Thursday, April 21, 2011

dunia jambatan akhirat

hidup di dunia umpama seorang yang berada di lautan di dalam sebuah sampan yang sedang menuju je sebuah pulau. lautan itu ibarat dunia, pulau itu ibarat akhirat. lautan diperlukan untuk menuju ke pulau. tiada laut maka kita tidak akan sampai ke pulau. sepanjang pelayaran, kita perlu mengelak daripada air laut masuk ke dalam sampan, kalau tidak kita akan karam dan tidak akan sampai ke pulau berkenaan. begitulah ketika di dunia, kita perlu mengelakkan daripada dipengaruhi oleh dunia, kelak kita merana di akhirat. tapi kita perlukan dunia untuk ke akhirat. DUNIA ADALAH JAMBATAN MENUJU AKHIRAT.

Ianya ibarat seseorang yang ingin mendapatkan buah di pokok yang tinggi. buahnya banyak tapi galah yang digunakan untuk menjolok buah satu sahaja. dia tidak menggunakan sepuluh galah untuk sepuluh biji buah. satu sahaja yang digunakan. Maksudnya: kita perlukan dunia, tapi jangan terpengaruh oleh dunia. Maksudnya: hanya ada satu jalan untuk menuju akhirat iaitulah ISLAM. galah itu ibarat ISLAM, buah yang banyak itu umpama GANJARAN di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...