Saturday, October 2, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA SEMUA JEMAAH HAJI

selamat menunaikan haji kepada semua bakal haji Malaysia yang akan mula berangkat ke tanah suci mulai 9 Oktober ini. Semoga anda dikurniakan haji yang mabrur.

اللهم اجعله حجا مبرورا وسعيا مشكورا وذنبا مغفورا وعملا صالحا مقبولا وتجارة لن تبور

tentu sahaja baki bakal haji yang akan menunaikan haji kali yang pertama akan berdebar2 sementara menunggu tarikh yang akan tiba tak lama lagi.ada sahaja barang yang dirasakan masih belum dan perlu dibawa. selagi tak berangkat selagi itulah rasa macam ada sahaja barang yang perlu dibawa bersama dan ditambah serta ditambah lagi barang keperluan itu ke dalam beg.seolah2 kat mekah dan madinah sana nun tak ada dijual apa2, bahkan kat sana nanti macam2 barang yang ada tetapi tidak didapati di Malaysia.

antara perkara2 yang perlu dilakukan sebelum ke tanah suci:

1. solat taubat banyak2
2. solat hajat banyak2 mohon kepada Allah supaya dimudahkan segala urusan ketika di sana nanti dan mohon supaya dikurnoakan haji yang mabrur
3. solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan (di rumah sebelum berolak ke kelana jaya)
4. melunaskan hutang dengan manusia (duit) dan dengan Allah (jika ada puasa yang belum diqada', qada' dahulu sebelum ke Mekah)
5. cuba hafal doa ketika tawaf, saie, bercukur, melontar dan lain-lain supaya dapat kepuasan ketika menunaikan haji
6. banyakkan ibadat sunat sebelum ke tanah suci
7. banyakkan berjalan atau berjoging sebagai persediaan fizikal untuk saie, tawaf, dan berjalan kaki untuk melontar
8. nak bawak sedikit makanan segera pun boleh seperti serunding takut teringin nak makan ketika di tanah suci nanti.maklumlah duduk tempat orang lebih 40 hari. tapi tak payah bawak banyak2.
10. bawak sedikit wang belanja ketika berada di sana. tak payah banyak2.kita di sana nak beribadah, shopping sikit2 udah le. jangan diikut orang lain. ikut kemampuan kita.
11. minta maaf dengan ibu bapa, mohon keredhaan mereka sebelum berangkat. minta maaf dengan kenalan kita.
12. tinggalkan anak2 kepada orang yang boleh kita percayai. jangan terlalu risau.Allah akan jaga mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...