Wednesday, August 26, 2009

tazkirah 6


firman Allah ayat 179 surah al-A'raf yang bermaksud: dan Kami sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi mereka tidak memikirkannya(ayat-ayat Allah), mereka yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, mereka yang mempunyai telinga tetapi tidak mendengar. Mereka umpama binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka iyulah orang yang lalai.

Huraian ayat:

1. Allah sediakan neraka jahannam untuk jin dan manusia.

2. Ciri-ciri ahli neraka ialah: mereka yang tidak memikirkan tanda2 kebesaran Allah, tidak memikirkan ayat-ayat Allah, mempunyai hati yang keras, susah menerima kebenaran serta tidak mahu mengakui kebenaran al-Qur'an dan hadis. Banyak berlaku peristiwa yang boleh menginsafkan tetapi mereka tetap tidak mengambil iktibar daripadanya.

3. Ciri ahli neraka kedua ialah mereka yang mempunyai mata tetapi digunakan untuk maksiat, melihat kejadian Allah tetapi tidak merasai kebesaran Allah.

4. Ciri ketiga ialah mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat2 Allah bahkan mendengar perkara maksiat pula.

5. Mereka yang mempunyai sifat di atas diibaratkan oleh Allah seperti binatang ternakan bahkan lebih teruk dan sesat berbanding binatang. Mereka itu adalah orang2 yang lalai daripada mengingati Allah.

6. Orang yang berpuasa hendaklah menjauhi diri dari melihat maksiat, mendengar perkara maksiat serta sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan ketaqwaan dengan berpuasa supaya puasa diterima dan diberikan ganjaran oleh Allah.

Sabda Nabi: Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan akan diampunkan seluruh dosanya yang telah lalu.

Ramadhan itu umpama madrasah yang melatih manusia meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala.Kita telah berpuasa saban tahun, tetapi adakah puasa yang telah kita lakukan berjaya meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Jika tidak berjaya, kita tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Nabi dalam sabdanya: Terdapat orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 (ganjaran dari Allah) melainkan lapar dan dahaga. Marilah kita berazam untuk mendapatkan puasa khususul khusus supaya di akhir Ramadhan kita berjaya menjadi insan bertaqwa.

1 comment:

  1. ustaz yg dalam gambar ni sudah arwah..inna lillahi wa inna ilahi rajiun.semoga ditempatkan di kalangan org2 soleh..amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...