Friday, October 28, 2011

ucap tahniah pd non muslim pd hari perayaan mereka

apa hukum ucap selamat hari deepavali, krismas dan sbgnya pada non muslim?

1. sheikhul Islarm Ibn Taimiyyah dan Ibnu Qayyim mengatakannya sebagai haram.

2. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan beberapa ulama mutakhir mengatakannya sebagai harus dgn alasan: jika mereka selalu memberi ucap selamat hari raya contohnya setiap kali kita menyambut aidilfitri, aidiladha. bila kita sakit, dia ziarah, bila kita susah dia tolong, apa salah kita ucapkan selamat krismas contohnya pada mereka. mereka mengucapkan sesuatu yg baik pd kita, maka kita hendaklah membalasnya dgn kebaikan.

Tapi ucapan tahniah ini dihadkan pd rakan sekerja, jiran, ahli keluarga yg masih lagi bukan Islam. jika merekka kafir harbi, maka haram mengucapkan tahniah, jika mereka anti Islam, maka haram mengucapkan tahniah pd mereka.

Kesimpulan: ucapan tahniah ini bukan bertujuan mengiktiraf agama mereka tp atas dasar hubungan dalam masyarakat saja.

3. JAKIM memfatwakannya sbg harus dgn alasan yg hampir sama dgn yg diberikan oleh dr Yusuf al-qaradawi. jika dikirim kad, tidak boleh ada simbol agama mereka pd kad itu spt. salib.

WALLAHU A'LAM BISSAWAB.

Thursday, October 20, 2011

tazkirah tok guru

"Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak dibawa untuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk diminum. Gelaran dato, tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia kita melawan baginda?"

Saturday, October 15, 2011

baik...

orang perempuan bertudung tak semestinya baik tapi orang perempuan yang baik pasti bertudung

orang yg menunaikan solat tak semestinya baik, tapi orang yang baik pasti solat

orang yang solat di masjid tak semestinya baik tapi orang yang baik pasti solat berjemaah di surau/masjid

Thursday, October 13, 2011

solat berjemaah

abdullah bin umar al-qawariri berkata aku tidak pernah tertinggal melakukan solat fardhu secara berjemaah sehinggalah pada suatu malam aku telah didatangi tetamu. oleh kerana sibuk melayan mereka, maka aku terlepas daripada menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. namun aku pergi juga ke masjid dengan niat untuk solat berjemaah. setiba aku di sana, aku dapati masjid sudah berkunci.

aku pulang lalu menunaikan solat isyak sebanyak 27 kali. dan tidur. malam itu, aku bermimpi aku sedang menunggang kuda bersma-sama orang kampungku tetapi mereka berada di hadapanku dan aku pula di belakang mereka.

aku memacu kudaku selaju-lajunya tetapi tidak dapat mengejar mereka. tiba-tiba salah seorang daripada mereka berpaling dan berkata, engkau hanya memenatkan kudamu sahaja, engkau tidak akan dapat mengejar kami. aku bertanya: mengapa? Jawabnya: kerana malam tadi kami solat isya' berjemaah sedangkan kamu solat isya' sendirian.

Pengajaran: solat berjemaah diberi 27 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian.
solat sendirian walaupun dikerjakan sehingga 27 kali bagi sesuatu waktu, tidak akan sama dgn solat berjemaah.

Sunday, October 9, 2011

10 pintu syaitan di alam nyata

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
 
Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
 
Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
 
Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
 
Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
 
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.
 
Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.
 
Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.
 
Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
 
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Saturday, October 8, 2011

ILMU DAN HARTA

ilmu jika disebar bertambah, harta jika diberi berkurang, 
ilmu tak dapat dicuri, harta boleh dicuri, 
ilmu tidak binasa, harta sampai masa kan lenyap ditelan masa, 
ilmu tiada hadnya, harta boleh dikira.
ilmu warisan Nabi, harta warisan Qarun. 
ILMU MENJAGA, HARTA DIJAGA.

Thursday, October 6, 2011

jadual kuliyah ustaz azhar idrus bulan oktober

2/10 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang K.Trg
3/10 Isnin Masjid Pinang Merah Paka Trg
4/10 Selasa Masjid Cendor Sempadan Pahang Trg
5/10 Rabu Surau Bukit Bading Ajil Trg
6/10 Khamis Surau Wan Esah Sbrg Baruh K.Trg
7/10 Jumaat Surau Pak Tuyu K.Trg
8/10 Sabtu Surau Belakang Stadium, K.Trg
9/10 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang K.Trg
10/10 Isnin Masjid Simpang Empat Cenering K.Trg
11/10 Selasa Surau Ladang K.Trg
12/10 Rabu Surau Bukit Kecik K.Trg
13/10 Khamis Masjid Batu Buruk K.Trg
14/10 Jumaat Masjid Rhu Muda Marang Trg
15/10 Sabtu Masjid Titian Baru K.Trg
16/10 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang K.Trg
17/10 Isnin Masjid Cenderawasih Kuantan
18/10 Selasa Masjid Pengadang Baru K.Trg
19/10 Rabu Surau Taman Permint Dungun
20/10 Khamis Masjid Batu 6 K.Trg
21/10 Jumaat Surau Al-Muhsinin KLCC (lepas Asar)
22/10 Sabtu Tiada Kuliyah
23/10 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang K.Trg
24/10 Isnin Masjid Pulau Ketam K.Trg
25/10 Selasa Surau Ladang K.Trg
26/10 Rabu Surau Bukit Kecik K.Trg
27/10 Khamis Masjid Melur Kota Bharu Kelantan
28/10 Jumaat Surau Ladang K.Trg
29/10 Sabtu Pondok Baitul Qura Sungai Udang Melaka [Lokasi]
30/10 Ahad Surau Taman Desa Duyung Melaka [Lokasi]
31/10 Isnin Tiada Kuliyah

Tuesday, October 4, 2011

gigitan cinta boleh memberi mudarat

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun ...telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Sunday, October 2, 2011

fadilat sepuluh surah

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...