Monday, April 25, 2011

oh ayah

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?   Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang beke...rja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?   Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??   Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.   Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..   Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..   Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..   (sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita) By: Ismi Nur Alwanis Rozi

renungan

kata pujangga:hidup ini bermula dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan.

maksudnya: apabila bayi lahir ke dunia ia akan menangis. sepanjang kehidupannya, adakala ia menangis, mungik menangis kesediahan atau kegembiraan. akhirnya apabila ia meninggal dunia, ia membuatkan orang lain menangis.

Thursday, April 21, 2011

dunia jambatan akhirat

hidup di dunia umpama seorang yang berada di lautan di dalam sebuah sampan yang sedang menuju je sebuah pulau. lautan itu ibarat dunia, pulau itu ibarat akhirat. lautan diperlukan untuk menuju ke pulau. tiada laut maka kita tidak akan sampai ke pulau. sepanjang pelayaran, kita perlu mengelak daripada air laut masuk ke dalam sampan, kalau tidak kita akan karam dan tidak akan sampai ke pulau berkenaan. begitulah ketika di dunia, kita perlu mengelakkan daripada dipengaruhi oleh dunia, kelak kita merana di akhirat. tapi kita perlukan dunia untuk ke akhirat. DUNIA ADALAH JAMBATAN MENUJU AKHIRAT.

Ianya ibarat seseorang yang ingin mendapatkan buah di pokok yang tinggi. buahnya banyak tapi galah yang digunakan untuk menjolok buah satu sahaja. dia tidak menggunakan sepuluh galah untuk sepuluh biji buah. satu sahaja yang digunakan. Maksudnya: kita perlukan dunia, tapi jangan terpengaruh oleh dunia. Maksudnya: hanya ada satu jalan untuk menuju akhirat iaitulah ISLAM. galah itu ibarat ISLAM, buah yang banyak itu umpama GANJARAN di akhirat.

kerjaaasamaaa!!!



apa yang penting? kerjaaaasama!!!

kerjasama sangat penting apabila melakukan kerja secara berpasukan. hang tuah semasa menjadi laksamana mMelaka sentiasa bekerjasama dengan empat orang sahabatnya iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu. Sebenarnya ada lagi dua hang di Melaka. Siapakah mereka? Jawabnya Hang Tanya Hang Bodoh...Oppss...maaf siapa yang terkena.

Nabi Muhammad s.a.w juga sangat mementingkan kerjasama, sebagai contohnya semasa peristiwa hijrah, dia menjalinkan kerjasama dengan Abu Bakr dan juga seorang bukan Islam sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Saidina Ali bekerjasama dengan tidur di tempat Rasulullah di rumah baginda. Asma' binti Abu Bakr menjadi penghantar makanan ketika baginda dan Abu Bakr bersembunyi di Gua Thur.

Moral of the story is Islam sangat mementingkan kerjasama.

Monday, April 18, 2011

ISLAM DI EROPAH

pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...