang itu terbahagi kepada empat:

1. solat orang jahil: solat orang yang tidak tahu hukum sesuatu perbuatan dalam solat samada sunat, makruh atau rukun. mereka solat hanya mengikut apa yang orang lain lakukan. solat ini sah jika sempurna rukunnya.


2. solat orang yang lalai: solat orang yang tahu hukum-hakam perbuatan dalam solat tetapi mereka solat dalam keadaan lalai sehingga kadang2 mereka hanya tersedar bahawa mereka sebenarnya sedang solat apabila memberi salam. sedangkan semasa solat fikiran mereka melayang entah ke mana.


3. solat mujahadah: solat yang dilakukan oleh mereka yang mencuba untuk mengahayati maksud perkataan dalam solat, cuba untuk khusyuk dalam solat tetapi kadang2 semasa solat itu fikiran melayang juga tetapi mereka berusaha untuk kembali fokus dalam solat.


4. solat yang khusyuk: mereka solat sehingga lupa kepada perkara keduniaan dan fokus dalam solat. tiada apa yang difirkan melainkan Allah.


Untuk mencapai tahap khusyuk dalam solat kita perlu faham apa yang dibaca dalam solat, fokus kepada solat dan tidak memikirkan yang lain selain Allah...merasakan Allah itu hebat dan kita ini sangat kerdil, merasa takut kepada Allah tetapi mengharapkan Allah menerima solat kita, meredhai kita dan hendaklah kita merasa malu dengan Allah.

Saturday, August 22, 2009

hari bulan dan hari matahari




tahukah anda bilangan hari di bulan hijrah dikira berdasarkan perjalanan bulan mengelilingi bumi. maka hari ini kita sebut 1 haribulan ramadhan.manakala bilangan hari mengikut tahun masihi dikira berdasarkan perjalanan bumi mengelilingi matahari. tetapi kita tidak menyebut hari ini sebagai 22 hari matahari ogos sebaliknya kita tetap menyebutnya sebagai 22 hari bulan ogos.....sekadar renungan.

Thursday, August 20, 2009

29 Syaaban dan 1 Ramadhan


Hari ini umat islam di malaysia akan menantikan keputusan pencerapan anak bulan ramadhan yang dilakukan di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Jika anak bulan kelihatan, maka esok ialah 1 Ramadhan dan begitulah sebaliknya.

Sedar atau tidak abak bulan muncul selepas berlaku ijtimak iaitu kedudukan bulan, bumi dan matahari dalam keadaan selari. oleh kerana itu, di beberapa tempat di seluruh dunia, berlaku gerhana bulan pada hari ini. Perkara ini berlaku pada setiap bulan.

Wednesday, August 19, 2009

membaca al-qur'an

sabda Nabi mafhumnya: orang mukmin yang membaca al-qur'an umpama buah lemon, baunya harum makannya sedap, manakala orang mukmin yang tidak membaca al-qur'an umpama buah tamar, baunya tiada tetapi rasanya sedap. orang munafik yang membaca al-qur'an umpama minyak atar, harum baunya tetapi rasanya pahit, manakala orang munafik yang tidak membaca al-qur'an umpama labu kundur, tiada berbau dan tidak sedap rasanya.

renungan: kita tergolong di dalam golongan yang mana?tepuk dada tanya iman...marilah kita membanyakkan bacaan al-qur'an dan mengamalkannya..mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang pertama.

Nabi bersabda mafhumnya...barang siapa yang membaca al-qur'an baginya satu hasanah untuk satu huruf. satu hasanah menyamai sepuluh pahala.

Maka jika kita membaca alif, lam, mim bagi kita tiga hasanah iaitu tiga puluh pahala. Begitu mudahnya untuk kita mendapat pahala tetapi adakah kita melakukannya.

Thursday, August 13, 2009

menjelang ramadhan


beberapa hari lagi ramadhan tiba lagi.adakah kita sudah bersedia menghadapinya?apakah amalan yang dilakukan pada bulan syaaban...bulan ramadhan banyak kelebihannya...bulan ramadhan bulan tarbiyyah...umat Islam lazimnya banyak beribadat pada permulaan ramadhan tetapi beransur leka di tengah ramadhan dan mula meninggalkan masjid dan surau di akhir ramadhan....marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan amalan pada bulan syaaban yang tinggal beberapa hari saja lagi sebagai persediaan menghadapi ramadhan...seterusnya berazam untuk menjadikan ramadhan pada tahun ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya...

ramai umat islam mengambil kesempatan menunaikan umrah dan berpuasa di mekkah setiap kali bulan ramadhan...bagi yang tidak berkemampuan dan berkesempatan, kita masih berpeluang bertadarus, mendengar tazkirah, bersolat terawih, bersedekah dan lain-lain lagi..asal saja niat kita ikhlas..insyaAllah diberikan ganjaran oleh Allah Taala Tuhan sekalian alam.
umat islam lazimnya berjaya menahan lapar dan dahaga, juga menahan diri dari melakukan perkara membatalkan puasa serta menahan diri dari melakukan perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa, tetapi ramai umat Islam yang gagal ketika berbuka puasa..makan umpama sudah beberapa hari tidak menjamah makanan...maka berjayakah falsafah puasa itu supaya kita merasai keperitan mereka yang tidak senasib dengan kita..renungkanlah...berdoalah supaya ramadhan kali benar-benar berjaya mentarbiyyah dan menyekolahkan kita...mudah-mudahan kita keluar dari institusi ramadhan sebagai muslim yang beriman,bertaqwa dan beramal soleh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...