Monday, August 30, 2010

saidina abu bakr

saidina abu bakr telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah. Satu pagi Abu Bakr telah keluar dari rumahnya menuju ke pasar untuk berniaga. Di tengah jalan beliau telah berjumpa dengan Saidina Umar, lalu Saidina Umar bertanya ke manakah Abu Bakr hendak pergi . Umar pelik bial mendengar jawapan Abu Bakr kerana Abu Bakr adalah ketua negara. Umar menyatakan pendapatnya bahawa sebagai ketua negara, Abu Bakr sepetutnya menumpukan kerjanya sebagai khalifah.

Lalu mereka berbincang bersama dengan Abu Ubaidah al-Jarrah. Akhirnya dicadangkan supaya diambil sedikit dari wang Baitulmal unutk diberikan kepada Abu Bakr setiap bulan sebagai gajinya atau upahnya mentadbir negara. Dengan itu, Abu Bakr dapat menumpukan perhatiannya kepada pentadbiran negara dan tidak perlu berniaga. Abu Bakr bersetuju dengan cadangan itu.

Suatu hari isteri Abu Bakr teringin untuk memakan sesuatu yang istimewa tetapi Abu Bakr tidak mampu menyediakannya. Isterinya mencadangkan supaya setiap bulan diberikan kepadanya sedikit wang gaji suaminya kepada dirinya untuk disimpan. Abu Bakr bersetuju dengan cadangan itu.

Suatu hari duit simpanan itu mencukupi untuk membeli makanan yang dihajatinya sedikit masa dahulu lalu diceritakannya kepada ABu Bakr. Tetapi bila diterangkan keadaan itu kepada suaminya, suaminya menyatakan kalau begitu banyak simpanan wang itu, itu bermakna bahawa gaji yang diterimanya itu berlebihan. Lalu ABu Bakr memulangkan semua wang simpanan itu kepada Baitulmal.

Lihatlah betapa mulianya Abu Bakr kerana beliau tidak sanggup untuk dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat tentang harta yang tidak sepatutnya beliau dapat walaupun sebenarnya harta itu adalah hartanya. Ini berbeza dengan kita pada hari ini yang tidak pernah cukup dengan harta yang dimiliki. Semakin besar gaji yang diterima semakin dirasai tidak cukup. Gaji sudah beratus ribu sebulan tetapi mahu dikejar lebih daripada itu.

Ingatlah kita akan ditanya dari mana harta kita dapat, ke mana dibelanjakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...