Tuesday, June 28, 2011

wasiat seorang ayah

seorang ayah yang menjalankan perniagaan telah mewasiatkan 2 perkara kepada 2 orang anak lelakinya iaitu:

1. jangan kamu menagih hutang
2. kalau kamu pergi berniaga pastikan kamu tidak kena cahaya matahari.

tidak berapa lama kemudian, si ayah pun meninggal dunia. lalu 2 orang anak lelaki tadi telah menjalankan perniagaan masing2, menjaga kedai masing2 yang ditinggalkan oleh ayahnya. ibu mereka hanya memerhatikan sahaja, membiarkan sahaja anknya menguruskn perniagaan mereka.  lama-kelamaan didapati dua keadaan berbeza pada 2 orang anaknya. seorang menjadi miskin, manakala seorang lagi bertambah kaya.

si ibu lalu bertanya kepada anak yg miskin. kenapa kamu jadi begini?makin lama makin miskin. anaknya menjawab, bapa dulu berpesan supaya jangan menagih hutang, oleh sebab itu saya tidak menagih hutang dan ramai orang yg tidak bayar hutang, ayah juga berpesan supaya jgn terkena cahaya matahari, oleh itu saya ke tempat kerja menaiki teksi, kalau tidak saya boleh sahaja berjalan kaki. oleh kerana 2 keadaan itu, saya semakin lama semakin miskin

si ibu bertanya pula kepada anaknya yg seorang lagi. macamana kamu semakin kaya sedangkan anak yg satu semakin miskin. anak pun menjawab, dulu ayah berpesan, jangan menagih hutang, saya pun tak bagi pelanggan saya berhutang, semua urusan jual beli mesti dibayar tunai, ayah juga berpesan supaya tidak terkena cahaya matahari, saya pun pergi kerja sebelum terbit matahari dan balik selepas terbenam matahari, jadi kedai saya yang paling lama beroperasi. sebab itu, saya semaikn kaya.

moral of the story: pikir sendiri lah....

Sunday, June 26, 2011

MENGAPA BAIK MAKAN BUAH DAHULU

MENGAPA BAIK MAKAN BUAH DAHULU

Al-Quran menyebutkan buah-buahan terdahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang-orang beriman yang berada di dalam Syurga;

“Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan ( pilih ), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan …” (Surah Al-Waqi’ah, ayat 20-21)

Dari Anas ra berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Selepas makan tengahari biasanya kita akan mengantuk. Mengapa ini terjadi? Mungkin kerana nasi yang kita ambil terlalu banyak, atau mengambil buah selepas makan nasi. Yeke? Bukankah makan buah itu menyihatkan dan dianjurkan?

Dalam jamuan keramaian, kebiasaannya buah akan disusun di meja terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan anjuran Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan asasi.

Selama ini, paradagma memakan buah selepas makan menjadi budaya yang tidak ditinggalkan dalam kalangan masyarakat walaupun hakikatnya pemakanan sebigini adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang menganggap makan buah selepas makan adalah yang terbaik kerana buah adalah pencuci mulut yang semulajadi berkhasiat dan hakikatnya makan buah selepas makan membuatkan kita menjadi mual dan senak kerana perut kita mula dipenuhi dengan udara.

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

Gaya pemakanan inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Tidak hairanlah, selama hidupnya Rasullullah S.A.W tidak pernah sakit, kerana menjalankan gaya pemakanan yang sihat, salah satunya ialah makan buah sebelum makan makanan asasi.

Rasulullah saw juga menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan memakan kurma atau anggur terlebih dahulu sebelum menjamah makanan lain.

Seperti yang diceritakan oleh Anas ra : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Saturday, June 25, 2011

fakta sains

jarak matahari dari bumi: 149.5 juta km (approximately)
cahaya matahari sampai ke bumi: 8 minit
laju cahaya: 300,000km sesaat

Friday, June 24, 2011

kisah seorang budak

ada seorang budak lari dari rumah. oleh kerana lapar dia pergi ke kedai makan. tapi dia tiada duit. dia hanya melihat sahaja apa yang ada di kedai makan itu. tuan punya kedai makan itu menyedari akan kehadirannya dan mengetahui bahawa budak ini lapar lalu dia mempelawa budak ini untuk makan.

budak itu duduk dimeja makan dan disuap makanan oleh tuan punya kedai. budak ini terharu dan sedih lalu menitiklah air matanya. tuan kedai itu bertanya: kenapa kamu menangis, budak itu menjawab: dia sedih. tuan punya kedai tanya lagi: kenapa kamu sedih, jawab budak; pakcik baru kenal saya, tapi pakcik bagi saya makan dan suap saya makan. saya sedih sebab ibu saya marah saya dan suruh saya keluar dari rumah.

tuan punya kedai pun berkata: saya suap kamu makan sekali kamu boleh menangis, sedarkah kamu bahawa ibu kamu menyuap kamu makan sejak kamu lahir sehinggalah kamu besar, kenapa kamu tidak terharu dan sedih... ibu kamu telah menyediakan makanan untuk selama bertahun lamanya..kamu tidak sedarkah perkara itu? budak itu menangis lagi lalu terus balik ke rumahnya dan mencari ibunya....sampai di rumah, ibunya sedang menunggunya untuk makan, dia terus mendapatkan ibunya lalu dipeluk ibunya dan dia menangis lagi...

pengajaran: kita selalu tidak menyedari akan kebaikan yg dilakukan oleh orang yang sentiasa bersama kita, tetapi mudah terkesan dengan kebaikan orang yg baru kita jumpa....

kisah tukang kayu

suatu seorang tukang kayu yang sangat cekap dan tekun bekerja menyatakan kepada majikannya bahawa dia ingin bersara(pencen). maka apabila tiba hari pencennya, dia pun pergi berjumpa majikannya. tetapi majikannya menghendaki supaya dia menyiapkan lagi satu projek. oleh kerana tukang kayu itu tidak mahu menghampakan majikannya, maka dia menerima tugasan terakhir itu dengan berat hati. majikannya telah meminta dia menyiapkan sebuah rumah sebagai projek terakhirnya. selepas itu, bolehlah dia bersara.

oleh kerana dalam mindanya sudah terfikir untuk pencen sahaja, maka dia telah melakukan kerjanya separuh hati sahaja, tidak sebagaimana kebiasaan. walaumacamanapun, rumah itu berjaya juga disiapkannya. lalu dia pun pergi berjumpa majikannya, dan menyerahkan kunci rumah itu kepada majikannya. tetapi majikannya berkata, kamu simpanlah kunci rumah itu kerana, rumah itu untuk kamu, ia adalah hadiah daripada saya sebagai menghargai segala jasa dan keringat yang kamu berikan selama ini.

alangkah terkejutnya tukang kayu tersebut lagi menyesal dia kerana tidak melakukan kerjanya dengan bersungguh2.

pengajaran: kita hendaklah melakukan setiap kerja dengan bersungguh-sungguh kerana manfaatnya untuk kita juga.

Wednesday, June 22, 2011

selamat pendek umur

setiap kali anda menyambut hari lahir, sebenarnya anda semakin hampir kepada kematian, maka ucapan yang sepatutnya diucapkan ialah selamat pendek umur bukannya semoga panjang umur. kerana hakikatnya ialah umur anda semakin pendek.

Wednesday, June 1, 2011

jadual kuliyah ustaz azhar idrus bulan jun

1/6 Rabu (tiada kuliyah)
2/6 Khamis (tiada kuliyah)
3/6 Jumaat Surau Pak Tuyu K.Trg
4/6 Sabtu Masjid Banggul Peradung Manir Trg
5/6 Ahad Surau Flat Gelung Bilal Trg
6/6 Isnin Masjid Pinang Merah Paka
7/6 Selasa Masjid Lama Bukit Kuang Kemaman
8/6 Rabu Surau Bukit Kecik K.Trg
9/6 Khamis Masjid Batu Buruk K.Trg
10/6 Jumaat Surau Ladang K.Trg
11/6 Sabtu Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini Sekudai Johor Baru
12/6 Ahad Surau Al-Husna Masai Johor Baru (maghrib)
& Masjid Jamek Pasir Gudang Johor Baru (Isyak)
13/6 Isnin Tiada Kuliyah
14/6 Selasa Masjid Simpang 4 Cenering Trg
15/6 Rabu Surau Kubur Dungun
16/6 Khamis Masjid Batu 6 K.Trg
17/6 Jumaat Masjid Rhu Muda Marang Trg
18/6 Sabtu Masjid Titian Baru K.Trg
19/6 Ahad Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
20/6 Isnin Masjid Kuala Pahang Pekan
21/6 Selasa Masjid Pengadang Baru K.Trg
22/6 Rabu Surau Che Jah Binjai Rendah Bukit Payung Trg
23/6 Khamis Masjid Kg Cekok, Pengkalan Cepa Kelantan
24/6 Jumaat Surau Ladang K.Trg
25/6 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri K.Trg
26/6 Ahad Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
27/6 Isnin Masjid Pulau Ketam K.Trg
28/6 Selasa Surau Ladang K.Trg
29/6 Rabu Surau Tok Faqir Mercang Trg
30/6 Khamis Tiada Kuliyah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...