Thursday, January 14, 2010

seronok2

makan time

ustaz kami pandai melukis juga

nasi mandi kambing-mesti cuba

geng ni pantang jumpa kambing

sidai kain kat luar bilik di hotel

anak2 sume dah pakai pakain arab

seronok2 tengok gambar

hujan di Mina

jangan tinggal pasangan di sana.nak cari susah.nanti gaduh lagi susah.

pembimbing kami. Ustaz Halim. double degrees holder.Engineering dan Pengajian Islam. Australia dan Al-Azhar.

jemaah haji lelaki termuda: 13 tahun

ni gambar apa pulak ni? cuba teka...

sebelum dicukur rambut

lagi hensem lepaih cukur

bravo


Wednesday, January 13, 2010

pengalaman haji 2



Muzdalifah:(berada di sini 9 Zulhijjah lepas maghrib hingga 12.00 malam atau lepas Subuh.Kemudian pergi Mina.)Jemaah haji akan ke Mina menaiki bas. Ada yang bertolak ke Mina jam 12 malam, ada yang lepas Subuh. bergantung kepada keadaan. yang penting bawak tikar yang dibekalkan oleh tabung haji untuk lapik tidur di atas tanah. macam2 bau ada. tandas pula ramai orang. sabar banyak. sebelum datang sini buang air siap-siap di Arafah.


keadaan dalam khemah di mina (duduk sini dari 10-13 Zulhijjah) Cabaran paling besar di Mina sebab jemaah berada lama di sini. Lihatlah keadaan dalam khemah, ia memerlukan tolak ansur yang banyak sesama jemaah. Tandas juga ramai orang.jangan berebut masuk tandas.takut berlaku kejadian tidak diingini seperti lantai tandas runtuh lalu jatuh dalam lubang tandas. Ada 3 jemaah haji wanita dari negara lain yang masuk 3 orang sekaligus ke dalam tandas dan masing2 tidak mahu beralah. Lalu lantai tandas runtuh dan mereka jatuh dalam lubang tandas. Akhirnya tidak dapat diselamatkan. mereka meninggal dunia di situ.

pemandangan dalam terowong (dari jamarat ke khemah (Mina) .Terowong dilalui dari khemah ke Jamarat(tempat melontar) pergi dan balik (one way) Perjalanan dari khemah ke Jamarat lebih kurang 2.5km (sehala)pergi balik jadi 5km. Khemah yang paling jauh 7km (sehala) pergi balik jadi 14km. Banyak tenaga digunakan di sini.semuanya jalan kaki.

Jamarat (pemandangan dari luar)


jamarat (pandangan dari dalam:kelihatan jemaah sedang melontar)

Ringkasan Haji

1. wukuf di arafah 9 Zulhijjah tetapi jemaah haji Malaysia sampai di Arafah pada 8 Zulhijjah
2. bermalam di Muzdalifah
3. melontar jamratul aqabah pada 10 zulhijjah (boleh bercukur selepas ini)
4. bermalam di Mina pada malam 11,12,13 zulhijjah
5.13 zulhijjah - kembali ke Mekah untuk tawaf dan saie.

Saturday, January 9, 2010

pengalaman haji untuk dikongsi bersama


kelana jaya. ni jam 1.00 pagi, kalau siang ni lagi ramai orang takde la lengang macam ni. ni kira ok la. semua jemaah sedang menunggu untuk check in di sini. dijadualkan jam 3.30 pagi tapi ada technical problem, check in 4.30 pagi. bertolak dari kelana jaya ke airport klia jam 6.00 pagi. sampai airport jam 6.40 pagi.flight dijadualkan jam 7.00 pagi delay jadi 9.00 pagi.


airport jeddah. ni kawasan jemaah haji malaysia. berhampiran kawasan ni terdapat surau dan juga tandas. takde masalah ok je.


pemandangan sepanjang jalan dari jeddah ke mekah. tak banyak bangunan. kontang je.tak juga padang pasir.macam dalam gambar tu la.


dalam bas dari jedah ke mekah.  di airport (dlm bas) jemaah diberikan nasi beriani sebungkus sorang. sebungkus makan dua orang tapi tak habis sebab banyak sangat nasi tu. kelihatan beg di tengah laluan antara penumpang. beg2 lain atas bumbung bas.ada pekerja yang angkat bukan jemaah haji. jemaah nawak beg merah tu je.


jemaah haji berehat setelah selesai mengerjakan tawaf qudum bagi yang menunaikan haji ifrad dan tawaf umrah bagi yang mengerjakan haji tamattuk. masa ini 14.11.2009 lagi 13 hari nak wukuf. belum cukup sesak. waktunya lebih kurang jam 8.30 pagi.tawaf mengambil masa lebih kurang 30 minit masa ni. kalau masa sesak lebih kurang 45 minit.


kaabah di depan mata.tarikh:14.11.2009


pemandangan dari atas bumbung masjidil haram. tarikh: lebih kurang 17.11.2009 jemaah haji semakin ramai. tak dapat dah nak duduk-duduk macam gambar kat atas tu.

Ringkasan: Perjalanan Haji dari Malaysia:
1. rumah ke kelana jaya (urusan check in dan naik bas ke klia)
2. kelana jaya ke KLIA (mengambil masa lebih kurang 40 minit-diiringi polis trafik)
3. KLIA ke Jeddah International Airport (penerbangan 8 jam).Niat haji atau umrah atas flight. proses di airport: melalui imegresen, ambik bagasi(lebih kurang sejam) dan menunggu bas ke Mekah. Yang paling lama ialah menunggu turn naik bas ke Mekah.(lebih kurang dua jam)
4. Jedah ke Mekah (80km)mengambil masa lebih kurang 2 jam sebab trafiic jam dan berhenti untuk diberi makanan, minuman dan hadiah dari Saudi.Kadang2 bas tak jumpa cari hotel. Itu yang menambahkan lagi lambat perjalanan.
5. Sampai di hotel. Masuk bilik dan berehat. tunggu maklumat dari pembimbing bila akan pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf.Jangan mandi. Tunggu esok baru mandi. Jika mandi juga dikhuatiri demam disebabkan oleh perubahan cuaca dan sebagainya.
6. Hari berikutnya: pergi masjidil haram untuk tawaf, saie dan bercukur (jika menunaikan haji tamattuk) Jika menunaikan haji ifrad boleh tawaf qudum dan saie haji. Lepas tu balik ke hotel dan rehat. Masa mengerjakannya bergantung kepada rezeki dan keadaan jemaah. Tawaf - 40 minit, saie 40 minit (biasanya begini)
7. Tunggu wukuf. Tiap2 hari boleh la pi Masjidil Haram untuk solat lima waktu, tawaf sunat dan lain2. Kalau rajin boleh la buat umrah sunat.


Monday, January 4, 2010

rumah kaab bin asyraf : korporat pada zaman nabi. beliau seorang penyair bukan islam yang kaya yang selalu menghina nabi dan umat islam di dalam syairnya.lalu nabi bertanya kepada umat islam siapa yang berani membunuh kaab?lalu muhammad ibnu muslimah menjawab:saya berani ya rasulallah. lalu muhammad ibn muslimah mengumpulkan empat orang sahabatnya dengan diiringi doa rasulullah, mereka berjaya membunuh kaab pada malam hari.

kelihatan dalam gambar:ustaz halim, ketua rombongan, dan sepasang suami isteri(jemaah haji)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...