Friday, May 6, 2011

majlis ilmu

daripada abu waqid al-laitsi r.a: Nabi s.a.w sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramhnya, tiba2 dtg tiga orang lelaki. dua daripada mereka mendatangi Rasulullah s.a.w sedang yang seorang lagi terus pergi begitu sahaja. seorang daripada mereka mencari2 ruang yang kosong dalam majlis itu lalu duduk di situ. dan yang seorang lagi terus duduk di belakang. setelah rasulullah selesai memberikan pengajian, baginda bersbada, erhatikanlah kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya, orang yang kedua malu2 maka Allah malu kepadanya, dan orang yang ketiga jelas berpaling maka Allah berpaling daripdanya.

Thursday, May 5, 2011

nice quotation

Life is a Test...
Islam is The Best...
Prayer is Must...
Akhirat is for Rest...
The World is only Dust if Quran in Chest,
...nothing needs next...
Obey ALLAH first,
Success will be Next!!!


source:farahin ohho

harga petrol di negara lain

Brunei-RM1.29
China-RM2.41
Bahrain-RM0.87
Kuwait-RM0.81
Saudi-RM0.58
Mesir-RM1.03
Libya-RM0.43
Venezuela RM0.16

rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain

suatu hari hasan al-basri ditanya oleh muridnya kenapa beliau selalu tersenyum, lalu beliau menjawab : rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain. suatu hari seorang pencuri telah memasuki suatu rumah yang sangat besar di kota basrah tetapi di dapati tiada barang berharga di dalam rumah itu melainkan almari dan baju. pencuri itu tidak mengetahui bahawa rumah yang di masukinya itu ialah rumah seorang ulama besar iaitulah hasan al-basri.

Pencuri itu tiada pilihan melainkan terpaksa mencuri baju-baju yang ada. ringkas cerita hal ini diketahui oleh murid hasan al-basri lalu mereka membelikan baju untuk gurunya itu. manakala pada masa yang sama pencuri itu mungkin menyesal atau merasa baju-baju yang dicurinya itu tidak berharga lalu dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula baju-baju yang telah dicuri kepada yang empunya iaitulah hasan al-basri.

Murid hasan al-basri merasa hairan kerana banyaknya baju yang diterima oleh gurunya itu.lalu mereka bertanya kepada gurunya apakah yang terjadi.hasan al-basri pun menjawab dengan madah yang popular: 
rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain

Wednesday, May 4, 2011

jadual kuliyah ustaz azhar idrus bulan mei 2011

tanda kenabian Muhammad s.a.w

Abu Zaid Amru bin al-Akhtab al-Ansari r.a berkata kepada Ilba' bin Ahmar: Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada saya, wahai Abu Zaid! mendekatlah dan usaplah belakangku, maka saya pun mengusap belakang beliau, seketika jari jemari saya menyentuh tanda(kenabian), Ilba' bertanya: seperti apa tanda kenabian itu?Abu Zaid menjawab: gumpalan rambut.
hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad

Tuesday, May 3, 2011

mimpi bertemu Rasulullah

Abdullah bin MAs'ud berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka ia benar2 melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku.

hadis riwayat tirmizi, ibnu majah, Ahmad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...