Wednesday, January 13, 2010

pengalaman haji 2



Muzdalifah:(berada di sini 9 Zulhijjah lepas maghrib hingga 12.00 malam atau lepas Subuh.Kemudian pergi Mina.)Jemaah haji akan ke Mina menaiki bas. Ada yang bertolak ke Mina jam 12 malam, ada yang lepas Subuh. bergantung kepada keadaan. yang penting bawak tikar yang dibekalkan oleh tabung haji untuk lapik tidur di atas tanah. macam2 bau ada. tandas pula ramai orang. sabar banyak. sebelum datang sini buang air siap-siap di Arafah.


keadaan dalam khemah di mina (duduk sini dari 10-13 Zulhijjah) Cabaran paling besar di Mina sebab jemaah berada lama di sini. Lihatlah keadaan dalam khemah, ia memerlukan tolak ansur yang banyak sesama jemaah. Tandas juga ramai orang.jangan berebut masuk tandas.takut berlaku kejadian tidak diingini seperti lantai tandas runtuh lalu jatuh dalam lubang tandas. Ada 3 jemaah haji wanita dari negara lain yang masuk 3 orang sekaligus ke dalam tandas dan masing2 tidak mahu beralah. Lalu lantai tandas runtuh dan mereka jatuh dalam lubang tandas. Akhirnya tidak dapat diselamatkan. mereka meninggal dunia di situ.

pemandangan dalam terowong (dari jamarat ke khemah (Mina) .Terowong dilalui dari khemah ke Jamarat(tempat melontar) pergi dan balik (one way) Perjalanan dari khemah ke Jamarat lebih kurang 2.5km (sehala)pergi balik jadi 5km. Khemah yang paling jauh 7km (sehala) pergi balik jadi 14km. Banyak tenaga digunakan di sini.semuanya jalan kaki.

Jamarat (pemandangan dari luar)


jamarat (pandangan dari dalam:kelihatan jemaah sedang melontar)

Ringkasan Haji

1. wukuf di arafah 9 Zulhijjah tetapi jemaah haji Malaysia sampai di Arafah pada 8 Zulhijjah
2. bermalam di Muzdalifah
3. melontar jamratul aqabah pada 10 zulhijjah (boleh bercukur selepas ini)
4. bermalam di Mina pada malam 11,12,13 zulhijjah
5.13 zulhijjah - kembali ke Mekah untuk tawaf dan saie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...