Tuesday, October 26, 2010

pengalaman haji 1430H/2009M bersama ustaz halim abdullah

antara perkara yg dilakukan oleh ust halim semasa di mekah

1. hari pertama: check in di hotel jam 8 malam gitu (dar al-hazmi) lebih kurang 1.5km dari masjidil haram. kami diarahkan makan malam dan seterusnya tidur(rehat) kerana ustaz halim akan bawa kami ke masjidil haram jam 3 pagi. seterusnya menunaikan tawaf dan saie dan bercukur selepas subuh. di tengah jalan, ustaz meminta kami mengecam betul2 jalan yang kami lalui serta menunjukkan bangunan yang boleh kami cam supaya boleh balik semula ke hotel dan tidak sesat. sambil itu ustaz bertalbiah.

2. sampai di masjidil haram kami diminta mengingati nombor pintu yang akan kami masuk.kalau tak silap masa tu kami masuk melalui pintu no 74. bab almalik abdul aziz (kalau tak silap) maksudnya pintu king abdul aziz.kami dibawa ke tingkat 1.jemaah wanita memakai skaf berwarna pink supaya mudah dicam. jemaah lelaki pakai pakain ihram je la.

3. selesai solat subuh kami dibawa melihat kaabah.ustaz meminta kami berdoa. kemudian ustaz membawa kami ke dataran kaabah untuk menunaikan tawaf. selesai tawaf, kami di bawa ke tempat saie.kami diterangkan peraturan tawaf dan saie supaya segala-galanya dapat dilakukan dengan sah. ustaz memberitahu kami bahawa setiap orang tidak akan sama masa tamat menunaikan saie. Jadi, selepas saie jemaah boleh bercukur. selepas itu, acara bebas. jemaah boleh balik ke hotel, berehat atau apa sahaja.


4. Pada malamnya (baru hari kedua dan penat masih terasa) ustaz mula mengadakan kuliah berkaitan haji.jemaah diberi peluang bertanyakan apa sahaja soalan dan kemusykilan berkaitan haji. sebelum itu, kami membaca mathurat bersama ustaz. ustaz menerangkan kelebihan ,membaca doa2 tertentu dalam mathurat.

5. hari2 berikutnya ustaz menyampaikan kuliah haji dan kuliah umum untuk memantapkan kefahaman kami semua.semua jemaah lebih kurang 150 orang (2009) berpeluang bertanyakan apa sahaja soalan secara berdepan atau melalui telefon.

6. pada hari2 tertentu kami dibawa melawat ke kaki jabal nur, kawasan2 haji iaitu arafah, muzdalifah dan mina.

7. kami sampai di arafah pada 8 zulhijjah (11 malam) sepatutnya pada petang itu sudah sampai tetapi perjalanan bas ke arafah ditangguhkan kerana pada hari tersebut hujan turun dengan lebatnya menyebabkan banjir kilat, mungkin doa minta hujan oleh seluruh jemaah haji yang diimami oleh imam masjidil haram seminggu sebelum iru dimakbulkan Allah.

8. Di Arafah(8 zulhijjah, ustaz mengarahkan kami rehat secukupnya.pada 9 zulhijjah selesai solat subuh, ustaz mengetuai bacaan mathurat.selesai makan ustaz memberitahu kami supaya rehat secukupnya(tidur) sementara menunggu waktu wukuf selepas zuhur. Selesai khutbah arafah, ustaz mula membaca doa dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu (kami mengaminkan sahaja). ustaz berdoa sehinggalah lagi 15 minit nak masuk waktu maghrib barulah beliau berhenti berdoa. Ustaz meminta kami keluar dari khemah dan berdiri mengadap kiblat untuk berdoa secara individu apa2 sahaja doa yang kami inginkan.

9. kami bertolak ke muzdalifah pada jam 8.30 malam lebih kurang. di muzdalifah kami hanya bermabit. maki tidur berbumbungkan langit. kami hanya bergerak ke Mina selepas subuh 10 Zulhijjah. selepas jam 3 petang kami di bawa melontar jamratul aqabah (untuk jemaah yang berhajat balik ke Mekah untuk menunaikan tawaf haji, jemaah lain dibawa melontar pada pagi 11 Zulhijjah (sebelum subuh) .Jemaah hanya berjalan kaki dari khemah ke tempat melontar sebanyak dua kali iaitu pada pagi 11 zulhijjah (untuk melontar jamratul aqabah dan melontar ketiga2 jamrah pada 11 Zulhijjah) dan pada pagi 13 zulhijjah (sebelum subuh melontar untuk 12 zulhijjah, selepas subuh melontar untuk 13 zulhijjah)

10. sepanjang di Mina, ustaz menyampaikan kuliah berkaitan dengan sejarah Mina.ustaz juga mengadakan qiamullail pada setiap malam di Mina (solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih)

11. ustaz membawa kami melawat ke bermacam tempat seperti kampung melayu mekah, perkuburan ma'la, makam saidatina maimunah, hudaibiayah, jaaranah, jabal nur(mendaki), jabal thur(mendaki).yang pasti setiap lawatan diikuti dengan sirahnya disampaikan oleh ustaz.

12. 8 hari terakhir kami ziarah madinah. di madinah kami dibawa melawat 40 tempat juga diikuti oleh penyampaian siarhnya oleh ustaz. antara tempat dilawati ialah makam Rasulullah, Abu Bakr, umar, perkuburan baqi', makam syuhada' uhud, bukit di mana Nabi s.a.w berundur bersama sahabat, kawasan perang khandak, masjid quba', masjid qiblatain, masjid jumaat, masjid istirahat, masjid shaikhan, musalla, stesen keretapi binaan kerajaan uthmaniah, pasar kurma, ladang kurma, perigi uthman dan macam2 lagi.

terima kasih ustaz. sesiapa yang berminat menunaikan haji dan umrah bersama ustaz boleh la melayari blog ustaz http://www.hajiumrah.com/

                                          blogger bersama ustaz haji abdul halim bin abdullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...