Tuesday, October 5, 2010

agihan zakat secara persendirian

2.Isu mengenai hukum agihan zakat secara persendirian ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-76 pada 21-23 November 2006 dan Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

a. “Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.


b. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...