Thursday, April 5, 2012

ILMU YANG TERAKHIR

ILMU YANG TERAKHIR

Seorang anak raja telah berguru dengan seorang guru agama. Setelah beberapa tahun belajar, suatu hari gurunya telah memanggilnya untuk mengajar ILMU YANG TERAKHIR. Dia pun pergilah menemui gurunya itu. Guru itu meminta anak muridnya supaya menghampirinya. Lalu dilempangnya anak muridnya itu. Kemudian guru itu berkata itulah dia ILMU YANG TERAKHIR. Sekarang, kamu boleh pulang ke rumahmu.
Anak raja itu merasa sangat hairan, kenapa dia dilempang, sedangkan dia anak murid yang rajin, cerdik lagi berakhlak mulia. Diringkaskan cerita, suatu hari, bapanya telah mangkat. Lalu anak raja itu telah diangkat menjadi raja. Setelah menjadi raja, baginda pun memanggil gurunya yang telah menamparnya suatu ketika dahulu. Lalu baginda pun bertanya:
Raja: kenapa kamu menampar saya dahulu?...
Guru: (tersenyum) apabila saya menampar kamu, kamu tidak lagi memikirkan akan ilmu yang telah ku ajar kepada mu selama bertahun2. Betul?
Raja: Betul.
Guru: sekarang kamu telah menjadi raja, apabila kamu melakukan hanya satu kezaliman, rakyat tidak akan ingat lagi akan segala kebaikan yang telah kamu lakukan. Itulah dia ilmu yang terakhir dariku untukmu.
Sekarang barulah raja itu faham kenapa dia ditampar dahulu dan apa itu ILMU YANG TERAKHIR.
Pengajaran
1. Apabila kita melakukan satu kesalahan, lazimnya orang tidak ingat semua kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. Oleh itu, berhati-hatilah supaya kita tidak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
2. Apabila seseorang itu melakukan suatu kesilapan, jangan kita fikirkan akan kesilapan yang dia telah lakukan, dia hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ingatlah kebaikan2 yang telah dia lakukan kepada kita dan orang lain. Mudah-mudahan dgn sikap ini, kita dijauhkan daripada sikap tidak bertegur sapa dan memutuskan silaturrahim serta menyangka bahawa hanya kita sahaja yang betul manakala apa yang orang lain buat semuanya salah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...