Thursday, October 13, 2011

solat berjemaah

abdullah bin umar al-qawariri berkata aku tidak pernah tertinggal melakukan solat fardhu secara berjemaah sehinggalah pada suatu malam aku telah didatangi tetamu. oleh kerana sibuk melayan mereka, maka aku terlepas daripada menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. namun aku pergi juga ke masjid dengan niat untuk solat berjemaah. setiba aku di sana, aku dapati masjid sudah berkunci.

aku pulang lalu menunaikan solat isyak sebanyak 27 kali. dan tidur. malam itu, aku bermimpi aku sedang menunggang kuda bersma-sama orang kampungku tetapi mereka berada di hadapanku dan aku pula di belakang mereka.

aku memacu kudaku selaju-lajunya tetapi tidak dapat mengejar mereka. tiba-tiba salah seorang daripada mereka berpaling dan berkata, engkau hanya memenatkan kudamu sahaja, engkau tidak akan dapat mengejar kami. aku bertanya: mengapa? Jawabnya: kerana malam tadi kami solat isya' berjemaah sedangkan kamu solat isya' sendirian.

Pengajaran: solat berjemaah diberi 27 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian.
solat sendirian walaupun dikerjakan sehingga 27 kali bagi sesuatu waktu, tidak akan sama dgn solat berjemaah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...