Thursday, December 30, 2010

malaysia juara piala aff suzuki - malaysia 1 indonesia 2

malaysia juara piala aff suzuki. walaupun kalah 1-2 di tangan indonesia tapi secara aggregatnya malaysia menang 4-2. tapi tabik sama indonesia yang tak putus asa menyerang walaupun ketinggalan 4-0. kalo malaysia dah kena 4-0 belum tentu malaysia boleh main semangat macam indonesia.

tapi yang lebih penting esok(31.12.2010) cuti.

maher zain nak nyanyi lagu insya Allah dalam bahasa melayu?

Bercerita tentang kerjaya, Maher memberitahu sedang dalam proses pembikinan album keduanya. Dia juga dalam proses merakam semua lagu Isha Allah versi Bahasa Malaysia.




“Saya akan keluar dengan album kedua tidak lama lagi. Dan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia, saya sudah melihat seni katanya dan masih belajar untuk sebutan yang betul,” ujar penyanyi yang dalam percutian di Malaysia bersama keluarga sehingga 1 Januari ini.
 
rujuk sini  http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/12/30/mstar_hiburan/20101229190812&sec=mstar_hiburan

Saturday, December 25, 2010

kenangan mengusik jiwa




TAHUN DEPAN TAHUN 2011

TAHUN DEPAN TAHUN 2011
TINGGAL SEMINGGU LAGI
UMUR MAKIN MENINGKAT
ITU TANDA HAYAT MAKIN SINGKAT
JANGAN TAK INGAT
PADA HARI AKHIRAT
JANGAN DOK LIGAT SANGAT
SAMPAI LUPA NAK SOLAT
KERJA..KERJA JUGAK
KALAU LUPA AKHIRAT
MACAMANA GAJI NAK BERKAT
OLEH ITU BAYARLAH ZAKAT
MOGA DAPAT MANFAAT
DAPAT TOLONG ORANG YANG MELARAT
HIDUP BERKAT
BERJAYA DI AKHIRAT
ITULAH HAJAT
UMAT ISLAM SEJAGAT

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA DALAM PMR

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PMR
TAK KIRA BERAPA A ANDA DAPAT
ATAU APA JUA KEPUTUSAN AWAK
JIKA BERJAYA DAPAT LAPAN ATAU 9A
SYUKUR PADA YANG MAHA ESA
ALLAH MEMAKBULKAN DOA ANDA
PADA YANG KURANG BERJAYA
JANGAN KECEWA
ALLAH ADA PERANCANGAN LAIN UNTUK ANDA
YANG LEBIH BAIK UNTUK ANDA
PADA YANG GAGAL
JANGAN MUDAH PUTUS ASA
ALLAH SEDANG MENGUJI ANDA
PASTI ADA HIKMAHNYA
ALLAH TIDAK MELIHAT A
TAPI TAQWA

esok ada orang tengok bola malaysia lawan indonesia

esok ada orang tengok bola
malaysia lawan indonesia
tapi jangan lupa
pada yang MAHA ESA
solat hendaklah dijaga
sorak..sorak juga
jangan sampai menghina
menang atau kalah itu biasa
kalau malaysia menang jangan kita sampai terkinja-kinja
kalau malaysia kalah jangan kecewa
masih ada perlawanan kedua
namun yang penting jangan lupa
pada yang MAHA ESA
di mana jua anda berada
di waktu gembira atau duka
kelak jangan sengsara
semoga jumpa di SYURGA

Wednesday, December 15, 2010

tanah arab yang tandus menjadi lembah yang subur

dari abu hurairah: Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda: tidak akan terjadi kiamat sehinggalah tanah arab (yang tandus) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai.

masa akan menjadi singkat

daripada anas bin malik: Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda: tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu petikan api.

hadis riwayat tirmizi

ketiadaan imam untuk solat berjemaah

daripada salamah binti al-hurr r.a berkata: aku mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda: lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa.mereka tidak dapat memulakan sembahyang kerana tidak mendapat orang yang boleh menjadi imam.

Hadis riwayat Ibnu Majah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...