Friday, June 24, 2011

kisah seorang budak

ada seorang budak lari dari rumah. oleh kerana lapar dia pergi ke kedai makan. tapi dia tiada duit. dia hanya melihat sahaja apa yang ada di kedai makan itu. tuan punya kedai makan itu menyedari akan kehadirannya dan mengetahui bahawa budak ini lapar lalu dia mempelawa budak ini untuk makan.

budak itu duduk dimeja makan dan disuap makanan oleh tuan punya kedai. budak ini terharu dan sedih lalu menitiklah air matanya. tuan kedai itu bertanya: kenapa kamu menangis, budak itu menjawab: dia sedih. tuan punya kedai tanya lagi: kenapa kamu sedih, jawab budak; pakcik baru kenal saya, tapi pakcik bagi saya makan dan suap saya makan. saya sedih sebab ibu saya marah saya dan suruh saya keluar dari rumah.

tuan punya kedai pun berkata: saya suap kamu makan sekali kamu boleh menangis, sedarkah kamu bahawa ibu kamu menyuap kamu makan sejak kamu lahir sehinggalah kamu besar, kenapa kamu tidak terharu dan sedih... ibu kamu telah menyediakan makanan untuk selama bertahun lamanya..kamu tidak sedarkah perkara itu? budak itu menangis lagi lalu terus balik ke rumahnya dan mencari ibunya....sampai di rumah, ibunya sedang menunggunya untuk makan, dia terus mendapatkan ibunya lalu dipeluk ibunya dan dia menangis lagi...

pengajaran: kita selalu tidak menyedari akan kebaikan yg dilakukan oleh orang yang sentiasa bersama kita, tetapi mudah terkesan dengan kebaikan orang yg baru kita jumpa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...