Wednesday, October 6, 2010

Kajian Semula Fatwa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Menurut Syariat Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah mengadakan Perbincangan Lanjut Mengenai Kajian Semula Fatwa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Menurut Syariat Islam. Muzakarah bersetuju supaya keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-28 yang bersidang pada 29 Disember 1991 yang memutuskan bahawa " Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional adalah harus menurut hukum syarak " dikekalkan.
 
Muzakarah juga berpandangan supaya Bank Simpanan Nasional dinasihatkan membuat perubahan sekiranya terdapat mana-mana sistem yang dilaksanakan dalam Sijil Simpanan Premium sekarang tidak menepati syariah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...