Sunday, September 27, 2009

hadis nabi

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut

hadis nabi

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1352

Saturday, September 26, 2009

puasa sunat di bulan syawal

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di dalam bulan Syawal. Ia boleh dikerjakan berselang seli di dalam bulan Syawal, tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas hari raya adalah terlebih afdhal. Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."

(Hadits riwayat Muslim)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadan diibaratkan seperti berpuasa di sepanjang tahun berdasarkan perkiraan setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat daripada Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasa sebulan (di bulan Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (dibulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun."

(Hadits riwayat Ad-Darimi)

selamat berhari raya

selamat berhari raya kepada semua..selamat memandu pulang ke kota dan selamat kemabali bekerja...memandulah dengan berhati-hati di jalan raya..semoga tiada yang terluka..

namun jangan dilupa peristiwa lalu pada 7 syawal tahun 5 Hijrah..telah berlaku perang ahzab di antara gabungan yahudi dan musyrikin mekah cuba menyerang dan menghapuskan sama sekali umat Islam setelah musyrikin mekah beroleh kemenangan dalam Perang Uhud.Tetapi dengan kuasa Allah dan kebijaksanaan umat Islam pada masa itu, parit yang besar dan panjang serta ribut pasir telah menggagalkan usaha yahudi dan musyrikin mekah..tiada pertempuran berlaku..melainkan syahid di pihak Islam seramai 6orang dan kematian di pihak musuh seramai 10 orang.

Pengajaran: Kita perlu sentiasa waspada dengan musuh Islam yang sentiasa cuba melemahkan umat Islam dengan apa cara sekalipun samada secara kekuatan fizikal atau melalui peperangan fikiran, disedari atau tidak disedari.

Wallahu a'lam.

Saturday, September 19, 2009

takbir raya

perkara sunat di aidilfitri

antara perkara yang sunat dilakukan di aidilfitri ialah:

1. bertakbir
2. bersedekah
3. memakai baju baru
4. memakai wangian bagi lelaki
5. mengucapkan tahniah antara satu sama lain
6. ziarah menziarahi

antara kesilapan yang berlaku di aidilfitri

1. bersalaman dengan lelaki/perempuan bukan mahram
2. mendedahkan aurat kepada ajnabi di rumah sendiri seperti sepupu dan ipar duai
3. berpakaian tidak menutup aurat
4. berdating di hari raya
5. meninggalkan solat kerana sibuk beraya
6. tidak melakukan ziarah tetapi sibuk dengan rancangan hiburan melalaikan di tv

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABALALLAHHU MINNA WA MINKUM

Wednesday, September 16, 2009

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai harumanIbn Abi 'Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: "Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak".

2. Mencari lailatul qadr Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)

3. Melewatkan sahur Daripada Sahl ibn Sa'd berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: "Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikafIktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

5. Membanyakkan doaUlama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa' fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Monday, September 14, 2009

muslim


seseorang itu dianggap muslim apabila:

1. kelakuannya tidak menyamai kelakuan binatang. Contohnya: apabila seseorang itu minum arak, maka hilanglah kewarasan akalnya, dan ia bertindak mengikut hawa nafsu sahaja kerana akalnya tidak dapat berfikir, lalu pada masa itu jadilah ia seperti binatang.

2. kelakuannya tidak menyamai kelakuan orang kafir. Contohnya: pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa, tetapi ada sebilangan umat Islam yang tidak berpuasa lalu mereka membeli makanan di kedai orang bukan Islam di pagi hari. Orang bukan Islam menjamu selera di kedai berkenaan sedangkan mereka menjamu selera di tempat tersorok. Bukan Islam tidak diwajibkan berpuasa manakala umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadan tetapi mereka tidak berpuasa. Maka perlakuan mereka seperti orang bukan Islam.

3. Perlakuannya menurut kehendak Islam dan mentaati perintah Allah. Selama mana kita menuruti perintah Allah dan melakukan sesuatu mengikut panduan Islam maka kita adalah seorang Muslim. Jika sebaliknya, maka kita tidak tahu apa maksud muslim.

Wallahu a'lam.

Friday, September 11, 2009

solat berjemaah


imam ghazali menyatakan solat seseorang yang mengikut imam itu terbahagi kepada tiga:

1. solat yang sia-sia iaitu apabila makmum mendahului imam seperti sujud terlebih dahulu dari imam. maka solat itu sia-sia dan batal.

2. solat yang dikurniakan satu pahala sahaja iaitu apabila makmum tidak mengikut imam tetapi mengiringi imam seperti rukuk dan sujud bersama-sama imam. solat seperti ini sah tetapi diberikan satu pahala sahaja.tiada pahala berjemaah.

3. solat yang diberikan dua puluh lima pahala, iaitu solat makmum yang mengikut imam iaitu rukuk setelah imam rukuk, sujud setelah imam sujud dan seterusnya.

Wednesday, September 9, 2009

10 malam terakhir ramadhan

malam ini adalah malam 20 ramadhan. maka bermulalah 10 malam terakhir ramadhan. dengan itu kita memasuki satu pertiga terakhir ramadhan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya: Ramadhan itu permulannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka.

Oleh itu marilah sama-sama kita memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ramadhan ini dengan mengekalkan solat terawih, melakukan qiamullail, memperbanyakkan membaca al-Qur'an, berdoa dan membanyakkan sedekah.Mudah-mudahan kita bertemu dengan Lailatul Qadar dan diampunkan oleh Allah serta dibebaskan dari azab api neraka di akhirat nanti, Insya Allah.

Marilah kita sama-sama bertahan dalam jangkamasa sepuluh hari terakhir ini daripada menghabiskan masa di pusat-pusat membeli-belah kerana keadaan di sana akan menghilangkan pahala puasa kita. Kita tidak mahu menjadi golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai golongan yang tidak mendapat apa-apa daripada puasa melainkan lapar dan dahaga sahaja.

Sunday, September 6, 2009

selamat menjawab dengan tenang

selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan UPSR,PMR, SPM dan STPM. Jawablah dengan tenang. Baca al-Fatihah, selawat ke atas Nabi, surah alam nasyrah serta doa penerang hati setiap kali sebelum mula menjawab. Banyakkan makan buah tamar, kismis, madu dan minum air zam-zam, mudah-mudahan daya ingatan bertambah kuat. Insya Allah. Jangan derhaka kepada kedua ibu bapa dan hormati guru anda, mudah-mudahan diberkati Allah.

Saturday, September 5, 2009

tazkirah 12

agama : dalam bahasa sanskrit a bermaksud tidak, manakala gama bermaksud kacau. bila digabungkan 2 perkataan itu jadilah ia sebagai bermaksud tidak kacau atau tiada kekacauan. maksudnya orang yang mempunyai agama tidak akan membuat kacau.

17 Ramadhan ialah tarikh Nuzul Qur'an atau tarikh yang menunjukkan al-Qur'an kali pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah pada 17 Ramadhan. ketika Rasulullah berusia 40 tahun.Ayat pertama yang diturunkan ialah surah al-'alaq :1-5 ketika Rasulullah sedang berkhalwat di gua Hira' untuk memikirkan kebesaran Allah dan mengasingkan diri dari masyarakat Jahiliah yang banyak melakukan maksiat.

Ulama berselisih pendapat mengenai bilangan ayat al-Qur'an. Ada yang berpendapat bilangannya ialah 6217 ayat, ada yang mengatakan 6220 ayat. ada yang membilang sendiri dan didapati sebanyak 6198 ayat. ada juga yang berpendapat bahawa bilangannya ialah 6666 ayat. Ada yang mengatakan terdapat 1000 ayat mengenai syurga, 1000 ayat mengenai neraka, 1000 ayat mengenai umat dahulu, 1000 ayat mengenai hukum, 1000 ayat mengenai suruhan Allah, 1000 ayat mengenai larangan Allah, 66 ayat yang mansukh. Perbezaan pendapat mengenai bilangan ayat juga berlaku kerana ada ulama berpendapat Bismillahirrahmanirrahim di awal setiap surah itu dikira sebagai ayat pertama manakala ada yang berpendapat sebaliknya. Tetapi cara mengiranya sahaja yang berbeza, ayat-ayatnya tetap sama tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

Friday, September 4, 2009

zakat wang simpanan




Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram

Dalil wajib zakat


"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."





Kaedah kiraan zakat wang simpanan
  • Simpanan Tetap
    • Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab(nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
  • Simpanan Biasa
    • Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
  • Simpanan Dalam Satu Akaun
    • Jika sesuiatu simpanan itu tel;ah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut)adalah melebihi paras nisab maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat wang simpanan.

  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun
    • Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.


Thursday, September 3, 2009

zakat pendapatan

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Maksud pendapatan

Gaji

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:

  • Gaji tahunan
  • Tunggakan gaji
  • Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
  • Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Kepakaran

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:

  • Khidmat guaman
  • Khidmat nasihat
  • Juru perunding
  • Rawatan perubatan
  • Kejuruteraan


Penjelasan dalil

Dari surah Al-Baqarah (2:267), Firman Allah s.w.t:

Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu

Allah menjelaskan bahawa segala hasil usaha yang baik itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah.

keterangan lanjut

zakat fitrah

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).


Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah
  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Lailatul Qadr

Kehebatan Malam Al-Qadr

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.

tazkirah 12

Terdapat perkara2 yang tidak dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur'an seperti spora dan sebagainya tetapi mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Spora umpamanya mempercepatkan proses pereputan sesuatu benda seperti pokok, kayu dan lain-lain. Jika perkara yang tidak disebut di dalam Al-Qur'an mempunyai banyak kelebihan apatah lagi perkara-perkara yang disebut dalam al-Qur'an, sudah pasti ada kelebihan dan hikmahnya yang tersendiri.

Contohnya seperti puasa: sains hari ini membuktikan banyak perkara dari segi kesihatan mengenai kebaikan puasa. Amalan solat seperti sujud dapat mengatasi masalah migrain. An-Nahlu atau lebah, umum sudah maklum tentang khasiat madu lebah. Begitu jug Allah ada menyebut mengenai hujung jari di dalam al-Qur'an. Setelah dikaji, rupa-rupanya cap jari manusia berbeza antara satu sama lain.

Tuesday, September 1, 2009

tazkirah 11

surah al-taubah: ayat 100, 111 maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selam-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.(100) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin, diri dan harat mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka mebunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.(111)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...