Saturday, July 31, 2010

dunia dan akhirat

Dari Jabir radiallahu anhu, Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda: sesungguhnya perkara yg sangat2 aku bimbangkan terhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita2 kerana hawa nafsu menghalang daripada menerima kebenaran, dan panjang cita2 itu melengahkan amalan akhirat.dan ingatlah dunia ini pada setiap saatnya berjalan pergi, dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang, sedang tiap2 satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya, oleh itu kalau kamu dapat menahan diri daripada menjadi orang2 yg kasih dan setia kepada dunia maka buatlah, kerana kamu pada hari ini berada di kampung yg ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab, dan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tidak ada peluang bagi sebarang amal.

hadis riwayat albaihaqi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...