Monday, December 28, 2009

HUDAIBIYAH

ladang unta Hudaibiyah

ladang unta di Hudaibiyah

berhampiran kawasan ini terdapat Masjid Hudaibiyah, tempat berlaku perjanjian Hudaibiyah dan Bai'atul Ridwan. Perjajnian Hudaibiyah berlaku di antara quraisy Makkah dan umat Islam yg diketuai Nabi Muhammad di Hudaibiyah.Rasulullah bersama lebih ku1400 org Islam bertolak dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Perjalanan itu terhalang di Hudaibiyah. Rasulullah mengutuskan Saidina Uthman untuk menyatakan tujuan kedatangan org Islam ke Mekah adalah untuk menunaikan umrah. Saidina Uthman lambat tiba ke pangkuan umat Islam menyebabkan timbul khabar angin mengatakan beliau mati dibunuh. Umat Islam berbai'ah untuk menuntut bela di bawah pohon Ridhuan. Bai'ah itu dikenali sebagai bai'atul Ridhuan. Quraisy mendapat berita itu lalu mengutuskan Suhail bin Amru untuk berunding dengan Rasulullah. Suhail datang dengan satu misi iaitu menghalang Rasulullah dan umat Islam menunaikan umrah pada tahun itu. Rasulullah melihat kedatangan Suhail dan percaya bahawa rundingan itu akan menjadi mudah. Sahl bermaksud mudah, Suhail bermaksud lagi mudah. Rasulullah dan Suhail berunding di dalam khemah. Sahabat2 menunggu di luar. Antara isi perjanjian itu ialah umat Islam tidak dibenarkan menunaikan umrah pada tahun itu tetapi di benarkan pada tahun berikutnya, gencatan senjata 10 tahun, umat Islam dan kafir Quraisy bebas membuat perjanjian dengan mana2 kaum.

Selesai rundingan Nabi memaklumkan kepada sahabat supaya bercukur/bergunting untuk menamatkan ihram kerana umat Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun berkenaan. tetapi sahabat2 enggan mengikut kata Nabi, ada yang marah dan sebagainya seolah2 tidak percaya apa yang di arahkan Nabi. Nabi Muhammad kemudiannya bertemu dengan isterinya lalu isterinya mencadangkan supaya baginda keluar dari khemah dan berdiri di tengah2 sahabat lalu bergunting. Nabi menerima cadangan itu dan bergunting di tengah2 sahabat. Setelah melihat apa yang dilakukan oleh Nabi barulah sahabat tahu bahawa arahan Nabi supaya bergunting adalah muktamad lalu mereka pun bergunting dan kembali ke Madinah.

Jarak Hudaibiyah ke Mekah ialah lebih kurang 25km. Jarak Mekah ke Madinah ialah lebih kurang 400km. Bayangkan perasaan sahabat apabila diberitahu oleh Nabi supaya bergunting dan balik ke Madinah. Isi perjanjian kedua dan ketiga telah membawa kepada perkara yang lebih besar kepada umat Islam ialah Pembukaat Kota Mekah (Mekah dikuasai umat Islam setelah 8 tahun Hijrah).

Suhail bin Amru kembali ke Mekah dan memaklumkan kepada Quraisy di Mekah bahawa dia berjaya menghalang Rasulullah dan sahabat menunaikan umrah. Ternyata mereka seronok kerana mengikut adat Quraisy sepatutnya tidak boleh menghalang sesiapa sahaja dari beribadah di Baitullah. Quraisy sebenarnya tersepit kerana jika mereka membenarkan Rasulullah masuk ke Mekah maka mereka akan dilihat kalah oleh kaum lain membiarkan sahaja musuh tanpa berbuat apa2. Jika mereka menghalang Rasulullah dengan kekerasan mereka dikira melanggar adat kerana menghalang orang beribadat di Kaabah. Kejayaan menghalang Rasulullah dan sahabat menjaga nama Quraisy di mata kabilah2 yang lain. Tetapi mereka tidak menyedari isi perjanjian kedua dan ketiga itulah yang memerangkap mereka.


1 comment:

  1. teringat semasa minum susu di ladang unta itu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...