Wednesday, March 30, 2011

ustaz....apa hukum bercouple?berikan dalilnya

sorang remaja tanya soalan ini...

jawapan saya: hukumnya haram

Dalilnya :1. firman Allah:

ولا تقربوا الزنى
Jangan kamu hampiri zina.

2. Hadis Nabi sollallahu alaihi wasallam maksudnya: Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (at-Tirmidzi)

3. dialog kartun dalam GILA-GILA:

A: kalau berdua-duaan lelaki dan perempuan ditempat sunyi akan muncul yang ketiga dan keempat
B: yang ketiga aku tau...syaitan. yang keempat siapa? pencegah maksiat?
A: anak luar nikah...


*SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN

Monday, March 28, 2011

hukum ziarah kubur

1.sunat bagi lelaki. dalilnya: 

كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها

dulu aku melarang kamu menziarahi kubur, sekarang pergilah kamu menziarahinya. (riwayat Muslim 977)

فانها تذكز الاخرة

sesungguhnya menziarahi kubur mengingatkan kepada hari akhirat (riwayat Tirmizi 1054)

2. makruh bagi wanita, dalinya;

لعن الله زائرات القبور

Allah melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur(riwayat Abu Daud 3236)

Cara bagi salam kepada ahli kubur. 

السلام عليكم دار قوم مؤمنين وانا ان شاء الله بكم لاحقون

sejahtera ke atas kamu wahai penghuni rumah orang yang beriman, kami akan bersama kamu sekiranya Allah mengkehendakinya (riwayat Muslim:249)

Wednesday, March 23, 2011

larangan memakai rambut palsu



seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata: ya rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak atau gugur rambutnya.adakah boleh saya memakaikannya rambut palsu?Rasulullah menjawab:Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu.

* kalau pakai rambut palsu dengan niat nak tutup rambut asal sebagai cara menutup aurat lagilah tak boleh.

imam syafie

siapa imam syafie?

nama: muhammad bin idris as-syafie, pengasas mazhab syafie.antara kitab karangan terkenalnya ialah al-umm. hafaz al-qur'an sejak kecil lagi. mengeluarkan fatwa di masjidil haram ketika berumur 15 tahun. imam muslim ada meriwayatkan hadis yang mana sanadnya termasuklah imam syafie. imam syafie juga menyusun kitab hadis yang diberi nama al-musnad.

Wednesday, March 9, 2011

nabi sollallahu alaihi wasallam pakai cincin di jari tangan kanan

Nabi s.a.w pakai cincin di jari tangan kanan. sesapa yang pakai tangan kiri..ubah skang...kalo yang senang pun tak boleh ikut macamana nak ikut yang susah.

solat sunat qabliah dan ba'diah yang sunat muakkad

1. solat sunat sebelum subuh

2. solat sunat sebelum dan selepas zuhur

3. solat sunat selepas maghrib

4. solat sunat selepas isya'.

10 rakaat semuanya.

Wednesday, March 2, 2011

kursus haji 2011

makluman semua: kursus haji 2011 sudah bermula hujung minggu lepas.sesapa yang berminat dan berhasrat menunaikan haji tahun ini atau tahun depan atau tahun lagi satu bolehlah mengunjungi masjid2 atau tabung haji berdekatan. kursus dijalankan pada hari sabtu atau ahad. belajar dulu sebelum pi mekah. semoga mendapat haji mabrur.

bagi yang tinggal di ipoh biasanya kursus haji diadakan di masjid taman meru, masjid jalan diary, bangunan tabung haji. tempat lain kome cari sendiri la.

kursus diadakan selama 12 minggu kalo tak silap. bayaran rm60 kalo tak silap.duit makan masa penceramah berhenti rehat. jangkamasa kursus 2 jam setengah hingga tiga jam. 9.00 pagi hingga 12 tengahari.

SELAMAT BERKURSUS. SELAMAT MENUNAIKAN HAJI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...