Saturday, May 14, 2011

1 kebaikan dibalas 10 ganjaran

Kisah 1:Saidina Ali diminta oleh isterinya Saidatina Fatimah yang sedang mengandung utk mendapatkan epal. Dia berjaya mendapatkan 2 biji epal di pasar. Dalam perjalnan pulang ke rumah, Saidina Ali menemui seorang miskin yang meminta epal itu. Saidina Ali merasa tersepit dengan keadaan itu. Epal itu untuk isterinya yang mengandung sedangkan pada masa yang sama dia berdepan dengan seorang yang sangat miskin. Saidina Ali akhirnya memberikan epal tersebut kepada si miskin itu kerana dia yakin dengan janji Allah yang akan membalas perbuatnnya dengan 10 ganjaran. Apabila dia sampai ke rumah dia mendapati isterinya sedang memakan epal dan bersamanya ada lagi bungkusan epal yg terdapat. Di dalamnya 9 biji epal. Lalu dia bertanya kepada isterinya: berapa biji epalkah yang telah dimakan. Fatimah menjawab: baru sebiji. Benarlah janji Allah bahawa satu kebaikan dibalas sepuluh ganjaran.
Kisah 2: Seorg lelaki dihubungi ibunya yang meminta daripadanya wang sebanyak rm2000.Pada masa itu dia hanya mempunyai rm500. Oleh kerana tidak mahu menghampakan ibunya, dia berhutang dengan kawannya untuk mencukupkan rm2000. Dia bertanya kepada ibunya untuk apakah wang sebanyak itu. Ibunya memaklumkan duit itu utk pembedahan kecil adiknya. Lelaki itu lalu menghalalkan rm2000 itu. Tidak lama kemudian dia kembali ke rumah sewanya, didapati ada kawan lamanya sedang menunggunya untuk membayr hutang lama sebanyak rm20000.Benarlah janji Allah.1 kebajkan dibalas 10 ganjaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...