malam ini adalah malam 20 ramadhan. maka bermulalah 10 malam terakhir ramadhan. dengan itu kita memasuki satu pertiga terakhir ramadhan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya: Ramadhan itu permulannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka.
Oleh itu marilah sama-sama kita memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir ramadhan ini dengan mengekalkan solat terawih, melakukan qiamullail, memperbanyakkan membaca al-Qur'an, berdoa dan membanyakkan sedekah.Mudah-mudahan kita bertemu dengan Lailatul Qadar dan diampunkan oleh Allah serta dibebaskan dari azab api neraka di akhirat nanti, Insya Allah.
Marilah kita sama-sama bertahan dalam jangkamasa sepuluh hari terakhir ini daripada menghabiskan masa di pusat-pusat membeli-belah kerana keadaan di sana akan menghilangkan pahala puasa kita. Kita tidak mahu menjadi golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai golongan yang tidak mendapat apa-apa daripada puasa melainkan lapar dan dahaga sahaja.
No comments:
Post a Comment