Thursday, December 31, 2009

masjid tujuh:tempat berlaku perang khandak

masjid fath

masjid salman al-farisi


masjid abu bakr


masjid ali

disekitar kawasan ini dulu berlaku perang khandak(ahzab). Khandak bermaksud parit. Ahzab bermaksud bersekutu. dinamakan perang khandak(parit) kerana dalam peperangan ini tentera islam menggali parit untuk menghalang gabungan tentera musyrikin yang terdiri dari musyrikin mekah dan beberapa suku kaum yahudi (bani nadhir, bani quraizah dan bani qainuqa') oleh kerana tentera musyrikin bergabung maka perang ini juga dinamakan perang ahzab.

masjid2 diatas adalah tempat di mana umat2 islam bersolat berjemaah dan pasukan mereka kekal disitu. dinamakan masjid abu bakr sebab abu bakr menjadi imam bagi pasukan tentera islam di situ, begitulah bagi masjid2 yang lain. asalnya ada tujuh masjid tetapi yang kekal sekarang hanya empat sahaja. tetapi tidak lagi didirikan solat di masjid2 ini sekarang ini tetapi didirikan solat di masjid lain(di kawasan yang sama)
rumah urwah bin zubair:pembesar madinah

urwah bin zubair adalah anak kepada asma binti abu bakr dan zubair bin awwam. beliau ialah adik kepada abdullah bin zubair. beliau adalah salah seorang pembesar di madinah pada zamannya. pada zamannya islam tidak lagi susah. rumah ini menggambarkan segalanya. bahkan rumah ini juga digelar istana urwah sebab kawasannya memang besar. siap ada perigi lagi di luar pagar rumah beliau. satu hari ibu saudaranya aishah binti abu bakr dijemput hadir ke rumahnya untuk menikmati sedikit jamuan lalu menangislah aishah kerana terkenangkan di zaman suaminya (rasulullah) beliau tidak pernah makan semewah itu.

Wednesday, December 30, 2009

MADINAH BARAKAH

masjid jumaat
solat jumaat pertama kali didirikan di sini

masjid quba'
siapa yang berwuduk di rumah(hotel) kemudian pergi ke masjid quba' lalu solat di dalamnya maka ia mendapat pahala seperti pahala umrah

masjid bir ali: miqat umrah
nabi dan sahabat berniat ihram di sini dalam perjalanan ke mekah untuk menunaikan umrah (yang terhalang di hudaibiyah) pada bulan zulkaedah tahun 6 hijrah

masjid qiblatain
asalnya qiblat umat islam ialah masjidil aqsa tetapi diubah kepada masjidil haram. kejadian ubah qiblat berlaku ketika umat islam sedang solat di sini. lalu masjid ini dinamakan masjid qiblatai nyang bermaksud dua qiblat

jaaranah

masjid jaaranah:miqat umrah

Monday, December 28, 2009

HUDAIBIYAH

ladang unta Hudaibiyah

ladang unta di Hudaibiyah

berhampiran kawasan ini terdapat Masjid Hudaibiyah, tempat berlaku perjanjian Hudaibiyah dan Bai'atul Ridwan. Perjajnian Hudaibiyah berlaku di antara quraisy Makkah dan umat Islam yg diketuai Nabi Muhammad di Hudaibiyah.Rasulullah bersama lebih ku1400 org Islam bertolak dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Perjalanan itu terhalang di Hudaibiyah. Rasulullah mengutuskan Saidina Uthman untuk menyatakan tujuan kedatangan org Islam ke Mekah adalah untuk menunaikan umrah. Saidina Uthman lambat tiba ke pangkuan umat Islam menyebabkan timbul khabar angin mengatakan beliau mati dibunuh. Umat Islam berbai'ah untuk menuntut bela di bawah pohon Ridhuan. Bai'ah itu dikenali sebagai bai'atul Ridhuan. Quraisy mendapat berita itu lalu mengutuskan Suhail bin Amru untuk berunding dengan Rasulullah. Suhail datang dengan satu misi iaitu menghalang Rasulullah dan umat Islam menunaikan umrah pada tahun itu. Rasulullah melihat kedatangan Suhail dan percaya bahawa rundingan itu akan menjadi mudah. Sahl bermaksud mudah, Suhail bermaksud lagi mudah. Rasulullah dan Suhail berunding di dalam khemah. Sahabat2 menunggu di luar. Antara isi perjanjian itu ialah umat Islam tidak dibenarkan menunaikan umrah pada tahun itu tetapi di benarkan pada tahun berikutnya, gencatan senjata 10 tahun, umat Islam dan kafir Quraisy bebas membuat perjanjian dengan mana2 kaum.

Selesai rundingan Nabi memaklumkan kepada sahabat supaya bercukur/bergunting untuk menamatkan ihram kerana umat Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun berkenaan. tetapi sahabat2 enggan mengikut kata Nabi, ada yang marah dan sebagainya seolah2 tidak percaya apa yang di arahkan Nabi. Nabi Muhammad kemudiannya bertemu dengan isterinya lalu isterinya mencadangkan supaya baginda keluar dari khemah dan berdiri di tengah2 sahabat lalu bergunting. Nabi menerima cadangan itu dan bergunting di tengah2 sahabat. Setelah melihat apa yang dilakukan oleh Nabi barulah sahabat tahu bahawa arahan Nabi supaya bergunting adalah muktamad lalu mereka pun bergunting dan kembali ke Madinah.

Jarak Hudaibiyah ke Mekah ialah lebih kurang 25km. Jarak Mekah ke Madinah ialah lebih kurang 400km. Bayangkan perasaan sahabat apabila diberitahu oleh Nabi supaya bergunting dan balik ke Madinah. Isi perjanjian kedua dan ketiga telah membawa kepada perkara yang lebih besar kepada umat Islam ialah Pembukaat Kota Mekah (Mekah dikuasai umat Islam setelah 8 tahun Hijrah).

Suhail bin Amru kembali ke Mekah dan memaklumkan kepada Quraisy di Mekah bahawa dia berjaya menghalang Rasulullah dan sahabat menunaikan umrah. Ternyata mereka seronok kerana mengikut adat Quraisy sepatutnya tidak boleh menghalang sesiapa sahaja dari beribadah di Baitullah. Quraisy sebenarnya tersepit kerana jika mereka membenarkan Rasulullah masuk ke Mekah maka mereka akan dilihat kalah oleh kaum lain membiarkan sahaja musuh tanpa berbuat apa2. Jika mereka menghalang Rasulullah dengan kekerasan mereka dikira melanggar adat kerana menghalang orang beribadat di Kaabah. Kejayaan menghalang Rasulullah dan sahabat menjaga nama Quraisy di mata kabilah2 yang lain. Tetapi mereka tidak menyedari isi perjanjian kedua dan ketiga itulah yang memerangkap mereka.


MEKAH LAGI


masjid aqabah:tempat berlaku perjanjian aqabah antara Nabi Muhammad dan orang Islam Madinah. Selepas perjanjian ini umat Islam bertambah ramai di Madinah. Rasullah mengutuskan Mus'ab bin Umair ke Madinah untuk mengajar umat Islam di sana tentang Islam. Umat Islam Madinah berjanji akan mempertahankan Rasulullah. Manakanla Rasulullah berjanji akan terus kekal di Madianh walaupun Mekah berjaya dikuasai orang Islam. Tidak berapa lama Rasulullah dan Sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah.









Makam Saidatina Maimunah binti Haris:salah seorang isteri Rasulullah. Semua isteri Nabi Muhammad dimakmkan di perkuburan Baqi' Madinah kecuali Khadijah, Maimunah dan Mariatul Qibtiah.









perkuburan ma'la: pintu hijau itu makam Saidatina Khadijah, wanita pertama memeluk Islam dan banyak membantu perjuangan Rasulullah di awal dakwah Baginda.



masjid tan'im: miqat umrah di Tanah Halal. lebih kurang 7km dari Masjidil Haram. tambang van tiga riyal.


Sunday, December 27, 2009

gua hira' dan gua thur

gua thur
sejam setengah diperlukan untuk sampai ke sini. bayangkan bagaimana asma' binti abu bakar mandaki bukit ini dalam keadaan mengandungkan abdullah bin zubair untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
gua hira'
matahari terbenam:pandangan dari jabal nur
yang bercahaya tu masjidil haram pandangan dari jabal nur. Nabi Muhammad
 selalu memerhatikan kaabah dari jabal Nur apabila baginda berkhalwat di gua hira'. sekarang kaabah tidak dapat dilihat dari jabal nur kerana masjidil haram telah diperbesarkan dan tinggi.

Friday, December 25, 2009

MEKAH

pemandangan kaabah dari atas.
masjidil haram
jabal rahmah
jamarat:tempat melontar (pandangan dari luar) di jamratul ula, wusta dan aqabah Nabi Ibrahim melontar ke arah syaitan yang cuba menghalangnya melaksanakan perintah Allah. Ada orang yang memanggil jamarat ini sebagai syaitan.
muzdalifah:tidur atas tanah berlapik tikar
mina:bumi perjuangan
Masjid Aqabah tempat berlaku perjanjian Aqabah terletak di Mina. Sebelum Nabi Muhammad mengadakan perjanjian Aqabah, syaitan menjerit dari bukit di Mina memberitahu orang kafir yang berada di khemah masing2 mengikut kabilah masing2 (dimusim haji). Syaitan menyatakan bahwa Nabi Muhammad telah mengadakan perjanjian dengan orang Madinah. Nabi Muhammad mendengar jeritan itu dan mengarahkan orang Islam Madinah kembali ke khemah mereka. Orang kafir Quraisy juga mendengarnya lalu mereka ke khemah orang Madinah dan berjumpa dengan ketua mereka iaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai menafikan bahawa terdapat org Madinah yg berjumpa dgn Nabi kerana semua org di dapati berada di khemah. Usaha syaitan untuk mengahalang Islam bertapak di Madinah gagal. Kenapa syaitan menjerit sendiri? kerana dia tidak lagi mengharapkan kuncu-kuncunya seperti Abu Jahal kerana Abu Jahal dan yang lain2 juga gagal. Bila semua gagal syaitan akan melakukannya sendiri. Tentera Abrahah juga mati diserang burung Ababil dengan Batu Sijjil di Mina. Banyak sejarah berlaku di Mina. Mina Bumi Perjuangan.

Thursday, November 12, 2009

labbaikallahumma labbaik

labbaikallahumma labbaik. labbaika la syarika laka labbaik.innal hamda wanni'mata .laka walmulk .la syarika lak.

mohon ampun dan maaf dari semua yang baca blog ni. I'm going to Mecca to perform the fifth pillar of Islam, Hajj.

SEE YOU WHEN I SEE YOU.

WASSALAM.

jagalah otak anda

Kurangkan makan bawang bear
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)



kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

*dicopy dan dipastekan d isini

Wednesday, November 11, 2009

jangan menguap!

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Tuesday, November 10, 2009

ahli syurga dan neraka

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

ahli neraka

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

siapa dayus?

Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Thursday, November 5, 2009

JANGAN MEMBAZIR

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Friday, October 30, 2009

SALAM

Sabda Nabi: Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada orang lain.

Sabda Nabi: Sesiapa yang menjawab salam ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku.

Thursday, October 29, 2009

marilah sama-sama kita puasa sunat hari isnin dan khamis

1. Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis”- (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).




2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” – (Riwayat Imam Tirmizi).

Thursday, October 22, 2009

hukum dasar syariat islam

1. halal: sesuatu yg dibolehkan memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan menurut syrak.

Wednesday, October 21, 2009

mukjizat al-qur'an

kemukjizatan al-qur'an ada beberapa macam.

1. mukjizat dari segi bahasa:bahasa al-qur'an tidak dpt ditandingi oleh mana2 pakar bahasa arab

2. mukjizat ilmu: terdapat bermacam ilmu dalam al-qur'an: seperti ilmu sains, matematik, falak, geografi, perubatan dan lain-lain. al-qur'an juga menceritakan perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku. perkara yg sudah berlaku seperti kemusnahan kaum terdahulu spt kaum 'ad, tsamud dan lut. perkampungan kaum ini telah tertimbus tetapi dapat dilihat dari satelit (setelah dikaji oleh saintis)

3. mukjizat dari segi bilangan kalimah dan kedudukan kalimah: contoh: surah al-qadr mempunyai 30 kalimah:menyamai 30 hari Ramadhan. ayat terakhir: salamun hiya hatta matla'il fajr. perkataan hiya yang merujuk kepada lailatul qadr adalah perkataan ke27 sebagaimana yg dikatakan oleh Nabi Muhammad saw bahawa lailatul qadr berlaku pada malam ke27 ramadhan.

Tuesday, October 20, 2009

gepa di padang menyamai 3 nas al-qur'an

Gempa di padang berlaku pada jam 17.16 petang, susulan gempa pada jam 17.58 dan gempa di Jambi pada keesokan paginya pada jam 08.52 (waktu antarabangsa)

dalam al-qur'an surah al-Isra', surah 17:ayat 16 Allah berfirman: Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapuii mereke melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Al-Isra': ayat 58 : Tidak ada suatu negeripun (yang derhaka penduduknya)melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)

Al-Anfal (surah ke 8) : ayat 52: (keadaan mereka)seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka menyiksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah MAha Kuat lagi amat keras seksaanNya.

Banyak lagi contoh bilangan ayat dan kedudukan ayat serta bilangan kalimah dan kedudukannya yang menunjukkan kemukjizatan al-Qur'an itu yabg sentiasa dapat dilihat dan memberi peringatan serta pengajaran kepada sesiapa yang berfikir.

Saturday, October 17, 2009

jamuan raya di surau puncak jelapang

penasihat surau puncak jelapang



haji subdi:mee dan kuew tiaw goreng

orang kuat surau




yang ni lagi kuat



sebahagian muslimat dan anak2 sedang menjamu selera





lokasi:khemah depan surau






antara tetamu istimewa:ahmadi dan isteri serta anak







ustaz ruwaida dan keluarga








Wednesday, October 14, 2009

sukan


syarat-syarat sukan yang diharuskan

1. tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya

2. tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya

3. tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan

4. tidak wujud penipuan

5. menutup aurat

6. tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda

7. tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama

8. tidak membazir wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal

Tuesday, October 13, 2009

HATI YANG BUTA


BUTA HATI KERANA 10 PERKARA

1.mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhannya

2. mengatakan cinta kepada Rasul tetapi meninggalkan sunnahnya

3. membaca al-Qur'an tetapi tidak beramal dengannya.

4. makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadanya.

5. mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya.

6. mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya.

9. bangun daripada tidur lalu menceritakan keauban manusia tetapi melupakan keaiban sendiri.

10. mengebumikan mayat-mayat sahabatnya tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

syarat doa makbul


1. menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan syubhah.

2. harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.

3. tidak melakukan maksiat.

4. hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.

sifat-sifat mazmumah(tercela)

1. gemar makan dan minum. sabda nabi mafhumnya:yang terlebih afdhal pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak bertafakur. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum.

2. banyak berkata-kata(yang sia-sia)
Firman Allah: tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia 9al-Nisa:114)

3. Marah

4. Hasad, dengki dan Irihati: rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Sabda Nabi: Hasad itu memakan(memusnahkan) kebajikan sebagaimana api memakan(membakar)kayu.

5. Kasih pada harta:

6. Takbur:menyombongkan diri

7. Riak: menampakkan amalan baik untuk mendapat pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub : Hairan dengan keistimewaan diri sendiri speprti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasihkan Dunia : hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi hingga menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

Monday, October 12, 2009

sebab doa tidak dimakbulkan

1. ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah

2. Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.

3. berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.

DOA


adab berdoa

1. berdoa dalam keadaan bersih, berwudhuk dan menutup aurat.

2. dalam keadaan khusyuk, merendahkan diri kepada Allah dan mengadap kiblat.

3. merendahkan suara dan tidak m,engganggu orang lain.

4. yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah.

5. mengulang-ulang ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.

6. memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji nama Allah dan selawat ke atas Nabi.

7. Beristighfar sebelum berdoa.

8. memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.

9. doa bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim.

10. berdoa dengan penuh pengharapan.

11. mengangkat tangan sehingga ke paras bahu.


WAKTU MUSTAJAB DOA

1. selepas solat fardhu.
2. ketika menziarahi makam Rasulullah.
3. ketika ditimpa kesulitan.
4. sepertiga malam yang terakhir (waktu sahur)
5. ketika sujud.


TEMPAT MUSTAJAB DOA

1. apabila melihat Baitullah
2. di sisi multazam dan Hijr Ismail
3. di atas bukit Safa dan Marwah
4. Di belakang makam Ibrahim
5. Di Muzdalifah
6. Di Padang Arafah
7. Di Mina
8. Di dalam Masjid
9. Di sisi Jamratul Aqabah

adab menziarahi orang sakit

1. jangan duduk terlalu lama disisinya kerana ia boleh membawa kepada jemu si pesakit itu.

2. zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.

3. doakan untuknya supaya segera sembuh.

4. nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.

5. jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

panduan memilh sahabat

Al-Qamah seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat:

1. jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu seadanya.

2. jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.

4. jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Wednesday, October 7, 2009

tanggungjawab suami isteri


tanggungjawab suami

1. memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal

2. memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dengan baik

3. menyara anak-anak

4. melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan

5. melindungi maruah keluarga dan harta benda

6. membimbing isteri dengan ajaran Islam

7. memberi pendidikan Islam kepada anak-anak

tanggungjawab isteri

1. menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah

2. patuh terhadap suruhan suami dan sentiasa suka melayan suami

3. menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak

4. menjaga kebersihan rumah tangga, diri dan anak-anak

5. menjaga amanah dan harta suami

6. menyimpan rahsia pergaulan suami isteri

7. tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

8. berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja

Monday, October 5, 2009

dasar pemilihan isteri


1. perempuan yang taat beragama

2. berketurunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya

3. perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak (dilihat kepada ramainya anak-anak saudara perempuan dan saudara mara perempuannya yang terdekat)

4. sekufu atau hampir sekufu (faktor ekonomi, pelajaran dan umur)

5. masih gadis (kerana kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua pihak)

6. pasangan bukan dari keluarga terdekat (dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan)

dasar pemilihan suami:

1. kuat agama dan berakhlak mulia (lelaki yang akan mentadbir keluarga)

2. bukan dari kalangan keluarga terdekat

3. bebas dari penyakit berat seperti gila, kusta dan lemah syahwat

rahsia perkahwinan


1. dianggap sebagai sunnah para nabi dan rasul.

2. melahirkan zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah.

3. dianggap sebagai suatu ibadahj yang menyempurnakan setengah daripada agama seseorang.

4. Mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

5. Memelihara maruah.

6. menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan kepada anak-anak.

7. Wujud sisiplin rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dalam keluarga serta masyarakat.

Sunday, September 27, 2009

hadis nabi

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut

hadis nabi

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1352

Saturday, September 26, 2009

puasa sunat di bulan syawal

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya adalah terlebih afdhal. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."

(Hadits riwayat Muslim)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadan diibaratkan seperti berpuasa di sepanjang tahun berdasarkan perkiraan setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat daripada Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasa sebulan (di bulan Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (dibulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun."

(Hadits riwayat Ad-Darimi)

selamat berhari raya

selamat berhari raya kepada semua..selamat memandu pulang ke kota dan selamat kemabali bekerja...memandulah dengan berhati-hati di jalan raya..semoga tiada yang terluka..

namun jangan dilupa peristiwa lalu pada 7 syawal tahun 5 Hijrah..telah berlaku perang ahzab di antara gabungan yahudi dan musyrikin mekah cuba menyerang dan menghapuskan sama sekali umat Islam setelah musyrikin mekah beroleh kemenangan dalam Perang Uhud.Tetapi dengan kuasa Allah dan kebijaksanaan umat Islam pada masa itu, parit yang besar dan panjang serta ribut pasir telah menggagalkan usaha yahudi dan musyrikin mekah..tiada pertempuran berlaku..melainkan syahid di pihak Islam seramai 6orang dan kematian di pihak musuh seramai 10 orang.

Pengajaran: Kita perlu sentiasa waspada dengan musuh Islam yang sentiasa cuba melemahkan umat Islam dengan apa cara sekalipun samada secara kekuatan fizikal atau melalui peperangan fikiran, disedari atau tidak disedari.

Wallahu a'lam.

Saturday, September 19, 2009

takbir raya

perkara sunat di aidilfitri

antara perkara yang sunat dilakukan di aidilfitri ialah:

1. bertakbir
2. bersedekah
3. memakai baju baru
4. memakai wangian bagi lelaki
5. mengucapkan tahniah antara satu sama lain
6. ziarah menziarahi

antara kesilapan yang berlaku di aidilfitri

1. bersalaman dengan lelaki/perempuan bukan mahram
2. mendedahkan aurat kepada ajnabi di rumah sendiri seperti sepupu dan ipar duai
3. berpakaian tidak menutup aurat
4. berdating di hari raya
5. meninggalkan solat kerana sibuk beraya
6. tidak melakukan ziarah tetapi sibuk dengan rancangan hiburan melalaikan di tv

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABALALLAHHU MINNA WA MINKUM

Wednesday, September 16, 2009

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai harumanIbn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak".

2. Mencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)

3. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

5. Membanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Monday, September 14, 2009

muslim


seseorang itu dianggap muslim apabila:

1. kelakuannya tidak menyamai kelakuan binatang. Contohnya: apabila seseorang itu minum arak, maka hilanglah kewarasan akalnya, dan ia bertindak mengikut hawa nafsu sahaja kerana akalnya tidak dapat berfikir, lalu pada masa itu jadilah ia seperti binatang.

2. kelakuannya tidak menyamai kelakuan orang kafir. Contohnya: pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa, tetapi ada sebilangan umat Islam yang tidak berpuasa lalu mereka membeli makanan di kedai orang bukan Islam di pagi hari. Orang bukan Islam menjamu selera di kedai berkenaan sedangkan mereka menjamu selera di tempat tersorok. Bukan Islam tidak diwajibkan berpuasa manakala umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadan tetapi mereka tidak berpuasa. Maka perlakuan mereka seperti orang bukan Islam.

3. Perlakuannya menurut kehendak Islam dan mentaati perintah Allah. Selama mana kita menuruti perintah Allah dan melakukan sesuatu mengikut panduan Islam maka kita adalah seorang Muslim. Jika sebaliknya, maka kita tidak tahu apa maksud muslim.

Wallahu a'lam.

Friday, September 11, 2009

solat berjemaah


imam ghazali menyatakan solat seseorang yang mengikut imam itu terbahagi kepada tiga:

1. solat yang sia-sia iaitu apabila makmum mendahului imam seperti sujud terlebih dahulu dari imam. maka solat itu sia-sia dan batal.

2. solat yang dikurniakan satu pahala sahaja iaitu apabila makmum tidak mengikut imam tetapi mengiringi imam seperti rukuk dan sujud bersama-sama imam. solat seperti ini sah tetapi diberikan satu pahala sahaja.tiada pahala berjemaah.

3. solat yang diberikan dua puluh lima pahala, iaitu solat makmum yang mengikut imam iaitu rukuk setelah imam rukuk, sujud setelah imam sujud dan seterusnya.

Wednesday, September 9, 2009

10 malam terakhir ramadhan

malam ini adalah malam 20 ramadhan. maka bermulalah 10 malam terakhir ramadhan. dengan itu kita memasuki satu pertiga terakhir ramadhan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya: Ramadhan itu permulannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka.

Oleh itu marilah sama-sama kita memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ramadhan ini dengan mengekalkan solat terawih, melakukan qiamullail, memperbanyakkan membaca al-Qur'an, berdoa dan membanyakkan sedekah.Mudah-mudahan kita bertemu dengan Lailatul Qadar dan diampunkan oleh Allah serta dibebaskan dari azab api neraka di akhirat nanti, Insya Allah.

Marilah kita sama-sama bertahan dalam jangkamasa sepuluh hari terakhir ini daripada menghabiskan masa di pusat-pusat membeli-belah kerana keadaan di sana akan menghilangkan pahala puasa kita. Kita tidak mahu menjadi golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai golongan yang tidak mendapat apa-apa daripada puasa melainkan lapar dan dahaga sahaja.

Sunday, September 6, 2009

selamat menjawab dengan tenang

selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan UPSR,PMR, SPM dan STPM. Jawablah dengan tenang. Baca al-Fatihah, selawat ke atas Nabi, surah alam nasyrah serta doa penerang hati setiap kali sebelum mula menjawab. Banyakkan makan buah tamar, kismis, madu dan minum air zam-zam, mudah-mudahan daya ingatan bertambah kuat. Insya Allah. Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa dan hormati guru anda, mudah-mudahan diberkati Allah.

Saturday, September 5, 2009

tazkirah 12

agama : dalam bahasa sanskrit a bermaksud tidak, manakala gama bermaksud kacau. bila digabungkan 2 perkataan itu jadilah ia sebagai bermaksud tidak kacau atau tiada kekacauan. maksudnya orang yang mempunyai agama tidak akan membuat kacau.

17 Ramadhan ialah tarikh Nuzul Qur'an atau tarikh yang menunjukkan al-Qur'an kali pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah pada 17 Ramadhan. ketika Rasulullah berusia 40 tahun.Ayat pertama yang diturunkan ialah surah al-'alaq :1-5 ketika Rasulullah sedang berkhalwat di gua Hira' untuk memikirkan kebesaran Allah dan mengasingkan diri dari masyarakat Jahiliah yang banyak melakukan maksiat.

Ulama berselisih pendapat mengenai bilangan ayat al-Qur'an. Ada yang berpendapat bilangannya ialah 6217 ayat, ada yang mengatakan 6220 ayat. ada yang membilang sendiri dan didapati sebanyak 6198 ayat. ada juga yang berpendapat bahawa bilangannya ialah 6666 ayat. Ada yang mengatakan terdapat 1000 ayat mengenai syurga, 1000 ayat mengenai neraka, 1000 ayat mengenai umat dahulu, 1000 ayat mengenai hukum, 1000 ayat mengenai suruhan Allah, 1000 ayat mengenai larangan Allah, 66 ayat yang mansukh. Perbezaan pendapat mengenai bilangan ayat juga berlaku kerana ada ulama berpendapat Bismillahirrahmanirrahim di awal setiap surah itu dikira sebagai ayat pertama manakala ada yang berpendapat sebaliknya. Tetapi cara mengiranya sahaja yang berbeza, ayat-ayatnya tetap sama tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

Friday, September 4, 2009

zakat wang simpanan




Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram

Dalil wajib zakat


"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."





Kaedah kiraan zakat wang simpanan
  • Simpanan Tetap
    • Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab(nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
  • Simpanan Biasa
    • Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
  • Simpanan Dalam Satu Akaun
    • Jika sesuiatu simpanan itu tel;ah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut)adalah melebihi paras nisab maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat wang simpanan.

  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun
    • Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.


Thursday, September 3, 2009

zakat pendapatan

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Maksud pendapatan

Gaji

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

  • Gaji tahunan
  • Tunggakan gaji
  • Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
  • Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Kepakaran

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

  • Khidmat guaman
  • Khidmat nasihat
  • Juru perunding
  • Rawatan perubatan
  • Kejuruteraan


Penjelasan dalil

Dari surah Al-Baqarah (2:267), Firman Allah s.w.t:

Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu

Allah menjelaskan bahawa segala hasil usaha yang baik itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah.

keterangan lanjut

zakat fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).


Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Lailatul Qadr

Kehebatan Malam Al-Qadr

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.

tazkirah 12

Terdapat perkara2 yang tidak dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur'an seperti spora dan sebagainya tetapi mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Spora umpamanya mempercepatkan proses pereputan sesuatu benda seperti pokok, kayu dan lain-lain. Jika perkara yang tidak disebut di dalam Al-Qur'an mempunyai banyak kelebihan apatah lagi perkara-perkara yang disebut dalam al-Qur'an, sudah pasti ada kelebihan dan hikmahnya yang tersendiri.

Contohnya seperti puasa: sains hari ini membuktikan banyak perkara dari segi kesihatan mengenai kebaikan puasa. Amalan solat seperti sujud dapat mengatasi masalah migrain. An-Nahlu atau lebah, umum sudah maklum tentang khasiat madu lebah. Begitu jug Allah ada menyebut mengenai hujung jari di dalam al-Qur'an. Setelah dikaji, rupa-rupanya cap jari manusia berbeza antara satu sama lain.

Tuesday, September 1, 2009

tazkirah 11

surah al-taubah: ayat 100, 111 maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selam-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.(100) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin, diri dan harat mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka mebunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.(111)

Monday, August 31, 2009

tazkirah 10

ramadhan itu di awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan, penghujungnya dibebaskan dari azab api neraka. kita telah melepasi satu pertiga ramadhan dan memasuki satu pertiga kedua ramadhan.

terdapat tiga peringkat dalam puasa:

i. niat: hendaklah ikhlas kerana Allah(bukan kerana perkara lain)

ii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan puasa dan perkara yang menghilangkan pahala puasa.

iii. hasil daripada dua perkara di atas, jika berjaya melaksankannya maka kita akan menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah : la'allakum tattaqun. Untuk menilai samada puasa ramadhan kita diterima oleh Allah ataupun tidak, kita nilai diri kita sendiri samada selepas Ramadhan kita menjadi lebih beriman, lebih baik akhlak, suka kepada perkara kebaikan atau sebaliknya. Jika kita berubah menjadi lebih baik maka Ramadhan berjaya mentarbiyyah kita dan InsyaAllah puasa kita diterima oleh Allah, jika sebaliknya maka masih banyak perkara yang perlu kita dilakukan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa.

tazkirah 9 (KEHEBATAN RAMADHAN)



Sabda Nabi mafhumnya: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa yang telah lalu.

Di bulan Ramadhan ini hendaklah kita melakukan dua perkara:

1. Puasa yang cantik
2. Beribadat pada malam hari.

A. Untuk mendapatkan puasa yang cantik hendaklah mempunyai tiga ciri iaitu: i. berpuasa kerana Allah (bukan kerana manusia atau kerana hendak menjadi kurus atau hendak menyembuhkan penyakit) ii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan puasa seperti makan dan minum dengan sengaja, iii. menjaga diri dari melakukan perkara membatalkan pahala puasa seperti tidak menunaikan solat lima waktu, mendedahkan aurat, melihat aurat, mengumpat dan lain-lain

B. Beribadat pada malam hari seperti mmenunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah, bertadarus dan qiamullail.

Setiap juzuk pada bulan Ramadhan adalah pahala seperti merasai lapar, maka seseorang itu mendapat pahala. jika sesorang itu merasa letih maka letih itu menghasilkan pahala baginya. Begitulah pemurahnya Allah Taala.

Sepanjang bulan Ramadhan ini Allah memerintahkan malaikat supaya mencari 30,000 orang untuk dibebaskan dari api neraka. Pada malam terakhir pula Allah memerintahkan malaikat sekali untuk mencari lagi 30,000 orang untuk dibebaskan dari api neraka.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan tersebut. Insya Allah. Maka berbahagilah sesiapa yang dibebaskan dari api neraka.

Saturday, August 29, 2009

7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu: 1 Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.


2 Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


3 Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.


4 Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat. Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


5 Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.


6 Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.


7 Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...