Friday, June 24, 2011

kisah tukang kayu

suatu seorang tukang kayu yang sangat cekap dan tekun bekerja menyatakan kepada majikannya bahawa dia ingin bersara(pencen). maka apabila tiba hari pencennya, dia pun pergi berjumpa majikannya. tetapi majikannya menghendaki supaya dia menyiapkan lagi satu projek. oleh kerana tukang kayu itu tidak mahu menghampakan majikannya, maka dia menerima tugasan terakhir itu dengan berat hati. majikannya telah meminta dia menyiapkan sebuah rumah sebagai projek terakhirnya. selepas itu, bolehlah dia bersara.

oleh kerana dalam mindanya sudah terfikir untuk pencen sahaja, maka dia telah melakukan kerjanya separuh hati sahaja, tidak sebagaimana kebiasaan. walaumacamanapun, rumah itu berjaya juga disiapkannya. lalu dia pun pergi berjumpa majikannya, dan menyerahkan kunci rumah itu kepada majikannya. tetapi majikannya berkata, kamu simpanlah kunci rumah itu kerana, rumah itu untuk kamu, ia adalah hadiah daripada saya sebagai menghargai segala jasa dan keringat yang kamu berikan selama ini.

alangkah terkejutnya tukang kayu tersebut lagi menyesal dia kerana tidak melakukan kerjanya dengan bersungguh2.

pengajaran: kita hendaklah melakukan setiap kerja dengan bersungguh-sungguh kerana manfaatnya untuk kita juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...