Thursday, March 21, 2013

faraid kes 6

seorang lelaki meninggal dunia.
waris yg ditinggalkan:
1. ayah
2. ibu
3. isteri
4. seorang anak lelaki
5. seorang anak perempuan

ayah dapat 1/6 dari harta
ibu dapat 1/6
isteri dapat 1/8
anak2 dapat lebihan.
anak lelaki dapat 2 bhg, anak perempuan dpat 1 bhg dari lebihan harta, maksudnya anak lelaki dapat 2/3 dari lebihan harta, anak perempuan dapat 1/3 dari lebihan harta.

katalah harta yg ditinggalkan ialah rm72000. ayah dapat 1/6 = rm12000
ibu dapat 1/6= rm12000, isteri dapat 1/8 = rm9000.
baki dari itu iaitu rm39000 dapat kepada anak2. anak lelaki dapat 2/3 dari rm39000= rm26000.
anak perempuan dapat 1/3 dari rm39000 = rm13000

Friday, March 8, 2013

faraid kes 5

isteri mati meninggalkan suami dan anak2. 3 anak lelaki. 2 anak perempuan,

suami dapat 1/4 kerana si mati ada anak. jika tiada anak, suami dapat 1/2.

suami dapat 1/4. baki dapat kepada anak2.

3 anak lelaki dapat 2 bhg setiap orang. jika dijumlahkan menjadi 6 bahagian...faham setakat ni? macamana jadi enam bahagia? sorang dapat 2 bahagian...anak lelaki ada 3 orang, jadinye...2 bahagian + 2 bhg + 2 bhg = 6 bahagian..ada faham? ok..good...

anak pompuan sorang dapat 1 bahagian....dua anak pompuan = 2 bahagian lah...

jadi....bhg anak lelaki campur bhg anak pompuan = 8 bahagiannnnn....

anak lelaki dapat 2/8 setiap seorang, anak pompuan dapat 1/8 setiap seorang dari baki 3/4 harta setelah 1/4 dapat kepada bapa mereka atau suami si matiiiiii.....

2/8 darab 3/4 = 6/32..ini bhg anak lelaki...
1/8 darab 3/4 = 3/32 ini bhg abak pompuan
bapa punya bahagian 1/4 darab 8/8 = 8/32

jadinya bapa dapat 8/32 dari harta
anak lelaki 1 dpt 6/32
anak laki 2 dpt 6/32
anak laki 3 dpt 6/32
anak pompuan dapat 3/32
sorang lg anak pompuan juga dpt 3/32

jumlah= 32/32

kalau harta yg ditinggalkan simati ialah rm32000... bapa dpt rm8000, setiap anak laki dpt rm6000, setiap anak pompuan dapat rm3000

boleh faham sume????? GOOODDD...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...