Friday, May 20, 2011

mencegah kemungkaran dalam masyarakat

kewajipan mencegah kemungkaran dalam masyarakat ibarat seperti orang yang berada di dalam kapal. kapal itu pula terbahagi 2, bahagian atas dan bahagian bawah. katalah yang di bawah itu orang yang suka berbuat dosa, orang yg di atas pula orang yang baik. setiap hari orang di bawah naik ke atas dan mencedok air laut, lalu turun semula ke bawah. begoitulah setiap hari.
suatu hari salah seorang daripada orang yg di bawah mencadangkan supaya ditebuk sahaja lubang di bawah supaya air laut boleh masuk ke dalam kapal, maka senanglah bagi mereka untuk mendapatkan air. tidak perlu lagi mereka naik turun, naik turun setiap hari. yang lain bersetuju, lalu ditebuk lubang, maka bocorlah kapal, masuklah air laut ke dalam kapal.

Maka, apakah yg sepatutnya dilakukan oleh orang yang berada di bahagian atas. semestinya mereka menyuruh orang dibawah supaya menutup lubang itu untuk mencegah air laut masuk ke dalam kapal. kelak mereka semua akan tenggelam.

maka itulah tugas orang2 yang beriman dan beramal soleh iaitu mencegah kemungkaran yg ada dalam masyarakat. jika tidak dicegah, nescaya kemungkaran berleluasa dan akhirnya seluruh masyarakat akan ditimpa bala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...