Tuesday, September 21, 2010

PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

HIKMAH PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL 

-Mencukupkan pahala puasa setahun.


- Membuang racun dalam badan yg kita makan setahun.

- Tanda syukur kpd Allah krn cukup puasa Ramadhan.

- Menunjukkan kerinduan seorang hamba utk sentiasa beribadah.

...- menunjukkan bhwa kita berpuasa dengan rela bkn terpaksa.

- Ibadah dlmi Islam bkn hanya dlm bulan Ramadhan shj.
 
moh ler kita puasa sunat di bulan syawal ni yang udah separuh perjalanan. bila lagi nak buat ibadahnya.
 
jangan tunggu tua baru nak ibadah kalau masa muda pun badan tak berapa larat nak beribadah, bila tua kita belum tau tahap kesihatan kita.
 
jangan tunggu jadi kaya baru nak beribadah sedangkan masa kita tak berapa nak kaya pun kita selalu lupa Allah, inikan pula masa kaya.
 
jangan tunggu jadi miskin baru nak ingat Allah dan beribadah, sedangkan masa kita kaya pun kita selalu lupa Allah, inikan pula masa miskin, takut kita lagi lupa Allah kerana mengejar kekayaan yang hilang.
 
jangan tunggu masa nak mati baru nak beribadah kerana kita belum tau samada kita mampu atau tidak beribadah pada masa itu.
 
jangan tunggu dajjal muncul baru nak beribadah kerana dajjal adalah fitnah terbesar sedangkan fitnah televisyen yang ada dalam rumah pun tidak mampu kita lawan.
 
jangan tunggu dah masuk kubur baru nak beribadah kerana tidak mungkin kita keluar dari kubur.
 
jangan tunggu sehingga kita dibangkitkan semula baru nak berbadah kerana itu tidak mungkin dan mustahil dilakukan.
 
KESIMPULANNYA, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI LAMA-LAMA, MOH LER BERIBADAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...