Tuesday, June 28, 2011

wasiat seorang ayah

seorang ayah yang menjalankan perniagaan telah mewasiatkan 2 perkara kepada 2 orang anak lelakinya iaitu:

1. jangan kamu menagih hutang
2. kalau kamu pergi berniaga pastikan kamu tidak kena cahaya matahari.

tidak berapa lama kemudian, si ayah pun meninggal dunia. lalu 2 orang anak lelaki tadi telah menjalankan perniagaan masing2, menjaga kedai masing2 yang ditinggalkan oleh ayahnya. ibu mereka hanya memerhatikan sahaja, membiarkan sahaja anknya menguruskn perniagaan mereka.  lama-kelamaan didapati dua keadaan berbeza pada 2 orang anaknya. seorang menjadi miskin, manakala seorang lagi bertambah kaya.

si ibu lalu bertanya kepada anak yg miskin. kenapa kamu jadi begini?makin lama makin miskin. anaknya menjawab, bapa dulu berpesan supaya jangan menagih hutang, oleh sebab itu saya tidak menagih hutang dan ramai orang yg tidak bayar hutang, ayah juga berpesan supaya jgn terkena cahaya matahari, oleh itu saya ke tempat kerja menaiki teksi, kalau tidak saya boleh sahaja berjalan kaki. oleh kerana 2 keadaan itu, saya semakin lama semakin miskin

si ibu bertanya pula kepada anaknya yg seorang lagi. macamana kamu semakin kaya sedangkan anak yg satu semakin miskin. anak pun menjawab, dulu ayah berpesan, jangan menagih hutang, saya pun tak bagi pelanggan saya berhutang, semua urusan jual beli mesti dibayar tunai, ayah juga berpesan supaya tidak terkena cahaya matahari, saya pun pergi kerja sebelum terbit matahari dan balik selepas terbenam matahari, jadi kedai saya yang paling lama beroperasi. sebab itu, saya semaikn kaya.

moral of the story: pikir sendiri lah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...