Sejarah April Fool
Sebenarnya April
Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat
Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara
penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara
membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan
kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang...
akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1
April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua,
saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh
marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran
April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool,
maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada
bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat
perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua
dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam
masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak
mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat
perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut
budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada
adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau
sebaliknya.
Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi
besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau
dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod
sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa
kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892
H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh
Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi
negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di
Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan
dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota
Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan
yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat,
pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di
daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela
hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para
penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang
Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat
Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh
mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an,
namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan
‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang
oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.
Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol
tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam
Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah
sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan
melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam
diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara
percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi
melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan
menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’
palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di
Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya
Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib
dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya
tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam,
wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu
daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah
daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga
dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka.
Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah
sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.
Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang
masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang
tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di
Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk
berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan
mereka.
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan
tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri
kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar
melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun
segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan
Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada
keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang
keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam
yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus
bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol
berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah
rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat
menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut
bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi
di dalamnya.
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di
pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib
membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk
keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke
dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana
tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri
daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil.
Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib
segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan,
tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di
pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di
merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah
kehitaman.
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah
yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1
April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April,
orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain.
Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan
ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara
penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara
membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan
sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.
Bagi umat
Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di
mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera
salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat
Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang
Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang
meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada,
Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi, perhatikanlah di
sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena
virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.
copied from facebook
No comments:
Post a Comment