Thursday, October 22, 2009

hukum dasar syariat islam

1. halal: sesuatu yg dibolehkan memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan menurut syrak.



2. haram: sesuatu yg diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa pabila mengerjakannya disisi syarak. antara makanan haram ialah babi, arak. antara perbuatan haram ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas lelaki dan perempuan yg bukan mahram.

3. wajib: sesuatu yg diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya spt soalt lima waktu, puasa ramadhan, zakat dll.

4. sunat: sesuatu yg diberi pahala apabila mengerjakannya dan tidak berdosa apabila meninggalkannya spt. solat sunat, puasa sunat, sedekah dll.

5. makruh: amalan yg diberi pahala apabila ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya spt. memakan makanan yg menyebabkan mulut berbau spt petai, bawang mentah.

6. harus: amalan yg tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya spt makan, minum, bersiar-siar dll.

7. sah: amalan yg cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak. contoh: syarat sah solat ialah suci daripada hadas besar dan kecil.

8. batal: amalan yg tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak. contoh:bergerak tiga kali berturut2 dalam solat membatalkan solat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...