Saturday, July 31, 2010

HANG GILA APA?

1.gila bola

2. gila handphone

3. gila facebook

4. gila blog

5. gila dating

6. gila bayang

7. gila-gila

8. boring giler

9. gila sms

10. gila kereta

11. malas giler

12. gila isim

13. gila duit

14. gila MLM

dunia dan akhirat

Dari Jabir radiallahu anhu, Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda: sesungguhnya perkara yg sangat2 aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita2 kerana hawa nafsu menghalang daripada menerima kebenaran, dan panjang cita2 itu melengahkan amalan akhirat.dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap2 satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya, oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang2 yg kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yg ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab, dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang amal.

hadis riwayat albaihaqi.

Friday, July 30, 2010

menjelang ramadhan

yang mana satu kita?

1. pengerusi surau/masjid : sibuk mencari pentazkirah di bulan ramadhan, mengedarkan jadual moreh untuk diisi oleh jemaah surau/masjid.

2. pemberi tazkirah: menyenaraikan tarikh dan surau/masjid yang akan dihadiri.

3. imam jemputan terawih.

4. peniaga pasar ramadhan: sibuk memikirkan menu apakah yang akan dijual pada tahun ini yang akan memberikan keuntungan maksima.

5. peniaga kueh raya: sibuk menyiapkan tempahan biskut raya dari pelanggan.

6. pengimarah masjid/surau: memenuhi surau/masjid untuk solat dan mendengar tazkirah.

7. penjual mercun.

8. penjual kad raya.

9. amil: buka kaunter kat tesco.

10. kanak2 riang: tunggu raya dan duit raya.

11. tiada satu pun di atas: sampai masa sahur aku tak bangun tapi aku pose juga. petang pi pasar ramadhan. esok pi pasar ramadhan lain plak. lusa buka pose kat masjid. tulat buka pose rumah mak mentua/dengan awek.sampai masa buka pose aku buka pose.sampai masa raya aku raya sebulan sebab pose pun sebulan.

manusia dan dunia

dari abu said alkhudri r.a Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda: sesungguhnya dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhatikan bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu, oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan KHASNYA OLEH PEREMPUAN KERANA SESUNGGUHNYA FITNAH YANG MULA2 MENIMPA KAUM BANI ISRAEL IALAH BERPUNCA DARI ORG2 PEREMPUAN.

hadis riwayat muslim.

Wednesday, July 28, 2010

sekolah rendah islam abim di chepor

Sesiapa yang berminat menghantar anak2 ke sekolah rendah islam swasta di sekitar ipoh, ini dia sekolah agama di chepor.SERI ABIM. No tel:052014924.

maher zain akan datang ke MALAYSIA

maher zain yg baru selesai mengadakan konsert di australia sedang berada di Bahrain dalam siri konsertnya. Dia akan datang ke Malaysia.Bila?tak tau den...baca informasi di facebook beliau.Katanya nak nyanyi lagu Insya Allah dalam BM.

LIZA HANIM BERTUDUNG

TAHNIAH LIZA HANIM KERANA SUDAH MENUTUP AURAT. SEMOGA ISTIQAMAH DAN DIRAHMATI ALLAH.

Tuesday, July 27, 2010

Sakit ada hikmahnya

Dari Abdullah bin ms'ud Radiallahu anhu, Nabi Sollallahu alaihi wasallam bersabda: tidak ada seorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya sebagaiman pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

nisfu syaaban

nisfu syaaban ialah separuh dari bulan syaaban iaitu 15 syaaban.

malam nisfu syaaban ialah siangnya 14hb syaaban, malamnya dikira malam nisfu syaaban.

dahulu umat islam melayu membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu syaaban, tetapi ulama mengatakannya sebagai bidaah keranan tiada hadis yang menyuruh berbuat demikian. tetapi malam itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang amalan. maka jika kita membaca yaasin sekali sahaja pada malam itu, maka itu adalah lebih baik dari berbual2 kosong dan duduk tengok tv ataupun termenung sahaja.

tiada juga hadis yang menyuruh berpuasa pada 15 syaaban.tetapi jika telah menjadi kebiasaan kepada seseorang itu berpuasa pada setiap 13,14,15 hb qamariah, maka tiada masalah untuk berpuasa pada 15 syaaban.

wallahu a'lam.

Friday, July 16, 2010

peristiwa bulan syaaban

1. malam nisfu syaaban

2. penukaran arah kiblat dari masjidil aqsa ke kaabah

3. peperangan Bani Mustaliq pada tahun 5H yang membawa kepada pernikahan Rasulullah dengan Juwairiyah (keturunan Bani Mustaliq) Seterusnya ramai dari kalangan Bani Mustaliq memeluk Islam.

Monday, July 12, 2010

welcome syaaban

selamat datang bulan syaaban. Kata Aisyah: Mafhumnya:Aku tidak pernah melihat Rasulullah puasa dengan kerap (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Syaaban. Marilah sama-sama kita puasa sunat pada bulan Syaaban sebagai latihan untuk Ramadhan yang bakal menjelang.

Munafik

sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, sedang Allah menipu mereka. Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah melainkan hanya sedikit. Al-Nisa:142
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...