Saturday, October 2, 2010

ada orang islam merasakan islam itu hebat, tapi.....

ada orang merasakan islam itu hebat apabila....

melihat israel sampai hari ni gagal mengalahkan umat islam palestin secara total,

ada orang islam merasakan islam itu hebat apabila...

melihat umat islam seluruh dunia bersatu menyampaikan berbagai sumbangan kepada umat islam palestin, sanggup menempuh lautan menaiki marvi marmara walaupun tahu askar israel bila2 masa boleh membedil mereka...

ada orang islam merasakan islam itu hebat apabila...

mendengar cerita komando israel lari lintang pukang walaupun hanya dicurahkan air mineral ke atas mereka...

ada orang islam merasakan islam itu hebat apabila...

melihat sekumpulan umat islam dengan beraninya memasuki gaza untuk menyampaikan bantuan kepada saudara seagama di sana

melihat jutaan umat islam berkumpul di tanah suci makkah pada musim haji

melihat ramai umat islam sedang bersembahyang hingga tak muat masjid dan memenuhi jalan-jalan semata-mata untuk sujud kepada Allah

ada orang islam merasakan islam itu hebat apabila...

melihat ramai artis yang sudah insaf, dan munculnya ramai artis islamik seperti maher zain...ramai yang kagum dengan lirik2 lagu maher zain....

ada orang yang kagum melihat umat islam begitu dan begini hingga mengeluarkan kata-kata hebat sperti you will never win over muslim and islam.....

TETAPI

KAMU DAN KAMU DAN KAMU YANG KAGUM DENGAN ISLAM DAN UMAT ISLAM TADI YANG BEGITU DAN BEGINI....

KAMU HANYA KAGUM SEMATA2, SEDARLAH KEKAGUMAN KAMU ITU TIDAK AKAN MEMBERI KESAN DAN APA2 IMPAK KEPADA KAMU DAN MUSUH KAMU JIKA.....

AURAT PUN KAMU TAK TUTUP

TUDUNG YANG KAMU PAKAI PUN TAK COVER AURAT KAMU SEPENUHNYA

SEMBAHYANG LIMA WAKTU PUN KAMU TAK TUNAIKAN

SEMBAHYANG SUBUH PUN LAMBAT

ADA ORANG YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM KAMU TENTANG

ADA USTAZ BAGI TAZKIRAH KAT SURAU ATAU MASJID KAMU RASA LEMAS, RIMAS DAN CUBA LARI DARIPADANYA

KAMU MENERIMA SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG ADA DALAM ISLAM TAPI KAMU MENOLAK SEBAHAGIAN YANG LAIN

INSURANS KERETA PUN AMBIK YANG KONVENSIONAL

BANK ISLAM DENGAN BANK KONVENSIONAL KAMU KATA SAMA SAHAJA

NAK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH YANG ISLAMIK KAMU RAGU2

BILA ADA USTAZ YANG MENGETUAI SESUATU YANG TIDAK BIASA DIPEGANG OLEH USTAZ KAMU KATA BOLEH KE USTAZ NI? USTAZ JADI IMAM, MENGETUAI TAHLIL BOLEH LA...

MAKA JIKA KAMU BEGITU DAN BEGINI, MUHASABAHLAH DIRI KAMU.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...