Saturday, August 29, 2009

7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat


RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu: 1 Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.


2 Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.


3 Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.


4 Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat. Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


5 Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.


6 Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.


7 Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...