Monday, February 20, 2012

anda tidak hilang apa2 kerana anda pada asalnya tidak mempunyai apa2

seorang lelaki yang miskin keluar dari rumah..dia menjumpai sekeping duit syiling buruk dan lama...dia ke kedai barangan antik untuk menjual duit tersebut...pekedai itu membeli sekeping duit itu dengan harga rm30. dia membeli beberapa keping kayu untuk membuat almari yg dihajati oleh isterinya...dalam perjalanan balik ke rumah dia melalui sebuah kedai perabut...tuan kedai membeli kayu yg baru dibelinya dengan harga rm100 dan ditambah pula dengan sebuah almari kecil yg cantik...lalu dia membawa pulang almari tersebut..dalam perjalanan pulang...dia ditahan oleh seorang perempuan yg hendak membeli almari tersebut dgn harga rm200...lelaki itu teragak2...lalu perempuan itu menaikkan lagi tawaran harga beliannya kepada rm250..lelaki itu bersetuju dan membawa pulang wang sebanyak itu...yg asalnya hanya sekeping duit lama...dalam perjalanannya lelaki itu ditahan oleh perompak..lalu dia dirompak...dan pulang tanpa apa2...

sampai dirumah..dia ditanya oleh isterinya....dia menceritakan kepada isterinya...bahawa dia dirompak..isterinya terkejut dan bertanya apa yg dirompak?lelaki itu menjawab: sekeping duit buruk...

pengajaran: anda tidak hilang apa2 kerana anda pada asalnya tidak mempunyai apa2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...