Thursday, May 5, 2011

rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain

suatu hari hasan al-basri ditanya oleh muridnya kenapa beliau selalu tersenyum, lalu beliau menjawab : rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain. suatu hari seorang pencuri telah memasuki suatu rumah yang sangat besar di kota basrah tetapi di dapati tiada barang berharga di dalam rumah itu melainkan almari dan baju. pencuri itu tidak mengetahui bahawa rumah yang di masukinya itu ialah rumah seorang ulama besar iaitulah hasan al-basri.

Pencuri itu tiada pilihan melainkan terpaksa mencuri baju-baju yang ada. ringkas cerita hal ini diketahui oleh murid hasan al-basri lalu mereka membelikan baju untuk gurunya itu. manakala pada masa yang sama pencuri itu mungkin menyesal atau merasa baju-baju yang dicurinya itu tidak berharga lalu dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula baju-baju yang telah dicuri kepada yang empunya iaitulah hasan al-basri.

Murid hasan al-basri merasa hairan kerana banyaknya baju yang diterima oleh gurunya itu.lalu mereka bertanya kepada gurunya apakah yang terjadi.hasan al-basri pun menjawab dengan madah yang popular: 
rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak mungkin diambil oleh orang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...